Banyak haiwan lahir tanpa bapa

9 Komen


Salaamun alaikum w.b.t……. dan selamat sejahtera. Straight to the point –> Istilah Parthenogenesis berasal dari perkataan Greek παρθένος parthenos, “virgin”, + γένεσις genesis, “birth”. Maka maknanya dalam Bahasa Melayu ialah “kelahiran dara”. Ianya adalah suatu bentuk pembiakan aseksual ditemui pada si betina, di mana pertumbuhan dan perkembangan embrio berlaku tanpa persenyawaan oleh si jantan.

Parthenogenesis biasanya berlaku pada sesetengah spesis haiwan invertebrata seperti (Kutu air, kutu daun, nematoda, beberapa jenis lebah, beberapa jenis Phasmida, beberapa spesies kalajengking, dan Wasp parasit) dan juga beberapa spesis haiwan vertebrata seperti (sesetengah reptilia, ikan, dan jarang-jarang terdapat pada burung dan ikan jerung, terutamanya jerung jenis Hammerhead).

Sedangkan haiwan pun ada yang lahir tanpa bapa, maka mengapa perlu dikatakan kelahiran Yesus / Nabi Isa a.s tanpa bapa itu bahawa Yesus adalah Tuhan atau anak Tuhan? Mengapa tidak katakan sahaja haiwan-haiwan yang lahir tanpa bapa itu juga Tuhan? Bukti-bukti kelahiran tanpa bapa pada haiwan-haiwan ini juga membuktikan secara saintifik bahawa tidak mustahil ianya juga berlaku kepada manusia dan tidak semestinya yang lahir itu adalah ANAK TUHAN, kerana TUHAN tidak mempunyai ANAK.

Lagi

Menjawab beberapa tuduhan terhadap Islam

51 Komen


Salaamun alaikum w.b.t……. Berikut ini saya sertakan beberapa tuduhan dan fitnah terhadap Islam oleh umat Kristian yang dilemparkan ke dalam ruangan komen di blog saya ini pada tajuk Yesus akan kembali ke Bumi menjadi hakim yang adil. Saya letakkan tuduhan dahulu kemudian diselang-selikan dengan jawapan dari saya.  Saya hanya menjawab secara ringkas kerana sudah banyak saya jawab persoalan-persoalan yang hampir sama sahaja ini dari pihak Kristian dalam blog ini 🙂
.

Tuduhan 1
borok kefasikannya. Dan Allah — bagaimanapun kata para ulama yang saling simpang-siur – tetap akan menghakimi Muslim sesuai dengan satu  ayat-hukumNya yang paling muhkamat dan definitif dari seluruh Al-Quran setelah kalimat Tauhid, sekaligus yang paling mengerikan (!), yaitu:
“Dan tidak ada seorangpun dari padamu, melainkan mendatangi neraka itu. Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan”. (19:71).
Baca baik-baik penekanan pada “tidak ada seorangpun dari padamu (Muhammad)”. Itu adalah sebuah dekrit Allah yang paling determinatif yang sudah dimestikan terhadap Muhammad dan setiap pengikutnya untuk tidak lolos dari hukuman neraka! Semakin penekanan ayat ini dilembut-lembutkan seseorang demi melegakan secuil hati yang gelisah, makin munafik dia jadinya sehingga makin mutlaklah kepastian dia masuk ke neraka.
“Dan kalau Kami menghendaki niscaya Kami akan berikan kepada tiap-tiap jiwa petunjuk, akan tetapi telah tetaplah perkataan dari padaKu: “Sesungguhnya
akan Aku penuhi neraka jahannam itu dengan jin dan manusia bersamasama” (32:13).

Ini sungguh meresahkan batin orang Muslim, karena tak ada Pengantara/Syafi mereka pada saat yang paling kritis ketika sedang berhadapan sendirian dengan Hukum Pendakwaan yang tidak kenal ampun yang dilakukan oleh Allah dengan segenap laskar eksekutornya. Sekalipun dan siapapun yang mungkin mau diselamatkan Allah kelak, itu hanyalah murni hipotetikal dan ia tetap tidak pernah dibatalkan dirinya yang terlanjur dijebloskan duluan ke neraka setan. Dan
tidak ada yang bisa memastikan berapa lama Allah SWT “menghendakinya” bergumul di sana, sebab Allah mengazab siapapun yang Dia kehendaki, dan
menyesatkan barangsiapa yang Dia kehendaki (17:54, 74:31 dll).
Lebih dari itu, Allah dalam Al-Quran justru cenderung memustahilkan mereka yang telah ter-vonis masuk neraka untuk keluar lagi seperti yang dinina-bobokkan dalam hadis nabi. Sekali-kali Allah tidak berjanji untuk itu, melainkan Ia berfirman dengan kencangnya:
“Dan mereka berkata: “Kami sekali-kali tidak akan disentuh oleh api neraka, kecuali selama beberapa hari saja.” Katakanlah: “Sudahkah kamu menerima janji dari Allah sehingga Allah tidak akan memungkiri janji-Nya, ataukah kamu hanya mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?” (Bukan demikian), yang benar: barangsiapa berbuat dosa dan ia telah diliputi oleh dosanya, mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya” (2:80, 81).

.

Ulasan saya :

Salaam dan selamat sejahtera. Hhhmmm tidak henti2 lagi umat Kristian datang MENGHUJAT ke blog ini ya. Walaubagaimana pun bagus kepada saudara Inotazz di atas kerana anda datang membawa FAKTA (walaupun FAKTA itu hanya COPY and PASTE , mungkin dari tulisan si Ali Sina hehe) . Jangan menjadi seperti kebanyakan Kristian yang hanya pandai datang mengutuk, mengeji , menghina dan memfitnah Islam dan Nabi Muhammad S.a.w sahaja tetapi fakta dan hujjah langsung tidak ada 🙂

Lagi

Muhammad S.a.w adalah nabi yang diramalkan di dalam AlKitab

158 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Sememangnya para nabi dan rasul tidak boleh dibeza-bezakan antara mereka, kerana masing-masing diberi kelebihan tersendiri oleh Allah S.w.t. Tetapi persamaan-persamaan dan perbandingan yang diberikan ini hanya untuk menjawab balik serangan-serangan dari pihak Kristian yang masih tidak henti-henti MENYERANG di sini dari dulu sampai sekarang.

“Rasul telah beriman kepada Al-Qur’an yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): “Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang pun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya”, dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami ta’at”. (Mereka berdo’a): “Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali”. Surah Al Baqarah : Ayat 285

Banyak sebenarnya ramalan-ramalan tentang kedatangan nabi ada dalam Perjanjian Lama dalam AlKitab, tetapi kali ini kita hanya membicarakan tentang ramalan ini;

Ulangan 18:15 Bahwa seorang nabi dari tengah-tengah kamu, dari antara segala saudaramu, dan yang seperti aku ini (Musa), iaitu akan dijadikan oleh Tuhan, Allahmu, bagi kamu, maka akan dia patutlah kamu dengar.

.

Hayati baik-baik hujjah-hujjah yang diberikan ini.  Kesesuaian ramalan itu lebih kepada persamaan Musa a.s  dengan Muhammad S.a.w berbanding persamaan Musa a.s dengan Yesus.

1 – Musa dan Muhammad lahir secara normal dan alamiah, iaitu melalui percampuran fizik antara seorang lelaki dan seorang wanita, sementara Yesus lahir tidak seperti itu.

2 – Musa mempunyai hubungan rapat dengan Allah

Muhammad juga mempunyai hubungan rapat dengan Allah, kerana dia PENGHULU segala nabi dan rasul. Dia manusia pertama yang mengadap Allah di langit

Lagi

Petikan kisah-kisah Nabi Isa / Yesus a.s di dalam AlQuran

126 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Pembicaraan tentang Nabi Isa a.s mempunyai perbezaan yang sedikit ketara dari kacamata Islam dengan kacamata Kristian. Kali ini saya mahu membawa anda melihat kisahnya sepertimana yang terkandung di dalam AlQuran. Kemudian nanti saya akan sambung dengan kisah tentang Isa a.s di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin dan sebagainya pula insyaAllah.

Sejarah kelahiran Isa a.s

Maryam ibu kepada nabi Isa a.s adalah anak kepada `Imran. Al-Quran telah memaparkan kisahnya kepada kita, iaitu kisah tentang kandungannya, kelahirannya dan pendidikannya.

Allah SWT telah memilih Maryam sebagai ibu kepada anak yang akan menyampaikan berita gembira kepada manusia ketika itu, di mana ibunya (Maryam) yang ketika sarat mengandung telah bernazar supaya anak kandungannya apabila lahir adalah bebas daripada penyembah berhala, syirik dan mahu agar menjadikanya ikhlas berkhidmat kepada Allah. Beliau (Ibu Maryam) telah berdoa supaya Allah mengabulkan nazarnya sebagaimana yang tersebut di dalam Al-Quran.

Maksudnya: “(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:” Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” –  Surah Aali Imran : Ayat 35

Sebagaimana yang tersebut di dalam nas al-Quran nazarnya itu adalah jika anak di dalam kandungannya adalah lelaki, tetapi malangnya apa yang dilahirkannya itu adalah seorang anak perempuan, ini menyebabkan ibu Maryam serba salah dengan nazarnya bahkan mahu sahaja membatalkan nazarnya tersebut, tetapi kerana keimanannya terhadap Allah S.W.T beliau meneruskan nazarnya. Firman Allah mengenai hikayat tersebut;

Maksudnya: Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), – dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu – dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”.  – Surah Aali Imran : Ayat 36

Lagi

Dr Asri kata ISA tidak diperlukan untuk bela ajaran Islam

Tinggalkan komen


Assalaamu’alaikum w.b.t… dan selamat sejahtera. Hhm tertarik ambe dengan kenyataan dari Dr MAZA ni, betapa Islam bukanlah lemah sangat untuk terus menangkap siapa2 yang menghinanya. Tetapi Islam datang dengan hujjah dan dalil2 yang jelas dari firman2 Allah dan hadith2 nabi.

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menegur tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam isu agama dan mengheret pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok yang masih ditahan di bawah peruntukan akta itu.

Ketika ditemui di Damansara Kim sebentar tadi, Dr Asri berkata, Islam dibina dari hujah dan dasar yang jelas, dan Islam juga tidak memerlukan ISA untuk membela ajarannya.

“Jadi tidak ada alasan untuk menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu mempunyai kesalahan dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama.

“Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu. Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis.

“Perlu diperdengarkan pertuduhan itu kepada orang yang dituduh itu. Mungkin juga, ia hanya satu salah faham. Yang penting perdengarkan dulu hujahnya,” kata Mufti yang terkenal dengan kelantangannya mengeluarkan idea yang berani dan telus itu.

Lagi

Older Entries