Assalaamu’alaikum w.b.t…. awal ke tidak awal, baik saya ambil kesempatan ni cepat2 sebelum tiada kesempatan nanti hehe. Lagi pun internet duk menggila akhir2 ni, kang x sempat aku nak ucapkan Slmt hari raya kang. OK, ambe di sini menyusun sepuluh jari tangan (khas untuk lelaki sahaja), memohon ampun dan maaf zahir dan batin andai ada salah dan silap , serta menguntumkan senyuman untuk anda semua sambil mengucapkan Salam Aidil Fitri 1429, taqobbalallahu minna wa minkum solehul a’maal.
Izinkan saya berceloteh sedikit berkenaan hari raya yang bakal menjelang ini. Masyarakat kita sudah dibiasakan terutamanya di kalangan kanak2 bahawa bila raya jer mesti disambut dengan bunga api dan mercun. Dah jadi macam simbolik pula. Ibu bapa pun kalau boleh nasihat2kan lah anak2 tu dan didik mereka agar tidak bermercun di hari raya. Hari raya bukan hari untuk bermain mercun tetapi hari untuk bermaafan, ziarah-menziarahi dan bertakbir banyak2.
Lagi
Komen terkini