Antara mukjizat Nabi Muhammad S.a.w – Bahagian 3

21 Komen


Mukjizat sebelum menjadi RASUL

– Muhammad dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan.

– Pada usia 5 bulan ia sudah pandai berjalan, usia 9 bulan ia sudah mampu berbicara dan pada usia 2 tahun ia sudah boleh dilepas bersama anak-anak Halimah yang lain untuk menggembala kambing.

– Halimah binti Abi-Dhua’ib, ibu susu Muhammad dapat menyusui kembali setelah sebelumnya ia dinyatakan telah kering susunya. Halimah dan suaminya pada awalnya menolak Muhammad kerana yatim. Namun, kerana alasan ia tidak ingin dicemuh oleh Bani Sa’d, ia menerima Muhammad. Selama dengan Halimah, Muhammad hidup secara nomad bersama Bani Sa’d di gurun Arab selama empat tahun.

– Abdul Muthalib, datuk kepada Muhammad menceritakan bahawa berhala yang ada di Ka’bah tiba-tiba terjatuh dalam keadaan bersujud ketika kelahiran Muhammad. Ia juga menceritakan bahawa ia mendengar dinding Ka’bah berbicara, “Nabi yang dipilih telah lahir, yang akan menghancurkan orang-orang kafir, dan membersihkan dariku dari beberapa patung berhala ini, kemudian memerintahkan untuknya kepada Zat Yang Merajai Seluruh Alam Ini.”

Lagi

Advertisements

Yesus akan kembali ke Bumi sebagai hakim yang adil

139 Komen


earthOleh : Adnan Oktar @ Harun Yahya

Yesus / Isa a.s masih tidak mati

Satu kajian ayat-ayat tentang Yesus (as) dalam Al-Qur’an menunjukkan bahawa Yesus (as) tidaklah meninggal ataupun dibunuh, tetapi dia telah diangkat ke sisi Allah. Hal ini sebagaimana diterangkan oleh ayat berikut:

Dan kerana ucapan mereka, “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah”, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa. Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha perkasa lagi Maha bijaksana. (Surah an-Nisaa’: 157-158)

Dalam beberapa terjemahan bahasa Inggeris, kita mengetahui bahawa beberapa ayat lain yang diterjemahkan memberikan kesan bahawa Yesus (as) wafat sebelum dia diangkat ke sisi Allah. Ayat-ayat ini adalah sebagai berikut:

(Ingatlah) ketika Allah berfirman, “Hai Isa, sesungguhnya Aku akan menyampaikan kamu kepada akhir ajalmu dan mengangkat kamu kepada-Ku...  (Surah Ali Imran: 55)

Pada Surah al-Maa’idah ayat 117, peristiwa tersebut diceritakan dengan perkataan Yesus (as) yang juga diterjemahkan seperti itu, seolah-olah menyiratkan erti yang sama bahawa dia telah wafat:

Lagi

Muhammad S.a.w adalah nabi yang diramalkan di dalam AlKitab

158 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Sememangnya para nabi dan rasul tidak boleh dibeza-bezakan antara mereka, kerana masing-masing diberi kelebihan tersendiri oleh Allah S.w.t. Tetapi persamaan-persamaan dan perbandingan yang diberikan ini hanya untuk menjawab balik serangan-serangan dari pihak Kristian yang masih tidak henti-henti MENYERANG di sini dari dulu sampai sekarang.

“Rasul telah beriman kepada Al-Qur’an yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): “Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang pun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya”, dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami ta’at”. (Mereka berdo’a): “Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali”. Surah Al Baqarah : Ayat 285

Banyak sebenarnya ramalan-ramalan tentang kedatangan nabi ada dalam Perjanjian Lama dalam AlKitab, tetapi kali ini kita hanya membicarakan tentang ramalan ini;

Ulangan 18:15 Bahwa seorang nabi dari tengah-tengah kamu, dari antara segala saudaramu, dan yang seperti aku ini (Musa), iaitu akan dijadikan oleh Tuhan, Allahmu, bagi kamu, maka akan dia patutlah kamu dengar.

.

Hayati baik-baik hujjah-hujjah yang diberikan ini.  Kesesuaian ramalan itu lebih kepada persamaan Musa a.s  dengan Muhammad S.a.w berbanding persamaan Musa a.s dengan Yesus.

1 – Musa dan Muhammad lahir secara normal dan alamiah, iaitu melalui percampuran fizik antara seorang lelaki dan seorang wanita, sementara Yesus lahir tidak seperti itu.

2 – Musa mempunyai hubungan rapat dengan Allah

Muhammad juga mempunyai hubungan rapat dengan Allah, kerana dia PENGHULU segala nabi dan rasul. Dia manusia pertama yang mengadap Allah di langit

Lagi

Petikan kisah-kisah Nabi Isa / Yesus a.s di dalam Ihya’ Ulumuddin

6 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Berikut ambe cuba kutip kisah2 dan kata2 nasihat dari Nabi Isa / Yesus a.s  yang terdapat dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam AlGhazali.  Sememangnya kisah berkenaan Nabi Isa a.s amat banyak diceritakan oleh Imam Ghazali di dalam kitab2 besar beliau.  Digabungkan lagi kisah2 di dalam hadith dan AlQuran, sememangnya Nabi Isa a.s merupakan contoh akhlak terpuji yang patut diikuti oleh kita juga.  Dan baginda akan kembali suatu hari nanti untuk menegakkan Tauhid , mematahkan salib-salib dan menghapuskan Dajjal.

Agama yang disebarkan oleh Nabi Isa a.s dulu dipanggil Nasrani berdasarkan kepada nama tempat tinggal Yesus iaitu di Nazareth. Orang2 Arab memanggil tempat itu dengan nama Nasiroh. Maka orang2 yang berasal dari Nasiroh dipanggil Nasrani.  Bermakna agama Nasrani hanya untuk pengikut2 di Nasiroh / Nazareth sahaja. Berbeza dengan Islam yang bermaksud Peace / Sejahtera. Kesejahteraan adalah untuk semua dan bukan kepada sesuatu kaum sahaja.

Nabi Isa melawat 3 golongan pemuda

Diriwayatkan bahawa Nabi Isa AS melewati tiga orang yang telah kurus badannya dan berubah warna wajahnya. Lalu ia bertanya kepada ketiga orang itu, “Apakah yang menyebabkan kamu seperti apa yang aku lihat ini ?”

Mereka menjawab, “Takut dari neraka”

Nabi Isa AS berkata, “Menjadi hak atas Allah bahawa Ia mengamankan orang-orang yang takut”.

Kemudian nabi Isa AS melewati dari yang tiga tadi kepada tiga orang yang lain, tiba-tiba dijumpainya mereka lebih kurus dan lebih berubah warna wajahnya. Maka ia bertanya, “apa yang menyebabkan kamu kepada apa yang aku lihat ini ?”

Mereka menjawab, “rindu kepada syurga”.

Nabi Isa AS lalu menjawab, “Menjadi hak atas Allah dengan memberikan kepadamu apa yang kamu harapkan”.

Kemudian nabi Isa AS berlalu dari ketiga orang tadi dan bertemu dengan tiga orang yang lain. Tiba-tiba dijumpainya mereka itu lebih kurus dan berubah warna mukanya. Seakan-akan pada wajah mereka nampak nur (cahaya) . lalu Nabi Isa AS bertanya, “Apa yang menyebabkan kamu seperti apa yang aku lihat ini ?”.

Mereka menjawab, “Kami mencintai Allah Azza wa Jalla”

Lagi

Petikan kisah-kisah Nabi Isa / Yesus a.s di dalam AlQuran

126 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Pembicaraan tentang Nabi Isa a.s mempunyai perbezaan yang sedikit ketara dari kacamata Islam dengan kacamata Kristian. Kali ini saya mahu membawa anda melihat kisahnya sepertimana yang terkandung di dalam AlQuran. Kemudian nanti saya akan sambung dengan kisah tentang Isa a.s di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin dan sebagainya pula insyaAllah.

Sejarah kelahiran Isa a.s

Maryam ibu kepada nabi Isa a.s adalah anak kepada `Imran. Al-Quran telah memaparkan kisahnya kepada kita, iaitu kisah tentang kandungannya, kelahirannya dan pendidikannya.

Allah SWT telah memilih Maryam sebagai ibu kepada anak yang akan menyampaikan berita gembira kepada manusia ketika itu, di mana ibunya (Maryam) yang ketika sarat mengandung telah bernazar supaya anak kandungannya apabila lahir adalah bebas daripada penyembah berhala, syirik dan mahu agar menjadikanya ikhlas berkhidmat kepada Allah. Beliau (Ibu Maryam) telah berdoa supaya Allah mengabulkan nazarnya sebagaimana yang tersebut di dalam Al-Quran.

Maksudnya: “(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:” Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” –  Surah Aali Imran : Ayat 35

Sebagaimana yang tersebut di dalam nas al-Quran nazarnya itu adalah jika anak di dalam kandungannya adalah lelaki, tetapi malangnya apa yang dilahirkannya itu adalah seorang anak perempuan, ini menyebabkan ibu Maryam serba salah dengan nazarnya bahkan mahu sahaja membatalkan nazarnya tersebut, tetapi kerana keimanannya terhadap Allah S.W.T beliau meneruskan nazarnya. Firman Allah mengenai hikayat tersebut;

Maksudnya: Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), – dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu – dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”.  – Surah Aali Imran : Ayat 36

Lagi