Internet adalah tempat berkumpulnya segala maklumat dalam bentuk data, imej, audio, video dan sebagainya. Dan adalah diketahui umum bahawa cara untuk mencari maklumat adalah dengan menggunakan enjin pencari (search engine). Tetapi tahukah anda, untuk mencari blog, anda boleh melakukannya dengan cara lain yang lebih sistematik dan mudah untuk mencari blog sahaja tanpa bercampur aduk dengan laman2 web lain?
.
Haaaa, begini caranya. Anda boleh menggunakan servis pencarian blog (blog search) yang mana Google pun turut menyediakan fungsi pencari blog ini. Satu lagi pencari blog yang cukup popular dan lemak berkrim disukai ramai sekarang adalah dengan menggunakan servis yang disediakan oleh Technorati.
Selain menggunakan Pencari Blog, kita juga boleh menggunakan servis dari Direktori Blog (Blog Directory). Antara contoh2 penyedia servis ini adalah seperti

MyBlogLog,
BlogCatalog,
Bumpzee,
dan sebagainya

Lagi

Advertisement