Beberapa panduan dari AlQuran dan AlHadith tentang mencari pasangan hidup

6 Komen


Salaamun alaikum w.b.t……. Kita tidak boleh berputus asa untuk mencari isteri solehah atau suami soleh. Biar pun sudah banyak kali kita gagal dalam menyintai seseorang dan berniat untuk menjadikannya sebagai pasangan hidup kita dunia dan akhirat.  Biar pun kita pernah bercerai setelah berkahwin dan mengalami kegagalan-kegagalan lain yang seumpamanya. Perkahwinan adalah suatu yang dituntut di dalam Islam kerana ianya adalah satu perkara yang mulia , banyak hikmahnya dan sudah bermula dari dalam syurga dulu lagi. Berikut adalah beberapa panduan dari AlQuran dan AlHadith untuk mencari pasangan hidup agar kita dapat bahagia di dunia dan di akhirat insyaAllah.

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya…….”. Surah An-Nur : ayat 32-33.

“Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari ni’mat Allah ?” Surah An Nahl : Ayat 72

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” Surah Yaa Sin : Ayat 36

“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (Hadis Riwayat Ahmad 2: 251, Nasa’i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis No. 2518, dan Hakim 2: 160 dari shahabat Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu).

.

Panduan dari AlQuran

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kalian mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.” Surah Ar-Ruum : 21

Lagi

Mengapa terlalu sukar untuk kahwin sekarang ini?

13 Komen


Salaam alaikum w.b.t…. Pernikahan adalah satu sunnah nabi dan merupakan antara fitrah manusia yang memerlukan kepada pasangan. Setiap makhluk ALlah diciptakan berpasangan termasuklah manusia. Oleh kerana itu manusia perlukan kepada pasangan masing-masing untuk saling melengkapi. Jika tidak, hidupnya masih tidak lengkap , tidak teratur dan banyak kekurangan.

Dan pernikahan merupakan salah satu tanda kebesaran Allah sepertimana yang difirmankan olehNya yang bermaksud, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kalian mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Ruum: 21)

Apa itu mawaddah dan rahmah?

Mawaddah dan rahmah ini muncul kerana di dalam pernikahan ada faktor-faktor yang dapat menumbuhkan dua perasaan tersebut. Dengan adanya seorang isteri, suami dapat merasakan kesenangan dan kenikmatan, serta mendapatkan manfaat dengan adanya anak dan mendidik mereka. Di samping itu, ia merasakan ketenangan, kedekatan dan kecenderungan kepada isterinya. Sehingga secara umum tidak didapatkan mawaddah dan rahmah di antara sesama manusia sebagaimana mawaddah dan rahmah yang ada di antara suami isteri. (Taisir Al-Karimir Rahman, hal. 639)

Al-Hasan Al-Bashri, Mujahid, dan ‘Ikrimah rahimuhumullah berkata: “Mawaddah adalah ibarat/kiasan dari nikah (jima‘) sedangkan rahmah adalah ibarat/kiasan dari anak.” Adapula yang berpendapat, mawaddah adalah cinta seorang suami kepada isterinya, sedangkan rahmah adalah kasih sayang suami kepada isterinya agar isterinya tidak ditimpa keburukan. (Ruhul Ma’ani 11/265, Fathul Qadir 4/263)
Lagi

Manusia akan berkahwin dengan robot

4 Komen


Salaam alaikum w.b.t… Menurut Livescience, David Levy di Universiti Maastricht , Netherlands telah meramalkan bahawa sekitar tahun 2050 nanti, negeri-negeri di Massachusetts, Amerika Syarikat kemungkinan akan membenarkan perkahwinan manusia dengan robot. Apa persepsi anda mendengar mengenai perkahwinan dengan robot ini?

Hubungan seks dengan alat-alat seks telah banyak berleluasa di A.S sekarang, dan alat-alat seks itu juga secara meluas dijual di kedai-kedai negara itu. Ini menunjukkan bahawa hubungan seks sekarang bukan hanya antara manusia dengan manusia atau dengan binatang, tetapi juga dengan peralatan elektronik. Dan ada perancangan sekarang untuk mewujudkan robot yang boleh memuaskan nafsu seks manusia.

Henrik Christensen iaitu pengasas European Robotics Research Network pula meramalkan yang manusia akan mula melakukan hubungan seks dengan robot 5 tahun dari sekarang. Dan yang dasyat lagi adalah kemungkinan akan membawa kepada perkahwinan antara manusia dengan robot. Ada pendapat psikologi mengatakan itu tidak mustahil kerana beberapa perkara. Antaranya kerana biasanya manusia akan berkahwin apabila terdapat keserasian pada personaliti, persamaan peribadi dan pengetahuan, perkongsian dan seumpamanya. Itu semua adalah apa yang terprogram dan boleh diprogramkan. Maka sebab itu lah ada pendapat yang mengatakan tidak mustahil manusia akan berkahwin dengan robot suatu masa nanti.

Lagi