Pemerintahan khilafah VS New World Order

30 Komen


Salaam alaikum w.b.t……. Mungkin ramai yang dah dengar tentang pemerintahan Khilafah dan juga New World Order, tetapi perasankah anda tentang kaitan antara dua perkara ini? Di dalam Islam , nabi Muhammad S.a.w adalah nabi yang terakhir, selepas baginda tiada lagi nabi yang lain melainkan hanya digantikan dengan khalifah-khalifah yang ramai. Pemerintahan khilafah ini secara ringkasnya adalah satu pemerintahan bagi seluruh dunia Islam dan di bawah nanti akan diterangkan definisinya dari segi bahasa dan istilah.

Tetapi ramai yang tidak sedar, betapa dalam diam-diam kerajaan Amerika sekarang pun ingin menandingi konsep pemerintahan itu , dengan mereka mewar-warkan NWO (New World Order) yang merupakan sebuah “Teori Konspirasi” (Conspiracy theory). Perhatian ya, ini bukan NWO yang dalam rancangan gusti tu, tetapi NWO yang betul punya, bukan cobaan! Hehe. Dan dalang-dalang di sebalik NWO ini secara ringkasnya tentu lah gerakan kumpulan Freemason, Jews , Dajjal dan kerajaan Iblis sana. Dan telah dapat kita lihat sekarang Amerika sudah dapat menakluki Iraq, salah satu kuasa besar dunia. Dan targetnya selepas ini mungkin Syiria, dan seluruh wilayah Syam, sebelum akhirnya akan menakluki seluruh dunia dan jadikan seluruh dunia berada di bawah telunjuknya. Itu lah dia matlamat slogan New World Order (Tata Dunia Baru) iaitu satu pemerintahan bagi seluruh dunia yang mana pemerintahnya adalah Amerika Syarikat.

Kenyataan tentang New World Order ini sebenarnya telah dibuat secara rasmi oleh Presiden Russia waktu itu iaitu Mikhail Gorbachev dalam ucapannya di perhimpunan agung PBB pada 7 Disember 1988. Dia menekankan untuk menguatkan peranan pusat PBB dan penglibatan aktif dari semua pihak. Itu antara konsep awal NWO yang diperkenalkan olehnya. Tetapi pada 11 September 1990, George H.W. Bush (ayah kepada presiden Amerika Syarikat sekarang iaitu George W. Bush) , telah mula membicarakan NWO ini dengan ucapannya yang bertajuk “Toward a New World Order” yang bermaksud “Ke arah Tata Dunia Baru”.

Lagi

Advertisements

Nak tunggu sampai bila lagi?

5 Komen


Salaam alaikum w.b.t….. Adalah benar sekali dakwah yang mula-mula sekali adalah dakwah kepada tauhid. Bermakna aqidah terlebih dahulu perlu ditekankan dan diberi kefahaman sebelum menjalankan syariat. Dan ini diajar dan ditunjuk sendiri oleh baginda Rasulullah S.a.w. Ya betul, hamba pun bersetuju , hamba tidak menyanggah sedikit pun.

Tetapi cuba lah kita fikirkan, Islam berkembang di Malaysia kita ini sudah berapa puluh tahun? Baru sebulan dua ke? Sampaikan orang2 bukan Islam pun sudah amat mengenali perkataan Tauhid sekarang ini dan ada yang faham serba sedikit tentangnya. Maka rasionalnya, kita nak tunggu sampai bila untuk menjalankan syariat ALLAH aka HUKUM ALLAH? Ulamak-ulamak dari dulu lagi telah berdakwah bermula dengan Tauhid. Maka kita telah buat semua ajaran nabi itu. Tinggal sekarang kita perlu laksanakan syariat ALLAH sahaja.

Tiada alasan dah sebenarnya sekarang untuk tidak menjalankan HUKUM ALLAH secara beransur-ansur. Ada sesetengah pihak atau jemaah yang masih lagi mahu menumpukan kepada dakwah Tauhid. Ya betul, ajarlah Ilmu Tauhid kepada semua orang. Perkenalkan lah ilmu Aqidah dengan mendalam. Tetapi kena ingat, kita sudah menerima Islam sudah berpuluh tahun dan Ilmu tauhid sudah lama diperkenalkan walaupun sekarang ini masih ramai yang tidak faham betul-betul.

Maka kita nak tunggu sampai bila untuk menjalankan HUKUM ALLAH? Nak tunggu sampai 100% rakyat Malaysia faham Tauhid dulu baru nak jalankan?

Kita perlu ingat, semasa zaman nabi dan sahabat jalankan Undang-undang ALLAH, waktu itu masih ramai sangat lagi orang-orang musyrikin dan bukan Islam. Tetapi tetap HUKUM ALLAH boleh ditegakkan. Maka apa lagi alasan kita sekarang untuk tidak secara perlahan-lahan menegakkan HUKUM tersebut? Sedangkan Hukum ini adalah untuk keamanan, untuk membasmi jenayah dari terus banyak berleluasa. Yang islam wajib ikut, yang bukan Islam diberi pilihan sama ada mahu ikut atau tidak. Kita tidak boleh memaksa mereka.

Nak tunggu sampai bila lagi? Nak tunggu sampai umat Islam di Malaysia ini murtad belaka dulu?

Lagi

Ku rindukan hukum Allah tertegak di muka bumi kembali

8 Komen


Salaam alaikum w.b.t……

Aku bukan lah seorang yang terlalu baik pekertinya. Aku bukanlah seorang yang terlalu alim dalam agama. Aku bukanlah seorang yang pandai berkata-kata. Aku bukanlah penyair yang gah syairnya. Aku bukanlah seorang manusia yang hebat peribadinya

Cuma aku adalah perindu Hukum Allah Ta’ala. Yang mahukannya kembali tertegak di Malaysia. Dan sebolehnya seluruh dunia. Ku rindukan Islam kembali gemilang seperti zaman dahulu. Islam adalah menyeluruh, Islam adalah cara hidup. Sistem hidup manusia perlukan peraturan yang sempurna dan peraturan itu adalah HUKUM ALLAH.

Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Dia telah merangka satu sistem yang amat sempurna untuk hamba-hambaNya. Dia memahami setiap jiwa dan raga di muka bumi ini. Nelayan, petani, polis, peniaga, guru, mekanik dan sebagainya mempunyai hati dan perasaan. Semuanya perlukan kepada satu sistem yang sempurna. Dan tiada yang lebih sempurna melainkan apa yang Allah S.w.t telah amanahkan kepada kita supaya melakukannya.

Sistem kapitalis, sistem komunis, sistem kebangsaan, semua itu hanya lah rekaan manusia yang ntah datang dari mana dan dari mana datangnya idea itu ntah. Mungkin idea-idea untuk merangkanya datang ketika sedang buang air, siapa tahu kan? Tetapi sistem-sistem itu juga lah yang ramai duk pakai sekarang ni. Masih lagi menjadi pak turut, tak guna akal yang Allah bagi ni untuk memilih mana yang terbaik.

Lagi

Hukum Islam telah dijalankan di zaman dahulu di Tanah Melayu

24 Komen


Salaam alaikum w.b.t… Tahukah anda bahawa HUkum Islam / Hudud telah pun dijalankan di Tanah Melayu ini sebelum kedatangan penjajah dahulu? Saya pasti masih ramai yang tak tahu dan tak percaya. Tetapi ketahuilah bahawa inilah kebenaran dan sejarah berdasarkan fakta-fakta yang ada dan logik akal.

Menurut Prof Syed Muhammad Naquib, Islam mula diterima di Melaka pada tahun 812 hijrah (1409 Masihi). Ini menjadikan Melaka sebagai kesultanan Melayu Islam pertama di tanah air ini. Parameswara telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Iskandar Syah. Baginda diIslam kan oleh seorang pendakwah dari Jeddah yang bernama Sayyid Abd Aziz.

Ketahuilah bahawa, Kesultanan Melayu Melaka ini telah menjadikan Undang-Undang Islam sebagai undang-undang negara. Dan usaha untuk mengkanunkan undang-undang ini telah dimulakan sejak pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Hukum kanun Melaka ini meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. HUkuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir.

Hukum Kanun Melaka telah memperuntukkan hukum Qisas dalam fasal 5:1,3 , 8:2,3, 18:4, dan 3. Antaranya ialah berkenaan dengan pembunuhan dengan sengaja yang dilakukan oleh orang Islam ke atas orang kafir, orang merdeka ke atas hamba dan bapa ke atas anaknya. HUkum kanun Melaka tidak mengenakan qisas bagi kesalahan-kesalahan tersebut.

Lagi

Sejarah awal penyusunan dan pembukuan hukum Islam

Tinggalkan komen


Fiqh dalam Realiti Umat Islam
oleh Dr. Nurcholish Madjid

Dalam bidang fiqh seperti juga dalam bidang-bidang yang lain masa Tabi’in adalah masa peralihan dari masa sahabat Nabi dan masa tampilnya imam-imam madzhab. Di satu pihak masa itu dapat disebut sebagai kelanjutan wajar masa sahabat Nabi, di lain pihak pada masa itu juga mulai disaksikan munculnya tokoh-tokoh dengan sikap yang secara nisbi lebih mandiri, dengan penampilan kesarjanaan di bidang keahlian yang lebih mengarah pada spesialisasi.

Yang disebut “para pengikut” (makna kata Tabi’in) ialah kaum Muslim generasi kedua (mereka menjadi Muslim di tangan para Sahabat Nabi). Dalam pandangan keagamaan banyak ulama masa Tabi’in itu, bersama dengan masa para Sahabat sebelumnya dan masa Tabi’in al-Tabi’in (“para pengikut dari para pengikut” yakni, kaum Muslim generasi ketiga), dianggap sebagai masa-masa paling otentik dalam sejarah Islam, dan ketiga masa itu sebagai kesatuan suasana yang disebut salaf (Klasik).

Walaupun begitu tidaklah bererti masa generasi kedua ini bebas dari persoalan dan kerumitan. Justeru sifat transisional masa ini ditandai berbagai gejala kekacauan pemahaman keagamaan tertentu, yang bersumber dari sisa dan kelanjutan berbagai konflik politik, terutama yang terjadi sejak peristiwa pembunuhan ‘Utsman, Khalifah III. Tumbuhnya parti-parti politik yang berjuang keras memperolehi pengakuan dan legitimasi bagi klaim-klaim mereka, seperti Khawarij, Syi’ah, Umawiyyah, dan sebagainya, telah mendorong berbagai pertikaian fahaman. Dan pertikaian itu antara lain menjadi sebab bagi berkecamuknya praktik pemalsuan hadits atau penuturan dan cerita tentang Nabi dan para sahabat. Melukiskan keadaan yang rumit itu Musthafa al-Siba’i mengenengahkan keterangan di bawah ini.

Tahun empat puluh Hijriah adalah batas pemisah antara kemurnian Sunnah dan kebebasannya dari kebohongan dan pemalsuan di satu pihak, dan ditambah-tambahnya Sunnah itu serta digunakannya sebagai alat melayani berbagai kepentingan politik dan perpecahan internal Islam. Khususnya setelah perselisihan antara ‘Ali dan Mu’awiyah berubah menjadi peperangan dan yang banyak menumpahkan darah dan mengorbankan jiwa, serta setelah orang-orang Muslim terpecah-pecah menjadi berbagai kelompok. Sebahagian besar orang-orang Muslim memihak ‘Ali dalam perselisihannya dengan Mu’awiyah, sedangkan kaum Khawarij menaruh dendam terhadap ‘Ali dan Mu’awiyah sekaligus setelah mereka itu sendiri sebelumnya merupakan pendukung ‘Ali yang bersemangat. Setelah ‘Ali r.a. wafat dan Mu’awiyah habis masa kekhilafahannya (juga wafat) anggota rumah tangga Nabi (Ahl al-Bayt) bersama sekelompok orang-orang Muslim menuntut hak mereka akan kekhalifahan, serta meninggalkan keharusan taat pada Dinasti Umayyah.

Lagi

Kepelbagaian ideologi manusia

1 Komen


Lain paku lain la tajamnya, lain orang lain la ragamnya. Manusia ini mempunyai otak yang dianugerahkan oleh Allah S.w.t mempunyai keupayaan untuk berfikir. Keupayaannya berbeza antara satu sama lain bergantung kepada banyak faktor, antaranya;

  • Pergaulan
  • Pemakanan
  • Pendidikan
  • Persekitaran
  • Pengalaman dan sebagainya.

Justeru itu, apabila banyak faktor yang memainkan peranan dalam proses pembentukan pemikiran seseorang, maka akan banyak pula la timbul ideologi yang tidak sekata dan seragam. Apabila dikaji dari perangai manusia, rata-rata manusia akan berpegang pada pendapat atau ideologi diri mereka ataupun kumpulan yang disertai mereka. Amat jarang manusia yang sering saja tunduk pada ideologi orang lain dengan mudah melainkan manusia-manusia yang terlalu lemah pemikirannya. Justeru itu lah, jika tidak ada guide line yang jitu maka manusia akan menjadi berbeza pendapat, bertelagah dan boleh membawa kepada permusuhan.

Lagi

Mengapa Hukum Islam terabai!

6 Komen


Bismillahirrahmaani [a]r-Rahiim

Sabda nabi yang bermaksud, “Allah itu indah dan Dia suka kepada yang indah2”. Agama Islam pun adalah satu agama yang indah, asalkan keindahan itu tidak melanggar syariat dan berada di batasan (hudud) nya. Samalah dengan kehidupan manusia ini, mestilah mengikut hudud yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Tetapi kita terutama nya di Malaysia ni, masih tidak mengikut hudud Allah tetapi mengikut hudud British yang telah mempusakainya pada kita sejak merdeka dahulu. Bayangkanlah, negara2 lain mendapat kemerdekaan dengan titisan darah, tetapi Malaysia mendapat kemerdekaan dengan secara rundingan iaitu Tunku Abd Rahman pergi berunding sendiri ke Britain. Penjajah tidak sekali2 akan memberikan kemerdekaan free begitu sahaja, tetapi ada udang di sebalik batu karang :-).

Lagi

Newer Entries