Menutup aurat bagi wanita semakin mahu diperlekehkan seperti zaman jahiliyah

27 Komen


Salaamun alaikum w.b.t……. Sememangnya diketahui zaman jahiliyah di Mekah wanita-wanita masih belum sempurna menutup aurat dan ramai yang keluar rumah untuk menarik perhatian kaum lelaki. Begitu juga zaman jahiliyah di Malaysia, seperti zaman P Ramlee dulu contohnya, waktu itu masih dikira zaman jahiliyah di Malaysia ini kerana masih ramai yang tidak faham dan tidak mendapat pengajaran agama yang secukupnya kerana banyak faktor.

Tetapi sangat berbeza sekali di zaman moden hari ini yang mempunyai pelbagai saluran media untuk mengetahui tentang Islam yang sebenar. Tetapi semakin banyak saluran media untuk menyebarkan maklumat nampaknya semakin jahil jadinya umat kita, na’uzubillah.  Maka kita lihatlah sekarang semakin ramai wanita yang mempermudah-mudahkan hal berkenaan aurat sehinggakan pernah suatu masa dahulu , SIS (Sisters In Islam) di dalam satu sessi dialog berkenaan Islam Liberal mengatakan “pakaian taqwa itu adalah lebih baik dari menutup aurat”, sehingga meremehkan soal memakai tudung kepala.

Mungkin mereka berdasarkan kepada ayat ini, “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).” Surah Al-A’raaf : Ayat 26

Dan ramai wanita memberikan alasan seperti “don’t judge a book by its cover”. Tetapi sila tanya mereka kembali,  jika kamu nampak sebiji buah nangka yang buruk membusuk, adakah kamu masih mahu memakannya?

Ya sememangnya nampak bagus alasan yang diberikan oleh SIS di atas, kerana ada juga hadith yang bermaksud bahawa Allah tidak memandang pada paras rupa tetapi pada taqwa. Tetapi sedarkah kita bahawa kita telah cuba mengubah atau mencabut hukum yang diperintahkan oleh Allah sendiri iaitu wajib menutup aurat bagi wanita?   Menutup aurat dan taqwa adalah dua entiti yang tidak dapat dipisahkan, kerana menutup aurat itu adalah tanda manusia itu bertaqwa , walaupun bukan semua orang yang menutup aurat itu bertaqwa.  Bagaimana mahu dikatakan taqwa sedangkan hukum menutup aurat yang wajib itu senang-senang dilanggar dan diperlekehkan?  SIS mesti faham dan rujuk semula apa erti sebenar taqwa.

Lagi

Rahib Buddha pengsan ketika melakukan hubungan seks dengan anjing

Tinggalkan komen


monk sex with dog picture
Seorang rahib Buddha pengsan ketika melakukan hubungan seks dengan seekor anjing yang tinggal di biara, membuatkannya berhadapan dengan beberapa penjelasan yang sukar diterangkan.
.
Rahib yang berusia 65 tahun itu tinggal di sebuah biara di Thailand, selepas menjadi seorang biarawan untuk melarikan diri dari percaturan hidup masa lalu. Juga tinggal di biara ialah seekor anjing betina, yang bersama anaknya.
.
Rahib itu telah mengambil anjing sebagai pendampingnya, menghancurkan sumpah kesucian nya.
.
Namun, selama perjumpaan dengan binatang di hutan berhampiran, rangsangan itu nampaknya telah memberi kesan kepadanya dan dia pengsan, kemudian ditemui tidak sedarkan diri dengan anjing masih terikat kepada pokok berdekatan.
.
Polis kemudian mengesahkan penglibatannya hasil dari kesan-kesan air maninya yang ditemui pada alat kelamin anjing, juga pada pakaiannya. Menurut saksi, ia juga mengambil cecair pembasuh dari dapur biara untuk digunakan sebagai pelincir kecemasan, menunjukkan sejumlah persiapan.
.
Tidak jelas apakah dia akan menghadapi dakwaan jenayah, atau apa kepala biara akan lakukan mengenai hal itu.
.

Sumber – Thairath

Ayat-ayat porno dalam Bible dan kaedah larangan berzina dalam AlQuran

232 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t…….  Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya tulisan ini akan menyinggung mana2 golongan. Tulisan ini bukan bertujuan untuk mengguris mana2 hati dan perasaan tetapi sekadar mahu menyampaikan KEBENARAN dan mengajak kita semua berfikir tentang beberapa perkara. Berikut akan disenaraikan beberapa ayat porno yang terkandung dalam Bible yang diimani oleh umat Kristian.

Yehezkiel

Yehezkiel 23:1 Datanglah firman TUHAN kepadaku:
23:2 “Hai anak manusia, ada dua orang perempuan, anak dari satu ibu.
23:3 Mereka bersundal di Mesir, mereka bersundal pada masa mudanya; di sana susunya dijamah-jamah dan dada keperawanannya dipegang-pegang.
23:4 Nama yang tertua ialah Ohola dan nama adiknya ialah Oholiba. Mereka Aku punya dan mereka melahirkan anak-anak lelaki dan perempuan. Mengenai nama-nama mereka, Ohola ialah Samaria dan Oholiba ialah Yerusalem.
23:5 Dan Ohola berzinah, sedang ia Aku punya. Ia sangat berahi kepada kekasih-kekasihnya, kepada orang Asyur, pahlawan-pahlawan perang,
23:6 berpakaian kain ungu tua, bupati-bupati dan penguasa-penguasa, semuanya pemuda yang ganteng, pasukan kuda.
23:7 Ia melakukan persundalannya dengan mereka, semuanya orang Asyur pilihan; ia menajiskan dirinya dengan semua orang, kepada siapa ia berahi dan dengan berhala-berhalanya.
23:8 Ia tidak meninggalkan persundalannya yang dilakukannya sejak dari Mesir, sebab pada masa mudanya orang sudah menidurinya, dan mereka memegang-megang dada keperawanannya dan mencurahkan persundalan mereka kepadanya.
23:9 Oleh sebab itu Aku menyerahkan dia ke dalam tangan kekasih-kekasihnya, dalam tangan orang Asyur, kepada siapa ia berahi.
Lagi

Minta dijauhkan dari berkata-kata kotor dan lucah

2 Komen


Salaaaam alaikum w.b.t…. Biasanya ketika seseorang itu sedang marah, sedang emosi, dia akan mengeluarkan macam-macam perkataan tanpa disedarinya termasuklah kata-kata kotor dan lucah. Tetapi bukan semua yang berkata-kata dengan ayat-ayat lucah dan kotor adalah mereka yang sedang marah, tetapi juga mereka yang sudah biasa menyebutnya dan ada yang telah menjadikannya sebagai hobi, na’uzubillah.

Di sini saya ingin menjelaskan sedikit betapa dalam AlQuran pun Allah S.w.t menjaga firman-firmanNya agar tidak berbau kotor dan lucah. Betapa beradab dan sopannya untuk mengajar manusia agar berakhlak mulia dan tidak mengotorkan lidahnya dengan ayat-ayat kotor dan lucah.

Sebagai contoh sebagaimana yang ada dijelaskan oleh Imam AlGhazali dalam kitab Bimbingan Mukminnya, “Berkata Ibnu Abbas r.a.: Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Hidup, Maha Mulia dan Maha Pemaaf. Digunakan maksud persetubuhan itu dengan perkataan bersentuh kulit.

Maka perkataan-perkataan seperti masis atau mas (menyentuh), dukhul (masuk) adalah kata-kata yang dipakai untuk maksud bersetubuh atau berjimak. Ini semua untuk menjaga bahawa kata-kata yang dipakai dalam al-Quran itu jangan ada yang berbau kotor.”

Allah S.w.t iaitu Tuhan semesta alam pun menapis firman-firmanNya agar tidak berunsur lucah, tetapi mengapa manusia tidak segan silu mengucapkan kata-kata jijik itu? Dan ini juga adalah satu bukti yang menunjukkan betapa kitab Bible yang ada pada hari ini adalah hasil perubahan dari tangan manusia. Kerana di dalam Bible banyak tempat yang menyebut ayat-ayat lucah dan tidak bersopan. Sebagai contohnya;

Ulangan 23 : 1-2: “Orang yang hancur buah pelirnya atau yang terpotong kemaluannya, janganlah masuk jemaah Tuhan.”

Lagi

Tidak adakah akta bagi Melayu bogel?

4 Komen


Salaaaam alaikum w.b.t.. Saya tertanya-tanya, tiadakah dibuat akta bagi menghukum rakyat Malaysia terutamanya Melayu Islam ini yang terlibat dalam aktiviti berbogel / bugil / telanjang di tempat umum atau lebih spesifik lagi dirakam di dalam video-video dan diedarkan sebagai video lucah? Ini kerana saya melihat makin banyak video-video lucah yang dilakonkan oleh anak-anak Melayu Islam kita, astaghfirullah, yang rata-ratanya golongan muda-mudi.

Dan tidak kurang juga video-video lucah / seks yang dirakam secara curi terutamanya hubungan seks para artis , orang-orang terkenal dan sebagainya dan di jual ke khalayak umum. Dah la terlibat dalam aktiviti seks bebas yang merosakkan, siap cari rezeki pula dengan mengedarkannya dan membuka aib dan tidak kurang juga ada yang berunsur fitnah, haiiiiii …….

Apakah tiada diambil tindakan dalam hal ini? Kerana setakat ini saya tengok video-video tersebut semakin berleluasa dan bukannya semakin kurang. Maafkan saya jika saya tersalah di sini, sila betulkan jika ana tersalah ya.

Lagi