Assalaamu’alaikum w.b.t….. ALHAMDULILLAH, debat antara Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan Dato’ Shabery Cheek berjalan dengan lancar dan aman tadi. Berseri dan bersinar sekali DSAI kita kat kaca TV tadi hehe. Walaupun kesuntukan masa, tetapi cukup lah bagi rakyat menilai tentang isu MINYAK yang paling hangat sekarang ini.
Komen saya tentang DSAI pendek jer, DSAI memberikan hujjah2 yang mantap, point2 yang bernas dan padu dan nampak keiklhlasan di wajah DSAI, Alhamdulillah.
Manakala Dato’ Shabery Cheek pula asyik membuka kisah lama yang sudah tidak relevan dengan isu MINYAK , tidak menjawab soalan yang diajukan oleh DSAI setepatnya malah memutar belitkan keadaan dan menyerang DSAI secara peribadi. Soal sekarang adalah isu MINYAK, tetapi Dato Shabery menyerang banyak peribadi DSAI, adalah amat tidak professional dan ketiadaan HUJJAH2 yang bernas.
Dan yang paling kelakar, Dato’ Shabery kata kita tidak boleh bandingkan Malaysia dengan negara pengeksport minyak besar. Tetapi dalam masa yang sama kerajaan membandingkan Malaysia dengan negara-negara bukan pengeksport minyak, huhu. Alasan yang so not relevant, becoz at least Malaysia still an exporter of oil.
Rakyat sudah mampu menilai, semoga ALLAH membantu pakatan rakyat untuk menegakkan Islam dan keadilan agar kesejahteraan dapat dinikmati bersama, amiin.
Tetapi BN jangan pula mendabik dada kerana mengadakan rancangan ini, kononnya terbuka dan telus. Setakat sekali sahaja ni tak boleh nak kata apa-apa lagi. Seeloknya diadakan tiap-tiap hari rancangan debat sebegini, barulah betul2 telus dan tidak PENGECUT. Kalau tidak tiap2 hari pun tiap2 minggu, baru ADIL. Kerana dengan mengadakan rancangan debat sebegini barulah minda rakyat akan terbuka dan dapat menilai mana yang benar dan mana yang bathil, iaitu dengan mendengar dari kedua-dua pihak, bukannya taat buta tuli dari sebelah pihak sahaja.
Mungkin rancangan ini hanya diadakan untuk mengambil hati rakyat agar mengatakan BN sporting menjemput pembangkang ke televisyen. Hehe, jangan kita lupa, bahawa Amerika Syarikat lagi sporting dan demokrasi, kerana media2 utama mereka sering mengundang parti pembangkang ke televisyen dan itu baru namanya demokrasi. Semua diberi kebebasan bersuara, bukannya menutup mulut sebelah pihak dan membuka hanya sebelah pihak, itu tidak adil namanya.
Kalau hanya menceritakan kebaikan kerajaan BN di televisyen dan memburukkan pembangkang, itu namanya monopoli dan kuku besi, bukannya demokrasi.
Walaupun saya sendiri secara peribadi pun tidak menyokong demokrasi, kerana ia bukan lah sebuah sistem Islam, tetapi sekurangnya mereka yang melaungkan memperjuangkan demokrasi itu lakukan lah sedemokrasi yang mungkin, bukannya monopoli dan kuku besi.
Ok itu sahaja untuk kali ini, mabruk, syabas kepada DSAI kerana dapat muncul di kaca TV malam ini dengan penuh berkeyakinan dan dedikasi. Dan semoga DSAI dilindungi Allah siang nanti kerana ia adalah tarikh terakhir untuk DSAI lapor diri ke pejabat polis tentang kes yang dia kena dakwa. Ada baiknya DSAI tidak pergi awal2 kerana dibimbangi kejadian lama berulang, iaitu beliau dibelasah dan terus disumbat ke penjara. Sekurang-kurangnya beliau sudah dapat ke udara di televisyen malam ini sebelum mengadap pejabat polis siang nanti.
Semoga Allah membantu perjuangan mereka-mereka yang ikhlas berjuang dan menegakkan keadilan demi kesejahteraan umat manusia. Wassalaam 🙂
Komen terkini