Berhati-hatilah terhadap pendakyah Kristian yang memutar belit maksud AlQuran dan Al Hadith

8 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t…..  Ini hanya pesanan ringkas dari saya. Berhati-hatilah terhadap pendakyah2 Kristian yang memutar belitkan maksud AlQuran dan AlHadith.  Ini kerana sudah banyak berlaku tuduhan2 terhadap AlQuran dan AlHadith yang tidak berasas dan diputarbelitkan maksud serta huraiannya sehingga menjadi kan maksudnya jauh lari dari maksud asal. 

Mereka tidak memahami keseluruhan hadith dan mereka tidak menghayati tentang jalan cerita suatu hadith itu. Kerana ada hadith yang tegas dan ada yang dalam maksud tidak  begitu tegas. Dan dalam sirah nabi juga ada terdapat gurauan2 yang mana ada di kalangan pendakyah Kristian menganggap gurauan2 dan ketawa2 nabi itu sebagai ketawa perli dan buruk. Terutamanya dalam bab rumahtangga / nikah kahwin, mereka tidak faham betapa nabi adalah contoh terbaik dalam bab berumahtangga. Sudah tentu ada asam garamnya, sedangkan lidah lagi tergigit. Tetapi sebagai contoh, perselisihan kecil dalam rumahtangga nabi mereka perbesar2kan dan menjadikannya sebagai satu contoh buruk yang dilakukan oleh Rasulullah S.a.w.

Sedangkan perselisihan2 kecil itu adalah sebagai pengajaran kepada kita. Betapa Rasulullah S.a.w mahu mengajar kita cara menyelesaikan perselisihan2 dalam rumahtangga agar tidak semakin merebak dan bertambah buruk.  Kerana itulah hal2 rumahtangga boleh dirujuk kepada rumahtangga nabi dan sahabat. Bagaimana nabi tangani segala permasalahan dalam rumahtangga.  Dan macam2 lagi pendakyah2 Kristian mencari2 kesalahan dalam hadith yang mana tidak relevan sama sekali. BUkan NYATA seperti kesalahan di dalam Bible mereka yang mana budak tadika pun boleh nampak.

Maka berhati2 lah terhadap dakyah2 manusia2 yang tidak faham itu.  Berhati2lah membaca apa2 tulisan di internet yang menghina Islam lebih2 lagi menghina Nabi Muhammad S.a.w.  Sila rujuk para alim ulamak jika ada anda terbaca suatu yang meragukan dan berunsur penghinaan terhadap Islam.  Dan tulisan2 penghinaan itu banyaknya dalam bahasa Inggeris dan semakin diperbanyakkan dalam Bahasa Malaysia sekarang ini.  Banyak hadith2 nabi yang diputar belitkan oleh mereka, yang mana mereka menerangkan maksud yang jauh lari dari maksud sebenar dan mengubah serta  menokok tambah cerita. 

Lagi

Kajian Kristologi : Ramai orang2 Kristian dahulu yang menolak Trinity

4 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t….. dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya mahu menerangkan tentang apa itu jalan yang lurus?  Jalan yang lurus dan benar adalah jalan yang dibawa oleh para nabi sejak dari zaman Nabi Adam lagi. Jalan yang lurus itu mengajak manusia supaya beriman kepada Allah S.w.t dengan sebenar2nya dan mengEsakanNya. Dan begitu banyak sekali usaha2 untuk menyelewengkan jalan yang lurus itu kerana manusia dihasut oleh iblis dan syaitan. Iblis dan kuncu2nya telah mengisytiharkan perang kepada anak Adam sehingga ke Hari Kiamat. Maka mereka sedaya upaya akan cuba menyesatkan anak Adam dari menjadi hamba Allah yang sebenarnya.

Maka di sini saya ingin menumpukan kepada usaha penyelewengan jalan yang LURUS ini oleh kaum Bani Israel yang menjadi umat nabi Isa a.s / Yesus. Jalan yang asalnya menyuruh menyembah ALlah, Tuhan yang Esa, tetapi telah dicampur adukkan dan di sesatkan dengan menambah agar menyembah dan mengangkat Yesus sebagai Tuhan. Dan akhirnya mewujudkan satu konsep keTuhanan yang baru iaitu Trinity (3 dalam 1).

Sebenarnya, ramai di kalangan Kristian peringkat awal dulu sendiri pun tidak bersetuju dan menentang konsep Trinity ini. Kumpulan2 seperti Ebonites, Corinthians, Basilidians, Capocratians, dan Hypisistarians tidak tahu-menahu pun tentang konsep Trinity ini. Manakala Arians, Paulicians dan Goths menerima Yesus sebagai seorang rasul sahaja dan menentang Trinity.

Dan bukan kumpulan2 itu dan Islam sahaja yang tidak bersetuju dengan Trinity, malah Yahudi juga amat tidak bersetuju dengan Trinity. CUma sayangnya, Yahudi terlalu angkuh dan hanya menganggap kaum mereka sahaja yang mulia dan tidak menerima kerasulan Nabi Muhammad S.a.w hanya kerana Nabi Muhammad S.a.w bukan keturunan Bani Israel. Mereka tidak menerima hakikat tersebut kerana bagi mereka, rasul mestilah hanya dari keturunan Israel kerana semua rasul terkemudian sebelum itu berketurunan dari Israel / Nabi Yaakob.

Lagi

Kajian Kristologi : Perbezaan ajaran Yesus dengan ajaran Paulus (Kristian)

66 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t…..  Umat kristian hari ini mendakwa ajaran dalam Kristian  sekarang ini semuanya adalah ajaran dari Yesus. Tetapi sangkaan itu sebenarnya meleset sama sekali dan ajaran dalam Kristian sekarang ini sebenarnya telah diubah, ditokok tambah dan banyak bertentangan dengan ajaran Yesus / Nabi Isa dan juga Nabi Musa a.s.  Dan ajaran yang berleluasa sekarang di dalam Kristian adalah ajaran dari Paulus yang  tidak pernah bertemu dengan Yesus dan Yesus tidak mengenalinya pun jika dibaca dalam sejarah. Berikut akan diterangkan beberapa dari banyaknya perkara yang membuktikan bahawa ajaran Kristian hari ini bercanggah dengan ajaran Yesus yang sebenar.

Ajaran Yesus

1. Yesus adalah utusan Tuhan (Yesus tidak meminta dirinya untuk disembah dan dipuja). Dia hanyalah seorang Rasulullah (Utusan Allah)  seperti mana juga rasul2 yang lain.

Matius 10:5-6 – Kedua belas murid itu diutus oleh Yesus dan Ia berpesan kepada mereka: “Janganlah kamu menyimpang ke jalan bangsa lain atau masuk ke dalam kota orang Samaria, melainkan pergilah kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel.

Matius 15:24 – Jawab Yesus: “Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel.”

Yohanes 11:42 – Aku (Yesus) tahu, bahwa Engkau selalu mendengarkan Aku, tetapi oleh karena orang banyak yang berdiri di sini mengelilingi Aku, Aku mengatakannya, supaya mereka percaya, bahwa Engkaulah yang telah mengutus Aku.”

Yohanes 17:3 – Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus.

Yohanes 13:16,20 – Aku (Yesus) berkata kepadamu: Sesungguhnya seorang hamba tidaklah lebih tinggi dari pada tuannya, ataupun seorang utusan dari pada dia yang mengutusnya….Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya barangsiapa menerima orang yang Kuutus, ia menerima Aku, dan barangsiapa menerima Aku, ia menerima Dia (Bapa) yang mengutus Aku.

Yohanes 14:28 – Kamu telah mendengar, bahwa Aku (Yesus) telah berkata kepadamu: Aku pergi, tetapi Aku datang kembali kepadamu. Sekiranya kamu mengasihi Aku, kamu tentu akan bersukacita karena Aku pergi kepada Bapa-Ku, sebab Bapa lebih besar dari pada Aku.

Ajaran Paulus

Lagi

Kajian Kristologi: Sejarah kemasukan Kristian di kepulauan Melayu – Bahagian 1

68 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Kita semua telah sedia maklum tentang agama Kristian. Tetapi adakah kita mengetahui susur galurnya yang menyebabkannya tersebar ke rantau ini? Setiap sesuatu itu ada sejarahnya yang tersendiri dan sesuatu proses pembelajaran tidak akan lengkap tanpa mengetahui sejarahnya terlebih dahulu. Jika anda belajar teknologi maklumat pun anda mesti belajar sejarah bermulanya IT, begitu lah dengan agama Kristian, untuk kita lebih memahami Kristian maka perlulah dipelajari sejarahnya. Sepertimana umat Kristian ada mempelajari tentang Islam melalui ilmu Islamologi, begitu juga lah seharusnya umat Islam mempelajari tentang Kristian melalui ilmu Kristologi.

Sebelum itu perhatikan ayat2 ini dalam Kitab Bible , Surah Matius

10:34 “Jangan kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk membawa damai di atas bumi; Aku datang bukan untuk membawa damai, melainkan pedang.
10:35 Sebab Aku datang untuk memisahkan orang dari ayahnya, anak perempuan dari ibunya, menantu perempuan dari ibu mertuanya,
10:36 dan musuh orang ialah orang-orang seisi rumahnya.

Menurut Bible, ayat diatas disebut sendiri oleh Yesus. Ini bercanggah sama sekali seperti apa yang selalu dikatakan oleh mereka, iaitu Yesus datang membawa kasih. Sedangkan dalam kitab tersebut menyebut Yesus datang membawa pedang, memisahkan orang dari ayahnya dan sebagainya. Ini bererti perintah peperangan di situ.

Lagi

Pembatas kepalsuan dan kebenaran : Bab 1 – 2

30 Komen


Assalamu’alaikum w.b.t….  Berikut ini adalah satu artikel yang telah ditulis oleh saudara Shahil bin Talib berkenaan dengan perbandingan antara Islam dan Kristian. Satu pengkajian yang akan menghuraikan mana yang benar dan mana yang bathil, bukan bertujuan untuk menghina mana-mana pihak, tetapi atas dasar untuk kita semua kembali kepada kebenaran dan demi kebahagiaan kita di dunia dan akhirat. Atas permintaan beliau maka saya edarkan di sini tulisannya dan saya akan membahagikannya kepada beberapa bahagian kerana artikel itu terlalu panjang. Bagi yang mahu download secara penuh, boleh lah ke ruangan download e-kitab atau klik link di bawah.  Sekian dimaklumkan, jazaakumullahu khoirol jazaa’  🙂

Pembatas kepalsuan dan kebenaran
Pembatas kepalsuan…
Hosted by eSnips

Download e-book penuh

Oleh : Shahil Talib

KATA PENGANTAR

Buat para pembaca yang budiman,

Sesungguhnya manuskrip tidaklah tertulis melainkan bertujuan untuk mengajak para pembaca kembali menyemak dan merungkai kepercayaan yang dimiliki dari zaman berzaman, dari sebarang kesesatan dan keraguan. Sesungguhnya kepercayaan yang benar adalah kepercayaan apabila diucapkan dapat dibuktikan bertepatan dengan kenyataan dan bersesuaian dengan penerimaan akal secara fitrah, dan jika ia satu peristiwa ia mungkin berlaku pada hukum fitrah akal akan terjadi. Kepercayaan yang tidak bersesuaian dengan fitrah dan tiada jalan bagi akal untuk membenarkannya, bukanlah suatu kebenaran melainkan angan-angan semata-mata. Orang yang membenarkan sesuatu kepercayaan yang palsu adalah umpama orang yang buta berjalan dimalam yang gelap. Ia meraba-raba dan tidak sedar ia berjalan di tepi jurang yang sangat bahaya.

Kajian manuskrip ini tertumpu kepada dua agama iaitu Kristian dan Islam. Tetapi tidak sekali-kali bertujuan untuk merendah-rendahkan agama Kristian, menyinggung atau menghina penganutnya tetapi hanya semata-mata sebagai wadah pembuka minda logika kearah mencari kebenaran. Ia akan menerangkan beberapa kesamaran dan ketidak pastian yang telah dipegang berakar umbi dari zaman-berzaman, di kalangan saudara kita penganut agama Kristian. Ia bukan bertujuan untuk menjadikan satu provokasi agama, tetapi ia adalah satu tafsiran Bible menggunakan method logika. Dan bagi pembaca beragama Kristian pula diharap berlapang dada dengan kritikan-kritikan yang dilakukan terhadap Bible dan ajaran Kristian. Orang yang berlapang dada adalah tanda orang yang berjiwa besar.

Penulis telah meminta pendapat rakan karib penulis yang alim dan mahir dalam ilmu keislaman tentang niat penulis, iaitu ustaz Ismail bin Yusuf. Beliau menyarankan penulis berkecimpung secara serius dalam kajian perbandingan Islam Keristian ini sebagai satu daripada metodologi dakwah.

Lagi

Older Entries