Cinta kerana Allah S.w.t dan tanda-tanda bahawa Allah cinta kepada seseorang hamba

9 Komen


Salaamun alaikum w.b.t……. Di bawah ini dipetik dua tajuk dari kitab Riyadhus Sholihin karangan Imam Nawawi r.a. Sebagai peringatan bersama kita tentang hubungan kita dengan Allah S.w.t. dan sesama saudara Islam kita. Adakah kita sudah cukup sayang atau cinta kepada sesama saudara Islam kita? Sebagai contoh, jika kita mengajak orang lain kepada kebaikan, adakah kita mengajak dia kerana kita sayang kepadanya atau kerana kita mahu tunjuk kita baik dan benci kepada mereka-mereka yang tidak mendengar kata-kata kita? Sehingga masing-masing mendabik dada mengatakan bahawa cara dia sahaja yang betul dan bersikap terlampau keras terhadap sesama Islam walaupun hanya berbeza pendapat dalam perkara cabang.

Begitu juga halnya dengan kekeluargaan, adakah kita lupa bahawa setiap mukmin dan muslim itu bersaudara? Maka mengapa kebanyakan dari kita sekarang ini masih lagi berpegang kepada keluargaku keluargaku, keluargamu keluargamu? Lupakah bahawa kita semua berasal dari Nabi Adam a.s dan Hawa a.s? Kita hanya bergotong royong dan bermuafakat sesama saudara apabila mengadakan kenduri dan majlis-majlis tertentu sahaja. Tetapi mengapa masing-masing tidak cuba untuk menyelesaikan masalah masing-masing sepertimana jika keluarga kita sendiri yang menghadapi masalah? Sememangnya kita sudah terdidik dari zaman dahulu lagi iaitu terkurung dengan keluarga pertalian darah yang dekat semata-mata dan terpisah dari saudara-saudara lain. Tiada lagi ukhuwwah Islamiyyah yang sebenar-benarnya.

Kerana apa?  Kerana masing-masing terlalu sibuk mengejar urusan dunia, projek sana projek sini, bisnes sana bisnes sini, mana la cukup masa untuk memikirkan tentang semua ini.  Sedangkan ramai saudara-saudara kita diluar sana yang terpinggir, tersisih dan terbengkalai.  Apa yang masing-masing kita kejar sangat di dunia yang sementara ini sebenarnya?

Lagi

Advertisements

Beberapa panduan dari AlQuran dan AlHadith tentang mencari pasangan hidup

6 Komen


Salaamun alaikum w.b.t……. Kita tidak boleh berputus asa untuk mencari isteri solehah atau suami soleh. Biar pun sudah banyak kali kita gagal dalam menyintai seseorang dan berniat untuk menjadikannya sebagai pasangan hidup kita dunia dan akhirat.  Biar pun kita pernah bercerai setelah berkahwin dan mengalami kegagalan-kegagalan lain yang seumpamanya. Perkahwinan adalah suatu yang dituntut di dalam Islam kerana ianya adalah satu perkara yang mulia , banyak hikmahnya dan sudah bermula dari dalam syurga dulu lagi. Berikut adalah beberapa panduan dari AlQuran dan AlHadith untuk mencari pasangan hidup agar kita dapat bahagia di dunia dan di akhirat insyaAllah.

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya…….”. Surah An-Nur : ayat 32-33.

“Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari ni’mat Allah ?” Surah An Nahl : Ayat 72

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” Surah Yaa Sin : Ayat 36

“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (Hadis Riwayat Ahmad 2: 251, Nasa’i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis No. 2518, dan Hakim 2: 160 dari shahabat Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu).

.

Panduan dari AlQuran

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kalian mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.” Surah Ar-Ruum : 21

Lagi

Mutiara hadith2 agar kita sabar menempuh ujian dalam kehidupan

28 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Di sini ambe ada kumpul beberapa hadith nabi yang berkenaan dengan ujian dalam kehidupan. Semoga kita dapat lebih tabah lagi menghadapi ujian-ujian terutamanya ujian keimanan dalam hidup kita.

Pertamanya kita mesti faham bahawa hidup kita ini akan sentiasa diuji. Sama ada kita suka atau tidak kita akan diuji juga, sesuai dengan Firman Allah S.w.t yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214

Mengapa kita diuji? Firman Allah S.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” – Surah AlMulk : Ayat 2

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” – Surah AsSyuura : Ayat 30

Walaubagaimana pun, Allah amat menyintai orang2 yang sabar menghadapi ujianNya.  FirmanNya, “Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.” – Surah Aali Imran : Ayat 146

Dan Allah Maha Adil dan Maha Penyayang, ujian2 yang diberiNya adalah mengikut kemampuan masing-masing insyaAllah.  “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” – Surah AlBaqarah : Ayat 286

.

Koleksi hadith-hadith

* Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. “ – Hadith riwayat Imam Tirmizi

Lagi

Anda sedang bercinta? Bagaimana jika …….

14 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t…..  Cinta. Semua orang mengetahui tentang cinta, tetapi adakah semua memahaminya? Di kesempatan ini saya akan membicarakan tentang perkara yang berkaitan dengan cinta. Dan saya khususkan kepada cinta sesama manusia. Dan saya lebih khususkan lagi kepada cinta antara lelaki dan wanita. Kerana sudah menjadi lumrah, lelaki cintakan wanita dan begitu juga sebaliknya. Yang menjadi bukan lumrah ialah lelaki cintakan sesama lelaki sehinggakan soal nafsu pun dilepaskan sesama jantina. Itu bukan lumrah lagi tetapi parah. Sayang sesama lelaki boleh tahan lagi kerana kita digalakkan sayang menyayangi antara saudara kita, tetapi tidak lebih2 sepertimana cinta seorang lelaki terhadap wanita yang memerlukan kepada hidup berumahtangga dan beranak pinak.

Baiklah , kita tinggalkan dahulu tentang cinta sesama jantina kerana bukan itu yang saya mahu ceritakan di sini. Anda mesti selalu mengikuti perkembangan tentang pelbagai cerita cinta sesama manusia bukan? Di mana sejarah cinta masing2 berlainan sama sekali antara satu sama lain. Ada yang mendapat cinta pandang pertama, ada yang dapat pandang ke seratus, ada yang bercinta kerana jatuh hati melalui chatting di internet, ada yang kerana diuruskan oleh kedua orang tua. Ada pula yang bercinta seikhlas hati, ada yang separuh ikhlas, ada yang kerana rupa, kerana harta, kerana pangkat, dan macam2 kerana lagi.

Maka di dalam kategori manakah anda berada? Benarkah anda betul2 ikhlas dalam mencintai pasangan anda? Sejauh mana keikhlasan anda itu? Mari kita cuba lihat kebarangkalian2 ujian yang mungkin berlaku dalam cinta.  Bagaimana sekiranya ;

– Anda mendapat kemalangan atau penyakit dan hilang rupa paras anda yang dianggap cantik atau handsome oleh orang biasa.

– Anda kehilangan harta benda anda , mungkin kerana dikhianati, kemalangan, kebankrupan dan sebagainya.

– Anda kehilangan pangkat anda sebagai seorang yang berpangkat.

Lagi