Top 10 reasons why Jesus can’t be god

2 Komen


Lagi

Jesus Christ a Muslim who called to Sharia law and Islam

Tinggalkan komen


Jesus Christ a Muslim who called to Sharia law and Islam

So don’t be afraid of Sharia law anymore 😉

Yesus / Jesus telah kembali?

2 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t…. Semoga puasa anda ok dan tidak curi2 makan di siang hari yer huhu. Lufer sokmo ambe nak tulis story baru ni, tapi sedang ada kesempatan ni ambe tulis la sedikit.

Sekarang ini di Siberia kecoh tentang seorang lelaki yang mengaku sebagai Jesus/ Yesus.  Sekarang ini dia sudah mempunyai pengikut sebanyak 5 ribu orang lebih.   Dia dikenali sebagai Viassarion the Teacher. Nama sebenarnya ialah Sergei Torop, seorang ketua ajaran spiritual yang berumur 48 tahun. Dia mengaku bahawa dia adalah jelmaan semula Yesus / Nabi Isa a.s.

Si Sergei ni adalah seorang bekas polis trafik.  Dia dah berhenti menjadi polis tahun 1991 dulu dan sejak itu bergiat dalam kumpulan ajaran spiritual. Bukan dia seorang yang pernah mengaku sebagai Yesus, tetapi pengaruhnya amat kuat sekarang di mana para artis dan orang2 intelektual pun ramai yang menjadi pengikutnya. Lebih kurang macam Ayah Pin juga yang mana pengaruhnya juga tersebar di kalangan orang2 sedemikian.

Dia juga telah mengembara ke negara lain untuk mencari pengikut. Jangan anda terpedaya sudah nanti hehe.

Sergei-Torop

Lagi

Muhammad S.a.w adalah Rasul terakhir sedangkan Yesus bukan Rasul terakhir

70 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t. dan selamat sejahtera ….  Adalah sudah dinyatakan dalam AlQuran dan Alhadith bahawa Nabi Muhammad S.a.w adalah Rasul Allah yang terakhir. Selepas kedatangan Muhammad S.a.w , manusia sepatutnya beriman dengannya dan tidak boleh meminggirkannya. Dalil-dalil yang jelas bahawa Nabi Muhammad S.a.w adalah rasul terakhir adalah seperti berikut;

”Bukanlah Muhammad itu bapa salah seorang laki-laki di antara kamu tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup Nabi-nabi” Surah Al Ahzaab : Ayat 40

Abu Hurairah meriwayatkan, Nabi Muhammad pernah bersabda,

“Bandingan antara aku dan nabi-nabi sebelum aku ibarat seorang yang membina rumah. Dia membina dengan baik dan cantik, tetapi ada sekeping batu bata yang masih belum diletakkan di satu sudut. Kemudian orang ramai mengelilingi rumah itu dengan kagum melihatnya, lalu mereka berkata, “Mengapakah tidak diletakkan batu bata ini.” Nabi Muhammad berkata lagi, “Akulah batu bata itu dan aku adalah penutup segala Nabi.” Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.

Rasulullah S.A.W juga bersabda dalam hadith lain: “Rantai Kerasulan dan Kenabian telah sampai pada akhirnya. Tidak akan ada lagi rasul dan nabi sesudahku”. (Tirmizi, Kitab-ur-Rouya, Bab Zahab-un-Nubuwwa; Musnad Ahmad; Marwiyat-Anas bin Malik).

Dan banyak lagi dalil yang jelas yang mana menunjukkan Nabi Muhammad S.a.w adalah nabi / rasul yang TERAKHIR dan PENUTUP segala nabi dan rasul. Sedangkan Nabi Isa a.s / Yesus tidak pernah sekali pun mengatakan dengan JELAS bahawa dia adalah rasul terakhir. Malah ada ayat yang ditafsirkan sendiri oleh umat Kristian yang mana ayat itu langsung tidak jelas menyatakan Yesus adalah Nabi Terakhir. Lebih-lebih lagi Yesus hanya diutuskan kepada umat Israel sahaja, bukan untuk seluruh alam.

Lagi

Bible mengatakan hanya 144,000 umat Israel akan masuk syurga

40 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……  Mengapa umat Kristian sekarang masih tidak perasan tentang hal ini malah terus ditipu oleh pihak gereja? Mengapa umat Kristian sendiri tidak perasan dalam kandungan kitab mereka bahawa Nabi Isa a.s / Yesus hanya diutuskan kepada umat Israel dan bukannya kepada seluruh dunia?  Di bawah akan diberikan dalil-dalil dari Bible sendiri yang akan mengesahkan perkara ini.

Dan ramai juga sudah mengetahui tentang perkara ini, tetapi tetap mengatakan ini hanyalah pendapat sendiri kerana katanya umat Islam tidak mengenal KEBENARAN Tuhan dan dibutakan mata hati. Itu lah antara yang diperkatakan oleh mereka sedangkan mereka tidak dapat memberi hujjah pun tentang perkara itu. Hanya dapat omong-omong kosong sahaja, yakin yang dia itu betul dan menjadi PAK TURUT kepada gereja semata. Kalau begitu semua orang boleh mengatakan mereka itu benar, tetapi apa HUJJAH-HUJJAH yang dibawanya yang boleh membuktikan bahawa dia itu benar? Sekiranya di dalam mahkamah anda hanya berkata anda BENAR, adakah HAKIM dapat memutuskan bahawa anda itu BENAR sebelum anda membawa dalil dan HUJJAH?

Ada yang mengatakan bahawa dia percaya dan beriman kepada Bible, tetapi mengapa ayat-ayat yang memperkatakan tentang soal ini tidak diyakininya?  Mereka hanya meyakini dan mengambil kandungan Bible mengikut selera mereka semata, bukan percaya kepada semua. Contohnya seperti anda bekerja di sebuah syarikat. Manager menyuruh anda membuat sesuatu, tetapi anda tidak melaksanakan semuanya melainkan hanya mengikut SELERA anda. Tidak kah anda merasakan bahawa anda sudah biadap dengan Manager anda?  Apa lagi jika biadap dengan Tuhan?  Tidakkah anda melihat banyak nikmat telah dikurniakan kepada anda oleh Tuhan? Tetapi mengapa perlu meremeh-remehkan dan memiilih cara hidup mengikut kepuasan NAFSU sendiri? Ini hanya dari segi akal dan logiknya.

Lagi

Older Entries