Kalimah Allah Dan Cebisan Al-Quran Dijumpai Di Tokong Cina?

Tinggalkan komen


allahJabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang menemui kertas mentera mempunyai kalimah Allah dan cebisan Al-Quran di empat tokong Cina yang disyaki menjalankan amalan pemujaan dan nombor ramalan.

Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JHEAIPP Azmah Abdullah berkata operasi dari 9 pagi hingga 3 petang itu dijalankan berdasarkan maklumat orang awam.

“Kami menjalankan siasatan terperinci sebelum mengambil tindakan bagi memastikan tiada orang Islam yang terlibat dengan unsur-unsur pemujaan dan amalan syirik yang bertentangan dengan akidah.

“Dalam operasi ini kami telah temui kertas doa mentera dengan tulisan jawi dan mempunyai kalimah Allah, juga terdapat cebisan Al-Quran,” katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Katanya tiada orang Islam didapati berkunjung ke tokong-tokong berkenaan bagi melakukan pemujaan dan amalan syirik itu.

Azmah berkata bagi cebisan Al-Quran dan penyalahgunaan kalimah Allah, pemilik tokong boleh didakwa mengikut Seksyen 14 (1) Akta Percetakan Teks Al-Quran yang memperuntukan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM20,000.

Turut dirampas dalam operasi itu ialah songkok dan sehelai kain yang mempunyai gambar masjid dengan kalimah ‘Allahuakbar’.

Lagi

Seks , alkohol dan obesiti antara pembunuh utama dunia

3 Komen


alcohol-free

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Laporan terkini dari Reuters menyebut tentang kajian WHO bahawa seks yang tidak selamat, alkohol, pemakanan kanak2 yang teruk, sistem kebersihan yang teruk dan masalah darah tinggi telah menjadi punca utama terhadap 1/4 dari 60 juta kematian pramatang di seluruh dunia.

Tentang pemakanan kanak2, masalah tidak cukup zat makanan menjadi masalah kesihatan kepada negara miskin, sementara masalah terlebih makan / obesiti berlaku kepada negara2 yang membangun.  Obesiti / terlebih berat badan menyebabkan lebih kematian jika dibandingkan dengan tidak cukup makan.

Dan jika diperhatikan , semuanya adalah boleh dicegah jika betul2 mengikuti ajaran Islam yang sebenar. Hubungan seks di luar nikah dan di luar tabie telah dilarang keras di dalam Islam, minuman beralkohol dan arak dilarang keras, pemakanan disuruh menjaga dengan baik dan nabi Muhammad S.a.w sudah mengajar cara pemakanan yang terbaik dan mengelakkan dari perkara2 yang haram dan merbahaya, dan Islam mengajar menjaga kebersihan sama ada dari segi zahir dan juga batin.

Maka jika semua itu diikut dengan baik, maka tidak akan timbul masalah2 tadi insyaAllah. Dan begitulah sempurna dan indahnya ajaran di dalam Islam, iaitu ajaran yang diturunkan oleh Pencipta sekelian makhluk melalui rasulNya sebagai pedoman kepada manusia yang menjadi khalifah di muka bumi ini.

Lagi

Burung nuri terkecil di dunia sebesar ibu jari ditemui

3 Komen


world's smallest parrotAssalaamu’alaikum w.b.t…….  Pasukan ekspedisi BBC ke Papua New Guinea telah menemui banyak spesis baru binatang termasuklah seekor spesis burung Nuri yang terkecil di dunia. Saiznya hanya sebesar kebiasaan ibu jari tangan orang dewasa.

Eskpedisi itu dibuat bersempena dengan rancangan BBC programme Lost Land of the Volcano, yang akan disiarkan di television UK kalau tak silap pada hari ini. Rata2 burung Nuri itu setinggi 9cm dan berat 11.5 g sahaja. Mereka ditemui di kawasan tanah rendah bahagian utara pulau New Guinea.

Burung yang jantan dan betina kelihatan hampir sama, cuma yang betinanya ada tanda yang lebih sedikit pada bahagian kepala. Nama manjanya ialah buff-faced pygmy parrots (Micropsitta pusio).

Subhanallah, masih banyak spesis yang baru ditemui dan belum ditemui. Ini baru di bumi ini sahaja, belum lagi di tempat2 lain.  Sesungguhnya Allah itu Maha Mencipta.

Bagi sesiapa yang nak tengok klip videonya, sila ke sumber berita ini di BBC News.

Tikus gergasi

a giant rat - bosavi woolly rat

Antara penemuan lain termasuklah seekor tikus yang didapati sebagai terbesar di dunia sekarang ini. Saiz nya lebih kurang sama dengan seekor kucing biasa. Ni kalau jumpa kucing ni mesti kucing yang lari dulu ni.

Nama tikus gergasi yang bertuah tu ialah Bosavi Woolly Rat. Ukurannya 32 inci (82cm) dari hidung ke ekor dan beratnya  3 paun (1.5kg)

Warna bulunya keperakan dan daripada kajian terhadap gigi comelnya, binatang ini mungkin memakan tumbuh2an. Hhmmm ada jugak tikus makan tumbuh2an yer, ingatkan suka mencuri sisa2 makanan kat rumah2 je.

Dan camam2 spesis binatang baru lagi yang dijumpai yang pelik2 dan comel2, subhanallah. Bersedialah untuk melihat camam2 lagi spesis dan perkara pelik di akhir zaman ini insyaAllah  …….

UFO berdekatan dengan gerhana matahari

1 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t…  Kenapa terkejut? Tiba2 ada berita UFO tak pasal2 kat sini, hehe. Biasa la tu, general knowledge ni, kena jugak ambil tahu, tapi tak wajib pun.

Berita UFO kelihatan yang terbaru ni dah tak baru sebenarnya, tapi berlaku pada bulan Julai lepas di China. UFO tu dapat dirakam dalam video cam oleh saintis China dari Purple Mountain Observatory. Tapi menurut mereka, kajian akan dilakukan sepanjang 12 bulan seterusnya ni untuk mengesahkan dengan sebetulnya gambaran yang dilihat tu. Panjangnya ambil masa yer ih ih ih

Amacam, faham ke tidak apa yang mereka cakapkan? Saya pun tak faham 😀

Lagi