Jalankan Windows XP dalam Linux Mint 7

2 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t… Hhhmmm ambe baru try install WinXp dalam Linux Mint 7 sehari dua ni, tetapi nampaknya tidak begitu memuaskan hati sangat setakat ni. Harap2 ada yang pakar Linux dapat membantu ku di sini. Ingatkan pada mulanya ia dapat baca semua partition yang ada dalam hard disk, tetapi rupa2nya ia dapat baca partition yang dibuat ketika mahu create Virtual machine tu sahaja.

Program yang digunakan untuk install Windows XP ke dalam Linux ini sudah tentu lah saya gunakan VirtualBox OSE.  Ianya lebih kurang sama dengan VmWare cuma VirtualBox adalah open source (bermakna ianya percuma).   Tetapi malangnya saya terpaksa install balik semua program Windows yang ingin digunakan di dalam tu. Bermakna, penggunaan ruang hard disk yang lebih lagi huhu. Di bawah ini adalah snapshot virtual machine tersebut ;

Tetapi yang menariknya, kita boleh jalankan program2 Windows dalam Linux menerusi mesin virtual (virtual machine) tu. Dan jika kita mahu restart / reboot windows dalam tu, tak perlu restart linux. Kita dapat lihat windows reboot dalam kotak VirtualBox tu atau minimize kan dia sambil boleh buat kerja lain dalam Linux OS.

Lagi

Advertisement

Microsoft ingin tawarkan antivirus dan internet security PERCUMA

3 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t.. dan selamat sejahtera…  Lagi taktik bisnes dari gergasi software dunia iaitu Microsoft. Pihak mereka berkata kemungkinan mulai pertengahan tahun depan iaitu dari akhir Jun 2009, Microsoft akan berhenti menjual perisian OneCare security dan akan mengedarkannya secara total PERCUMA pula. Dan ini mungkin merupakan satu berita baik kepada mereka2 yang tidak suka membeli perisian antivirus atau tidak mampu untuk membelinya.

Sememangnya masih ada lagi perisian antivirus percuma di luar sana seperti Avast dan AVG, tetapi servis yang ditawarkan oleh mereka bagi versi percuma adalah TERHAD. Servis penuh hanya disediakan bagi perisian yang berbayar / full edition. Ini berlainan dengan OneCare Security oleh Microsoft nanti, iaitu servisnya adalah menyeluruh sama seperti perisian berbayar mereka yang tidak berapa popular di pasaran sekarang.  Perisian antivirus percuma itu nanti akan dikenali dengan code-name nya Morro.

Menurut Microsoft, perisian itu akan menggunakan lagi sedikit dari sumber sistem. Bermakna ianya sesuai juga kepada komputer yang mempunyai tahap pemprosesan yang rendah dan talian internet bandwidth rendah. Walaubagaimana pun, setelah anda cuba sendiri nanti baru akan dapat merasai tahap kesesuaiannya dengan komputer anda insyaALlah.

Mungkin sudah hampir tiba masanya untuk anda mengucapkan SELAMAT TINGGAL kepada Mcafee, Symantec, AVG, Bitdefender, Avira dan sebagainya. Dan saya rasa mungkin akan berlaku satu perubahan yang ketara sekali dalam dunia antivirus mulai pertengahan tahun hadapan. Sama2 kita saksikannya nanti insyaAllah.

Maka kepada yang ingin menggunakan perisian antivirus yang servisnya menyeluruh dan boleh di download secara percuma maka bersedialah untuk menukar penggunaan antivirus nanti. Tetapi anda sendiri yang mesti menanggung risiko sama ada ianya lebih baik atau lebih tak berapa baik. All the best  🙂