Rayuan kepada kerajaan Malaysia agar laksanakan Hudud

14 Komen


Assalaamu’alaikum ……. SAYA MERAYU KEPADA KERAJAAN BN dan Najib Razak, Laksanakan lah HUKUM HUDUD kepada rakyat Muslim. Kalau tak laksanakan sekarang pun, tetapi berusahalah untuk memberi KEFAHAMAN kepada rakyat dengan menyiarkan rancangan-rancangan yang bercakap tentangnya di dalam televisyen. Adakah kita mahu melihat PEPERANGAN sesama sendiri? INi kerana saya tengok keadaan sekarang bertambah teruk. 

JANGAN MENYESAL kemudian hari kerana kita MENGABAIKAN peringatan dari Nabi ini. Adakah anda lebih YAKINI BN dari yakini NABI MUHAMMAD S.A.W. Kalau tak faham lagi dengan maksud hadits ini yang terang-terang sudah memberi AMARAN, tak tahu lah saya ……. 

Sabda nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud,“…….Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. [Hadith Riwayat Ibnu Majah]

Image

 

Ramai Non-Muslims pun FAHAM dan beriya-riya nak kan HUDUD, tapi kalau Muslim sendiri yang tak suka dan TAKUT HUDUD, istighfar, belajar tentang ilmu Fiqh (khasnya bab Hudud), belajar ilmu Tasawwuf (ehsan / akhlak) juga untuk lebih mendalami dan muhasabah diri lah banyak-banyak …….

Sila ke link di bawah dan baca sendiri komen-komen dari cina, India dan bangsa2 lain yang Non-Muslims luahkan tentang Hudud …….

https://www.facebook.com/onlyinmalaysia/posts/576876949011439

Kerana itu bagi saya, kalau kita fahami Hukum Hudud itu baik-baik, insyaAllah tidak ada siapa yang boleh menafikannya melainkan orang-orang yang suka dan mahu lakukan JENAYAH sahaja. Hukum Allah is Best of the best kerana Allah Maha Besar ……. YAKINI ALLAH ..

 

Advertisement

Ramai Non-Muslim mahukan Hukum Hudud dilaksanakan – page Facebook

1 Komen


Assalaamu’alaikum.  Ramai Non-Muslims pun FAHAM dan beriya2 nak kan HUDUD, tp kalau Muslim sendiri yang tak suka dan TAKUT HUDUD, istighfar, belajar tentang ilmu Fiqh (khasnya bab Hudud) dan muhasabah diri lah banyak2 …….

Sila ke link di bawah dan baca sendiri komen2 dari cina, India dan bangsa2 lain yang Non-Muslims luahkan tentang Hudud …….

https://www.facebook.com/onlyinmalaysia/posts/576876949011439

Kerana itu bagi saya, kalau kita fahami Hukum Hudud itu baik2, insyaAllah tidak ada siapa yang boleh menafikannya melainkan orang2 yang suka dan mahu lakukan JENAYAH sahaja. Hukum Allah is Best of the best kerana Allah Maha Besar …….

https://hikmatun.wordpress.com/tag/hukum-hudud/

Kumpulan Muslim di UK mahu tubuhkan 3 negeri bebas dengan Undang-undang Syariah

7 Komen


Kumpulan Muslim di UK mahu tubuhkan 3 negeri bebas dengan Undang-undang Syariah

Undang-undang Islam di Malaysia – Bahagian 1

5 Komen


Hukum / Undang-undang Islam telah pun dijalankan di Tanah Melayu ini sebelum kedatangan penjajah dahulu. Menurut Prof Syed Muhammad Naquib, Islam mula diterima di Melaka pada tahun 812 hijrah (1409 Masihi). Ini menjadikan Melaka sebagai kesultanan Melayu Islam pertama di tanah air ini.

Undang-undang Islam di Malaysia picture

Parameswara telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Iskandar Syah. Baginda diIslam kan oleh seorang pendakwah dari Jeddah yang bernama Sayyid Abd Aziz.

Ketahuilah bahawa, Kesultanan Melayu Melaka ini telah menjadikan Undang-Undang Islam sebagai undang-undang negara. Dan usaha untuk mengkanunkan undang-undang ini telah dimulakan sejak pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1422 – 1444) dan dilengkapkan di dalam zaman Sultan Muzaffar Syah (1445 – 1450). Hukum kanun Melaka meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir.

Menurut beberapa orang pengkaji barat, seperti William R. Roff dan Alfred R. Rubin  bahawa Undang-undang Melaka itu pada dasarnya berasaskan Undang-undang Islam di samping Hukum Akal dan Hukum Adat. Pendapat mereka ini adalah menepati kenyataan yang terdapat di dalam qanun tersebut;

“Mengikut hukum Allah, pada hukum Allah, menurut dalil AlQuran dan menurut amar bil ma’ruf wa nahi munkar”

Berdasarkan kepada teks Hukum Qanun Melaka yang diselenggarakan oleh Dr Ph. S. Rankel mengandungi 27 fasal , Kitab Undang-undang Melaka dari Muzium British, mengandungi 44 fasal dan Undang-undang Melaka yang diselenggarakan oleh Liaw Yock Fang , mengandungi 44 fasal, setelah diteliti dan dikaji, dapatlah disimpulkan bahawa , Undang-undang Qanun Melaka ini adalah pada keseluruhannya berdasarkan Undang-undang Islam menurut Mazhab Syafie.

Walaupun tidak dinafikan bahawa di dalamnya terdapat juga unsur-unsur Undang-undang Adat Melayu, namun demikian ianya tidaklah menjejaskan sifat keIslamannya. Peruntukan-peruntukan undang-undang yang terdapat di dalamnya adalah menyeluruh dan luas, ianya mencakupi keseluruhan undang-undang Islam.

Ke arah menegakkan Hukum Islam di muka bumi ini

5 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t… dan selamat sejahtera. Tidakkah kita perasan bahawa setiap hari ada sahaja kes2 jenayah yang dilaporkan di dalam televisyen dan media2 lain? Dari sekecil2 kes hinggalah kepada sebesar2 kes, dan bermacam kes2 jenayah pelik pun sudah berlaku sekarang.  Maka masih sukakah anda dengan undang2 yang ada sekarang ini? Masih sukakah anda dengan undang2 buatan manusia yang tidak sempurna itu?  Sedangkan telah ada undang2 ciptaan pencipta kita Yang Maha Bijaksana.

Adakah anda mahu menunggu hingga tiba giliran anda, keluarga anda terlibat dengan ancaman2 jenayah baru anda mahu berubah?  Atau anda tetap tidak mahu berubah walaupun sentiasa terancam keamanan anda?  Atau anda mahu tunggu dibicarakan di Mahsyar nanti? Tidak mahukah anda merasakan satu undang2 tegar yang dapat menjamin keamanan dan kestabilan masyarakat keseluruhannya insyaAllah?  Itulah dia undang2 Islam yang telah dijamin oleh Allah S.w.t akan keamanan dan kestabilan nya.

Khilafah

Allah mengisytiharkan kepada malaikat apabila hendak mencipta nabi Adam, manusia pertama yang lahir daripadanya makhluk manusia seluruhnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

“Dan ingatlah ketika Tuhan kamu berfirman kepada para malaikat, sesungguhnya aku ciptakan di atas bumi itu makhluk (manusia) bagi menjadi khalifah”.  Surah Al Baqarah : Ayat 30

Para ulamak menghuraikan khalifah itu dengan maksud menegakkan agama Allah (Islam) dan mentadbir urusan dunia dengannya (Islam) Bermula daripada urusan pembangunan diri manusia dengan Islam, Iman dan Ihsan, sehinggalah pembangunan kebendaan yang menjadi keperluan manusia, seperti makanan, pakaian, bangunan, teknologi dan sebagainya. Semuanya itu berada dalam batas sempadan memelihara hubungan dengan Allah di atas sifat hamba kepadaNya, juga hubungan dengan diri sendiri, hubungan dengan sesama manusia, serta hubungan makhluk di bumi yang diamanahkan ke atas manusia untuk mentadbirnya. Bahkan juga hubungan dengan alam ghaib yang baik (para malaikat) dan bermusuh dengan makhluk jahat (iblis dan syaitan).

Lagi

Older Entries