Persiapan untuk membantu Haiti telah dibuat sebelum berlaku gempa bumi

2 Komen


Pekerja memuatkan jet Tentera Udara dengan persediaan dan peralatan di March Air Reserve Base di California.
.
Sementara kakitangan yang mewakili ratusan agensi kerajaan dan bukan kerajaan dari seluruh dunia bergegas untuk bantuan gempa bumi Haiti, Agensi Pertahanan Sistem Maklumat (Defense Information Systems Agency) / DISA telah melancarkan sebuah portal Web dengan pelbagai alat rangkaian sosial untuk membantu dalam menyelaraskan usaha mereka.
.
Pada hari Isnin (sehari sebelum berlaku gempa bumi), Jean Demay, pengurus teknikal DISA untuk projek Kerjasama Perkongsian Maklumat Transnasional (Transnational Information Sharing Cooperation project), kebetulan berada di markas U.S. Southern Command di Miami bersiap-sedia untuk ujian sistem dalam sebuah senario yang melibatkan pemberian bantuan kepada Haiti berjaga-jaga terhadap ribut badai.
.
Selepas gempa bumi berlaku pada hari Selasa, Demay berkata SOUTHCOM memutuskan untuk pergi secara langsung dengan sistem.
.
Pada hari Rabu, DISA telah membuka All Partners Access Network (APAN) nya, disokong oleh projek Kerjasama Perkongsian Maklumat Transnasional, kepada mana-mana organisasi yang menyokong usaha membantu Haiti.
.
Projek berkongsi maklumat, yang dibangunkan dengan sokongan daripada kedua-dua SOUTHCOM dan Defense Department’s European Command, telah dibangunkan selama tiga tahun. Ianya direka-bentuk untuk memudahkan kerjasama pelbagai hala antara persekutuan dan agensi-agensi bukan kerajaan / NGO.
.

Lagi

Advertisements

Gempa bumi di Haiti buatan Amerika Syarikat?

1 Komen


Salaam. Kita semua merasa sedih dengan kejadian dasyat yang menimpa penduduk Haiti baru-baru ini. Kejadian gempa bumi Haiti berukuran 7.3 skala richter adalah antara yang terburuk dalam sejarah dan terbesar di rantau sana sendiri. Ia melibatkan hampir 3 juta penduduk dan dalam 600,000 orang cedera dan hampir 200,000 terkorban.
.
Tetapi ada ura-ura mengatakan bahawa gempa bumi itu adalah buatan manusia. Jangan terkejut, , kerana mengikut data-data yang dikumpul oleh pihak-pihak tertentu sebelum ini, Hurricane Katrina, Tsunami di Asia, gempa bumi di China, gempa bumi di Iran, taufan di Burma dan beberapa lagi juga adalah kemungkinan besar adalah rancangan jahat manusia juga, iaitu satu organisasi terlicik dan terpelik di dunia iaitu Illuminati.
.

Sememangnya bagi umat Islam, kita percaya bahawa Allah S.w.t juga ada menurunkan bala bencana. Tetapi kita jangan lupa, ada juga ayat2 AlQuran yang mengatakan bahawa bala bencana yang berlaku adalah kerana perbuatan manusia. Begitu juga dengan AlMasikh Dajjal yang boleh membuatkan neraka kepada manusia di dunia ini, dengan izin Allah.

.

Mengapa saya katakan bahawa gempa bumi di Haiti itu kemungkinan besar ciptaan manusia?

Ada saksi (seorang forumer dari laman forum di davidicke.com) yang mengatakan bahawa 10 hari sebelum kejadian gempa bumi itu beliau pergi ke Haiti, dan keadaan di sana aman tenteram. Kemudian pada suatu hari, dalam pukul 2 petang cuaca tiba-tiba berubah secara dramatik. 99% pelancong di kawasan itu terpaksa mencari tempat perlindungan.
.