Para nabi dan rasul telah membina bait / rumah Allah sebagai arah kiblat

4 Komen


Salaamun alaikum w.b.t……. dan selamat sejahtera. Tulisan ini adalah ilmu-ilmu lama berkenaan Kristologi, tetapi saya sekadar mahu menambah kandungan di blog ini. Fahami dan hayatilah , semoga kamu mendapat hidayah, rahmat / kasih sayang dan berkat dariNya. Penerangan ini tidak lain melainkan kerana sayang saya kepada anak cucu nabi Adam dan mahu mereka kembali menTAUHIDkan Allah dengan sebenar-benarnya.

– Umat Kristen / Kristian selalu menuduh umat Islam menyembah batu di Ka’abah / Baitullah. Sedangkan sudah ternyata bukan batu yang disembah oleh umat Islam, tetapi hanya Allah semata-mata.  Ka’abah itu hanyalah arah ‘kiblat’ , yang mana di dalam solat pun umat Islam tidak menyebut dan mengingatinya, apa lagi untuk menyembahnya. Sedangkan umat Kristian lupa, bahawa para nabi dan rasul dulu telah membina bait / rumah Allah sebagai arah kiblat juga.  Dan ini disebut dengan nyata juga di dalam Perjanjian Lama dari Bible mereka.

Kejadian  28:18    Maka bangunlah Yakub pagi-pagi hari, diambilnya batu yang telah diperbuatnya bantal itu, didirikannyalah akan suatu tanda, lalu dituangnyalah minyak di atasnya.
28:19    Maka dinamainyalah akan tempat itu Bait-el, tetapi dahulu nama negeri itu Luz. [AlKitab Terjemahan Lama]

Kejadian  28:22    maka batu ini, yang telah kudirikan akan suatu tanda itu, menjadi sebuah bait Allah, maka aku akan mempersembahkan kepada-Mu dalam sepuluh asa dari pada segala sesuatu, yang Engkau karuniakan kepadaku. [AlKitab Terjemahan Lama]

Lagi

Advertisements

Adakah Muhammad S.a.w perampok dan penzinah?

20 Komen


Salaamun alaikum w.b.t……. Berikut adalah tulisan yang diupload ke Facebook oleh saudara Kristian yang menggunakan nama samaran Surga Neraka. Dan pada ruangan komen di bawah adalah antara jawapan-jawapan saya di sana dan mungkin akan sambung lebih banyak lagi di sini jika ada debater Kristian datang mencelah di sini insyaAllah 🙂

.

muhammad RASUL islam PENZINAH dan PERAMPOK

Hadist Sahih Bukhari Vol 9, Book 93, Number 579

Diriwayatkan oleh Abu Dharr : Nabi berkata, Jibril datang padaku dan memberi aku kabar baik bahwa siapa saja yang mati tanpa menyembah apapun selain Allah akan masuk surga. Aku bertanya (pada Jibril), “Walaupun dia mencuri, walaupun dia berzinah?” Dia menjawab, ” (Ya), “Walaupun dia mencuri, dan walaupun dia berzinah.”

dari pertanyaan muhamad sendiri kepada Jibril jelas membuktikan dia (muhammad) adalah seorang PENCURI dan PENZINAH. Seorang penyidik yang tajam pengamatannya tentu dapat tahu dari hadist di atas kalau Muhammad adalah seorang pencuri dan pezinah.
==============================================================

Lagi

Percanggahan-percanggahan NYATA di dalam BIBLE / AlKITAB

397 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Bible atau AlKITAB sememangnya terkenal dengan percanggahan-percanggahan yang terNYATA JELAS dan BANYAK. Amat berbeza sekali dengan hujjah-hujjah yang mereka bawa kononnya ayat-ayat AlQuran juga ada percanggahan. Setelah dibincangkan maka terNYATA itu bukan percanggahan tetapi hanya pentafsiran meleset manusia-manusia yang TERDESAK.

Jika anda tidak percaya, maka sila bawakan percanggahan-percanggahan yang kamu rasa ada dalam AlQuran dan mari kita bincangkan secara teliti dan ilmiah, bukan datang menuduh tanpa BUKTI dan terlalu mengikut EMOSI.  Terima lah KEBENARAN walaupun ianya pahit untuk ditelan.  Tulisan saya bukan untuk menghina sesiapa, tetapi kerana perasaan tanggungjawab dan kasihan-belas saya untuk menyedarkan anda semua dari tipu-helah kerajaan ROME dan Yahudi yang telah menyeleweng dari ajaran asal dahulu kala yang hanya gilakan kuasa di dunia sampai ke hari ini.  Mereka itulah satu puak yang dinamakan Illuminati.

Semoga kamu beroleh PETUNJUK dari ALLAH S.w.t dan kembali kepada FITRAH.  Jika kamu sudah kembali kepada FITRAH dan menjadi ISLAM (menyerah diri sepenuhnya kepada ALLAH) maka kamu ibarat KAIN PUTIH yang masih belum tercatat DOSA, sedangkan KEBAIKAN-KEBAIKAN kamu selama ini di dunia sudah dikira oleh TUHAN Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sungguh BERUNTUNG lah orang-orang itu, subhanallah.

Percanggahan-percanggahan dalam AlKitab / Bible

1 – Yesus mesti merasai sengsara , kemudian bangkit dari mati TIADA disebut dalam Perjanjian Lama sedangkan Lukas mengatakan “Adalah tersurat bahwa Kristus wajib merasai sengsara, kemudian bangkit pula dari antara orang mati pada hari yang ketiga;”

Lagi

Menjawab answering-islam.org Bahagian 1 – Sejarah AlQuran dan Injil

30 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Semoga kamu semua sihat-sihat dan ceria belaka. tanpa membuang masa , saya terus straight to the point. Saya akan mula menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan dalam laman web http://www.answering-islam.org/Bahasa . Kenapa saya terasa mahu menjawabnya? Kerana saya perhatikan di mana-mana pun dalam internet ini, kebanyakan penghujjah-penghujjah Kristian mengambil point-point dari laman web tersebut tanpa mengkaji sendiri adakah ianya betul atau tidak.

Kerana terlalu banyak apa yang diperkatakan di dalam laman web tersebut tentang Islam adalah TIDAK BETUL sama sekali. Nanti saya akan huraikan satu persatu insyaAllah.  Cuma untuk tajuk pertama kali ini, saya akan cuba ulas dulu topik yang ditulis oleh webmaster nya yang bertajuk Sejarah AlQuran dan Injil dibandingkan Untuk rujukan anda, sila lawati link ini http://www.answering-islam.org/Bahasa/AlKitab/sejarah_quran_injil.html

Harap anda dapat copy and paste sendiri link tersebut ke kotak URL pada browser internet anda, kerana saya tidak ada minat untuk meletakkan link hyperteks nya di sini hehe.  Jika saya letak linknya di sini,  ibarat saya membantu laman web tersebut pula dalam search engine.

.

Alkitab lebih banyak bahan sejarah dari AlQuran

Menurut penulis answering-islam, AlKitab umat Nasrani lebih kurang 4 kali lebih panjang berbanding dengan AlQuran.  Maka saya tidak nafikan itu, jika dilihat dari segi isi sejarah memang lebih banyak kandungannya di dalam AlKitab. Cuma kita perlu juga tahu, AlQuran bukannya KITAB SEJARAH semata-mata , bahkan AlQuran adalah kitab yang mengandungi firman2 ALLAH yang berupa perintah, larangan, fakta-fakta ilmiah, kisah-kisah sejarah dan termasuk juga banyak kisah di masa hadapan dan menceritakan perihal akhirat.  Sedangkan di dalam AlKitab boleh dikatakan tidak ada diceritakan tentang keadaan di alam barzakh, mahsyar, dan Hari akhirat dengan banyak seperti yang tercatit dalam AlQuran.

Lagi

Dalam pandangan Kristian, manusia yang tidak mengasihi Yesus adalah TERKUTUK

396 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Memandangkan pihak Kristian masih tidak berhenti lagi MENYERANG ke blog ini, maka saya sambung lagi ke topik yang lain. Tetapi saya tidak akan tulis panjang-panjang lagi, kerana ntah mereka baca atau tidak tulisan panjang-panjang saya.  Maka mulai sekarang, saya hanya akan keluarkan topik berbentuk soalan kepada mereka, kerana nampaknya mereka suka sangat datang membuat kacau di BLOG ini.

Tanpa melengahkan masa saya lagi ,  saya berikan di sini ayat-ayat dalam Surat Paulus iaitu  1 Korintus;

1 Korintus   16:20 Sahabat-sahabat kita di sini semuanya minta supaya saya menyampaikan salam mereka kepada Saudara. Dan Saudara sendiri hendaknya bersalam-salaman pada waktu bertemu.

16:21 Kata-kata terakhir dalam surat ini saya tulis sendiri.
16:22 Kalau seseorang tidak mengasihi Tuhan, terkutuklah ia. Tuhan Yesus, datanglah!
16:23 Kiranya kasih karunia Tuhan Yesus Kristus menyertai Saudara sekalian.
16:24 Terimalah kasih saya kepada Saudara sekalian, sebab kita sekalian milik Yesus Kristus.

Paulus dengan tegas menyatakan di situ bahawa Kalau seseorang tidak mengasihi Tuhan, terkutuklah ia. Bagi orang Kristian yang mengaku bahawa Yesus itu juga adalah tuhan dan mengasihinya, sudah tentu tidak termasuk dalam senarai manusia yang dikutuk dalam ayat itu.  Tetapi manusia-manusia lain seperti orang-orang Buddha, Hindu dan sebagainya yang TIDAK MENGAKU apa lagi MENGASIHI Yesus itu adalah tuhan sudah pasti terkena KUTUKAN Paulus itu.

.

Larangan orang Kristian berkawan dengan bukan Kristian
Lagi

Yesus akan kembali ke Bumi sebagai hakim yang adil

139 Komen


earthOleh : Adnan Oktar @ Harun Yahya

Yesus / Isa a.s masih tidak mati

Satu kajian ayat-ayat tentang Yesus (as) dalam Al-Qur’an menunjukkan bahawa Yesus (as) tidaklah meninggal ataupun dibunuh, tetapi dia telah diangkat ke sisi Allah. Hal ini sebagaimana diterangkan oleh ayat berikut:

Dan kerana ucapan mereka, “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah”, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa. Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha perkasa lagi Maha bijaksana. (Surah an-Nisaa’: 157-158)

Dalam beberapa terjemahan bahasa Inggeris, kita mengetahui bahawa beberapa ayat lain yang diterjemahkan memberikan kesan bahawa Yesus (as) wafat sebelum dia diangkat ke sisi Allah. Ayat-ayat ini adalah sebagai berikut:

(Ingatlah) ketika Allah berfirman, “Hai Isa, sesungguhnya Aku akan menyampaikan kamu kepada akhir ajalmu dan mengangkat kamu kepada-Ku...  (Surah Ali Imran: 55)

Pada Surah al-Maa’idah ayat 117, peristiwa tersebut diceritakan dengan perkataan Yesus (as) yang juga diterjemahkan seperti itu, seolah-olah menyiratkan erti yang sama bahawa dia telah wafat:

Lagi

Koleksi hujjah-hujjah terhadap umat Kristian – Bahagian pertama

135 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. dan selamat sejahtera. Memandangkan beberapa orang umat Kristian tidak berhenti-henti lagi menyerang di blog ini, maka saya lanjutkan bicara lagi tentang kristologi. Kali ini akan dibentang kan hujjah-hujjah lama yang banyak di antaranya masih tidak terjawab oleh mereka.   Fahami dan hayatilah , semoga kamu mendapat hidayah, rahmat / kasih sayang dan berkat dariNya.  Penerangan ini tidak lain melainkan kerana sayang saya kepada anak cucu nabi Adam dan mahu mereka kembali menTAUHIDkan Allah dengan sebenar-benarnya.

Sebelum itu mari kita teliti hadith dari Nabi Muhammad S.a.w bahawa beliau melarang kita menyanjung dia berlebihan kerana risau akan menjadi seperti umat Nabi Isa a.s yang menyanjungnya lebih-lebih sehingga mengangkat Nabi Isa menjadi Tuhan.

“Janganlah kamu sanjung aku (secara berlebihan) sebagaimana kaum Nasrani menyanjung ‘Isa bin Maryam alaihisSalam secara berlebihan. Aku hanyalah seorang hamba Allah, maka panggillah aku dengan sebutan ‘hamba Allah dan Rasul-Nya’.” (HR Abu Daud)

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat (untuk menyerukan) “Beribadahlah kepada Allah (saja) dan jauhilah thoghut.” Surah  An – Nahl  : Ayat 36

.

.

Koleksi hujjah-hujjah terhadap umat Kristian

–   Yesus hanya lah UTUSAN ALLAH, atau pun RASULULLAH. Cuma kelahirannya adalah ajaib kerana tanpa bapa, tetapi jangan sekali2 mengatakan bapanya adalah ALLAH, itu adalah SYIRIK yang paling besar!! ALlah Maha Pengampun, Dia akan mengampunkan segala dosa jika Dia kehendaki, MELAINKAN dosa SYIRIK kepadanya.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi sesiapa yang dikehendakiNya.” Surah An Nisaa’ : Ayat 48

Lagi

Older Entries