9/11 and What the future holds for Muslims – by Syeikh Imran Hosein

9 Komen


Salaamun alaikum w.b.t……. Ramai lagi yang ingat TEORI KONSPIRASI ini hanya dibicarakan oleh orang-orang awam dan BUKANNYA para ulamak Islam. Itu lah akibatnya kalau malas mengkaji dan menggunakan akal fikiran serta tidak mengambil berat permasalahan umat Islam sedunia sekarang ini. Jika kita hanya fikir hal perut masing-masing dan nak berseronok dalam dunia ini sahaja maka big problem lah to ummah. Di bawah ini ada beberapa video yang sudah lama di Youtube tetapi mungkin masih ramai lagi yang belum menontonnya. Tetapi bersedialah dengan kamus English – Malay jika saudara tidak faham English 🙂

Perhati elok-elok tentang Syeikh Imran Hosein ini memperkatakan tentang Teori Konspirasi. Jangan jadi seperti segelintir Melayu yang merasakan kononnya sudah MAJU dan MEMBANGUN, mengutuk-ngutuk dan mempersendakan orang lain yang memperkatakan tentang KEJAHATAN kerajaan AS dan sekutu-sekutunya, tetapi sebenarnya mereka yang masih TERTIPU dengan agenda British dan sekutunya serta duduk bawah tempurung di dalam gua yang gelap pekat. Apa kehebatan yang mereka buat yang akibatkan mereka berbangga-bangga sangat dengan kemajuan tu? Puji sangat barat! Selama-lamanya lah kita akan jadi END USER kepada barangan British dan sekutunya itu jika kita semua tidak berusaha untuk membantu mereka-mereka yang mahu menegakkan HUKUM ISLAM dan HUKUM HUDUD di muka bumi ini , iaitu dengan menegakkan DAULAH KHILAFAH!

9/11 and What the future holds for Muslims – by Syeikh Imran Hosein

Lagi

Advertisements

Adakah anda pernah nampak piring terbang / UFO?

10 Komen


Salaamun alaikum w.b.t……. Sepertimana telah banyak saya perkatakan dalam blog ini pada tajuk-tajuk lepas. piring-piring terbang yang selalu dijumpai di merata ceruk dunia itu BUKANNYA Alien / makhluk asing dari planet lain, tetapi hanya buatan MANUSIA dari bumi ini sendiri. Maka harap tiada lah lagi orang yang salah faham akan pertanyaan saya ini.

Pertanyaan ini hanya sekadar mahu mendengar perkongsian dari mereka-mereka yang pernah melihatnya dengan MATA KEPALA sendiri.

Memang ada orang yang TIDAK PERCAYA pada UFO dan piring-piring terbang ni. Tapi saya sendiri, dalam 3 tahun lepas pernah nampak atas langit di luar halaman rumah saya sendiri, dalam pukul 3 pagi. Kalau x silap saya, ada 7 buah yang membentuk formasi seperti huruf V gitu. Bergerak jauh tinggi di langit sana, sangat laju, dari arah selatan ke utara …….

Sejak dari tu lah saya semakin AKTIF mengkaji tentang DAJJAL ……. a wake up call to me

Di bawah ini salah satu contoh video tentang penampakan UFO. Amat banyak penampakan yang lebih kurang sama begini, tetapi di tempat-tempat yang berlainan di merata ceruk dunia …….


…….

p/s: Jika ada yang ingin berkongsi dan komen, diharap komen yang berkaitan dan tidak mengarut-ngarut. Komen-komen yang mengarut, akan saya delete insyaAllah …….

Rahsia sebalik jenama NIKE

8 Komen


Salaaam. Kita sedia maklum bahawa NIKE ialah satu jenama yang sangat popular sekarang terutamanya dalam pembuatan kasut. Tahukah anda rahsia di sebalik nama NIKE?

Apa makna NIKE??

Dalam mitos Greek kuno, NIKE ialah ‘Dewi kemenangan’ / The goddess of victory

Bagi orang-orang ROMAN pula, NIKE menjadi simbol kemenangan mengatasi KEMATIAN. Nama Nike di dalam Roman ialah Victoria.

Lagi

Mengejar kemajuan kebendaan semata adalah antara agenda Illuminati

28 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Adakah anda tergolong dalam golongan yang masih bercita-cita untuk memakai kereta besar, rumah besar, kolam mandi besar, garaj kereta besar, handphone besar, bini besar? Maka jika segala-galanya besar dalam cita-cita anda, sila tekan brek dulu agar tidak terlajak dan tidak juga terkebelakang sangat, maka INSAF (yang terbahagi di tengah-tengah) itu adalah lebih baik.

Perhatikan terlebih dahulu ayat dari firman Allah ini yang bermaksud, “Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanya kesenangan yang menipu.” Surah Al Hadiid : Ayat 20

Dari ayat itu sahaja kita sudah nampak betapa Allah memberitahu yang dunia ini hanya tempat manusia bermain-main, berfoya-foya, bersuka-ria , berhibur dan sememangnya melalaikan. Begitu juga manusia bermegah-megah dan bermewah-mewah dengan harta dan ramainya anak-pinak. Itu membuktikan sifat menunjuk-nunjuk itu tidak lekang dari diri manusia yang tidak sedar-sedar diri ini.

Jika anda menunjuk-nunjuk kerana ada kereta Mitsubishi Evolution

Katakan anda mempunyai sebuah kereta Mitsubishi EVO dan anda suka bergaya, menunjuk-nunjuk dan bermegah dengannya, maka tahukah anda siapa pembuat kereta tersebut? Ya , sudah tentu syarikat Mitsubishi. Dan ketahuilah, syarikat Mitsubishi adalah sebuah syarikat milik Illuminati. Dan Illuminati adalah pemuja-pemuja kepada dewa-dewi lama.

Dan boleh dikatakan hampir semua syarikat kereta besar dunia adalah milik Illuminati termasuk lah lagi Ford, Bentley, Dodge, Chrysler, Aston Martin, Porsche, Ferrarri, Peugeot, Toyota, Land Rover, Gulf, Alfa Romeo, Lamborghini dan berbagai lagi.

Yang menyedihkan, ada juga golongan alim-ulamak yang seperti menggalakkan memakai kereta besar, dengan alasan Nabi Muhammad S.a.w dulu ketika baginda mahu pergi berperang, beliau memilih kuda yang perkasa dan cantik. Itu bertujuan untuk menggerunkan pihak musuh.

Lagi

Raja Namrud dan kaitannya dengan Illuminati

29 Komen


patung besar namrudAssalaamu’alaikum w.b.t. dan selamat sejahtera ……. Raja Namrud bin Kan’an bin Kusy bin Sam bin Nuh amat terkenal di dalam Islam sebagai seorang raja yang mengaku sebagai tuhan dan menentang ajaran Tauhid Nabi Ibrahim a.s. Dan Namrud lah orang yang cuba untuk membakar hidup-hidup Nabi Ibrahim a.s kerana menentangnya dan tidak mengakui bahawa dia adalah tuhan.  Kisah Namrud ini disebut dengan jelas di dalam AlQuran AlKarim.

“Apakah kamu tidak memerhatikan orang (Namrud) yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: “Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan”. Orang itu berkata: “Aku dapat menghidupkan dan mematikan”. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,” lalu hairan terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” Surah Al baqarah : Ayat 258

Tafsir Ibnu Katsir ada mentafsir kan ayat tersebut dan menceritakan bahawa Raja Nimrod / Namrud telah mendatang kan dua orang pesalah, seorang dilepaskan dan seorang lagi dijatuhkan hukuman mati.  Itulah maksudnya bahawa dia boleh menghidupkan dan mematikan orang, lantas Ibrahim mencabarnya agar dia menerbitkan matahari dari barat. Maka terdiamlah dia kerana tidak dapat melakukan sedemikian.

Sehinggalah diringkaskan cerita kemudian hari Nabi Ibrahim telah memecahkan berhala-berhala mereka dan itu dimarahi oleh Namrud dan dia memerintahkan orang menangkap Ibrahim dan membakarnya hidup-hidup.  Tetapi Allah S.w.t telah menyelamatkan Ibrahim a.s  dari api yang panas bersemarak itu.

“Mereka berkata: “Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar hendak bertindak”. Kami (Allah) berfirman: “Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim”, mereka hendak berbuat makar terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka orang-orang yang paling merugi.” Surah Al Anbiyaa’ : Ayat 68 – 70

Dan dikatakan lagi di dalam Tafsir Ibnu Katsir, Mujahid mengatakan bahawa raja yang menguasai belah timur dan barat dunia ada empat orang.  Dua orang darinya adalah mukmin dan dua orang lagi kafir.  Raja yang mukmin ialah Nabi Sulaiman  bin Daud dan ZulQarnain.  Sedangkan raja yang kafir itu ialah Namrud dan Bukhtanasar.

.

Kaitan Namrud dengan Illuminati

Lagi

Illuminati dan hiburan

15 Komen


EntertainmentAssalaamu’alaikum w.b.t……. Hhhmm dah tak lama dah bulan Ramadhan, sekejap sahaja masa berlalu. Syawal sudah bakal menjelang insyaAllah. Dan seperti biasa lah pada hari Raya nanti akan banyak  lah hiburan2 muncul hehe. Tetapi bukan pasal hiburan itu yang saya nak ceritakan. Ini hiburan lain. Masih ingat lagi dengan Illuminati? Mana mungkin kita boleh lupa yer, nama nya sungguh cute dan mempunyai makna yang cantik tetapi sayang usaha di sebaliknya amatlah buruk dan hodoh.

Hiburan adalah saluran paling sesuai untuk mengkhayalkan manusia dan menjadikan manusia malas berfikir tentang perkara-perkara yang lebih penting.   Islam tidak melarang hiburan selagi ianya tidak melalaikan dan melanggar syariat. Tetapi kebanyakan hiburan yang disajikan oleh Illuminati dapat menjadikan manusia memuja artis, keluar malam untuk menyaksikan konsert dengan bercampur gaul lelaki dan wanita, hiburan yang keras yang dapat mengeraskan jiwa, melalaikan dari mendirikan kewajipan 5 waktu, hiburan yang membangkitkan nafsu berahi, hiburan yang terlampau mengarut dan sebagainya. Ia adalah satu taktik untuk membuatkan manusia menjadi leka dan tidak sedar kepada gerakan2 Illuminati yang telah lama mempengaruhi manusia apa lagi semakin menjauhkan manusia dari Tuhan.

Jika disebut tentang Illuminati, mungkin manusia yang sudah lalai dengan hiburan dan seronok dengan dunia menganggap ianya hanya sebuah mitos, khayalan orang2 tertentu. Buat susah2 je fikir, baik enjoy senang. Sedangkan mereka lupa, terhadap pencabulan hak asasi manusia, kezaliman yang dilakukan terhadap umat Islam sedunia, perampasan hak orang lain, penjajahan, penghapusan etnik dan sebagainya yang dilakukan oleh mereka2 yang terlibat itu. Mereka bergerak dalam pelbagai pertubuhan, ada yang buat kerja amal (kerana mahu berselindung), ada yang buat kerja bisnes, ada yang nampak sangat brutalnya seperti tentera Israel, Mafia dan sebagainya.

Lagi

Older Entries