George W. Bush pernah menyertai Skull and Bones

Tinggalkan komen


Salaam alaikum w.b.t…… Tahukah anda, bahawa Presiden Amerika Syarikat sekarang iaitu George W. Bush pernah menyertai suatu organisasi yang dikenali sebagai Skull and Bones? Skull and Bones (tengkorak dan tulang) pernah dikenali sebagai The Ben’s Brotherhood of Death, iaitu satu kumpulan rahsia yang berpusat di University Yale, AS. Dan Skull and Bones ini dipercayai adalah sebuah organisasi memuja SYAITAN.

Lagi

Advertisements

Pemerintahan khilafah VS New World Order

30 Komen


Salaam alaikum w.b.t……. Mungkin ramai yang dah dengar tentang pemerintahan Khilafah dan juga New World Order, tetapi perasankah anda tentang kaitan antara dua perkara ini? Di dalam Islam , nabi Muhammad S.a.w adalah nabi yang terakhir, selepas baginda tiada lagi nabi yang lain melainkan hanya digantikan dengan khalifah-khalifah yang ramai. Pemerintahan khilafah ini secara ringkasnya adalah satu pemerintahan bagi seluruh dunia Islam dan di bawah nanti akan diterangkan definisinya dari segi bahasa dan istilah.

Tetapi ramai yang tidak sedar, betapa dalam diam-diam kerajaan Amerika sekarang pun ingin menandingi konsep pemerintahan itu , dengan mereka mewar-warkan NWO (New World Order) yang merupakan sebuah “Teori Konspirasi” (Conspiracy theory). Perhatian ya, ini bukan NWO yang dalam rancangan gusti tu, tetapi NWO yang betul punya, bukan cobaan! Hehe. Dan dalang-dalang di sebalik NWO ini secara ringkasnya tentu lah gerakan kumpulan Freemason, Jews , Dajjal dan kerajaan Iblis sana. Dan telah dapat kita lihat sekarang Amerika sudah dapat menakluki Iraq, salah satu kuasa besar dunia. Dan targetnya selepas ini mungkin Syiria, dan seluruh wilayah Syam, sebelum akhirnya akan menakluki seluruh dunia dan jadikan seluruh dunia berada di bawah telunjuknya. Itu lah dia matlamat slogan New World Order (Tata Dunia Baru) iaitu satu pemerintahan bagi seluruh dunia yang mana pemerintahnya adalah Amerika Syarikat.

Kenyataan tentang New World Order ini sebenarnya telah dibuat secara rasmi oleh Presiden Russia waktu itu iaitu Mikhail Gorbachev dalam ucapannya di perhimpunan agung PBB pada 7 Disember 1988. Dia menekankan untuk menguatkan peranan pusat PBB dan penglibatan aktif dari semua pihak. Itu antara konsep awal NWO yang diperkenalkan olehnya. Tetapi pada 11 September 1990, George H.W. Bush (ayah kepada presiden Amerika Syarikat sekarang iaitu George W. Bush) , telah mula membicarakan NWO ini dengan ucapannya yang bertajuk “Toward a New World Order” yang bermaksud “Ke arah Tata Dunia Baru”.

Lagi