Salaamun alaikum w.b.t……. dan selamat sejahtera. Straight to the point –> Istilah Parthenogenesis berasal dari perkataan Greek παρθένος parthenos, “virgin”, + γένεσις genesis, “birth”. Maka maknanya dalam Bahasa Melayu ialah “kelahiran dara”. Ianya adalah suatu bentuk pembiakan aseksual ditemui pada si betina, di mana pertumbuhan dan perkembangan embrio berlaku tanpa persenyawaan oleh si jantan.
Parthenogenesis biasanya berlaku pada sesetengah spesis haiwan invertebrata seperti (Kutu air, kutu daun, nematoda, beberapa jenis lebah, beberapa jenis Phasmida, beberapa spesies kalajengking, dan Wasp parasit) dan juga beberapa spesis haiwan vertebrata seperti (sesetengah reptilia, ikan, dan jarang-jarang terdapat pada burung dan ikan jerung, terutamanya jerung jenis Hammerhead).
Sedangkan haiwan pun ada yang lahir tanpa bapa, maka mengapa perlu dikatakan kelahiran Yesus / Nabi Isa a.s tanpa bapa itu bahawa Yesus adalah Tuhan atau anak Tuhan? Mengapa tidak katakan sahaja haiwan-haiwan yang lahir tanpa bapa itu juga Tuhan? Bukti-bukti kelahiran tanpa bapa pada haiwan-haiwan ini juga membuktikan secara saintifik bahawa tidak mustahil ianya juga berlaku kepada manusia dan tidak semestinya yang lahir itu adalah ANAK TUHAN, kerana TUHAN tidak mempunyai ANAK.
Salaamun alaikum w.b.t……. dan selamat sejahtera. Tulisan ini adalah ilmu-ilmu lama berkenaan Kristologi, tetapi saya sekadar mahu menambah kandungan di blog ini. Fahami dan hayatilah , semoga kamu mendapat hidayah, rahmat / kasih sayang dan berkat dariNya. Penerangan ini tidak lain melainkan kerana sayang saya kepada anak cucu nabi Adam dan mahu mereka kembali menTAUHIDkan Allah dengan sebenar-benarnya.
– Umat Kristen / Kristian selalu menuduh umat Islam menyembah batu di Ka’abah / Baitullah. Sedangkan sudah ternyata bukan batu yang disembah oleh umat Islam, tetapi hanya Allah semata-mata. Ka’abah itu hanyalah arah ‘kiblat’ , yang mana di dalam solat pun umat Islam tidak menyebut dan mengingatinya, apa lagi untuk menyembahnya. Sedangkan umat Kristian lupa, bahawa para nabi dan rasul dulu telah membina bait / rumah Allah sebagai arah kiblat juga. Dan ini disebut dengan nyata juga di dalam Perjanjian Lama dari Bible mereka.
Kejadian 28:18 Maka bangunlah Yakub pagi-pagi hari, diambilnya batu yang telah diperbuatnya bantal itu, didirikannyalah akan suatu tanda, lalu dituangnyalah minyak di atasnya.
28:19 Maka dinamainyalah akan tempat itu Bait-el, tetapi dahulu nama negeri itu Luz. [AlKitab Terjemahan Lama]
Kejadian 28:22 maka batu ini, yang telah kudirikan akan suatu tanda itu, menjadi sebuah bait Allah, maka aku akan mempersembahkan kepada-Mu dalam sepuluh asa dari pada segala sesuatu, yang Engkau karuniakan kepadaku. [AlKitab Terjemahan Lama]
Salaamun alaikum w.b.t……. Berikut adalah tulisan yang diupload ke Facebook oleh saudara Kristian yang menggunakan nama samaran Surga Neraka. Dan pada ruangan komen di bawah adalah antara jawapan-jawapan saya di sana dan mungkin akan sambung lebih banyak lagi di sini jika ada debater Kristian datang mencelah di sini insyaAllah 🙂
.
muhammad RASUL islam PENZINAH dan PERAMPOK
Hadist Sahih Bukhari Vol 9, Book 93, Number 579
Diriwayatkan oleh Abu Dharr : Nabi berkata, Jibril datang padaku dan memberi aku kabar baik bahwa siapa saja yang mati tanpa menyembah apapun selain Allah akan masuk surga. Aku bertanya (pada Jibril), “Walaupun dia mencuri, walaupun dia berzinah?” Dia menjawab, ” (Ya), “Walaupun dia mencuri, dan walaupun dia berzinah.”
dari pertanyaan muhamad sendiri kepada Jibril jelas membuktikan dia (muhammad) adalah seorang PENCURI dan PENZINAH. Seorang penyidik yang tajam pengamatannya tentu dapat tahu dari hadist di atas kalau Muhammad adalah seorang pencuri dan pezinah.
==============================================================
Assalaamu’alaikum w.b.t……. Selalu kita dengar tuduhan-tuduhan dari umat Kristian bahawa “Nabi Muhammad S.a.w adalah seorang PEMBUNUH, maka dia bukanlah seorang nabi”. Mereka membandingkan dengan idola mereka iaitu Yesus kristus yang TIDAK PERNAH membunuh manusia. Sedangkan mereka lupa sesuatu iaitu Nabi Musa a.s dulu juga pernah berperang dan MEMBUNUH orang-orang musyrik.
Maka adakah mereka mahu mengatakan Nabi Musa a.s itu seorang PEMBUNUH? Sudah tentu mereka tidak berani kerana Nabi Musa a.s adalah nabi yang dikurniakan kitab Taurat yang diguna pakai oleh mereka juga di dalam AlKitab. Maka mengapa jika Nabi Muhammad S.a.w berperang melawan musyrik maka mereka sewenang-wenangnya menuduh Muhammad sebagai PEMBUNUH?
Sedangkan apa yang Nabi Muhammad S.a.w lakukan adalah sama seperti Nabi Musa a.s lakukan. Maka jika Muhammad kamu boleh katakan dia seorang PEMBUNUH, mengapa kamu tidak mengatakan Nabi Musa a.s pun seorang PEMBUNUH? Jika kamu menuduh Muhammad S.a.w adalah PEMBUNUH, itu sama seperti kamu menuduh Nabi Musa a.s juga PEMBUNUH. Dan mengapa kamu masih mengguna pakai Taurat (yang ada sekarang ini bukan lagi kandungan asal)? Tidakkah kamu merasa malu kerana memakai Taurat di dalam Perjanjian Lama dan memasukkannya ke dalam AlKitab dan menamakannya sebuah kitab suci?
Lagi pun Muhammad S.a.w dan umat Islam bukannya memulakan PEPERANGAN, bukannya memulakan MENYERANG sesiapa, tetapi perintah berperang adalah datangnya dari Allah S.w.t setelah umat Islam diseksa, dibunuh dengan kejam dan yang penting untuk membasmi PENYEMBAHAN berhala dari muka bumi ini. Dan mereka juga berjuang di tanahair sendiri menuntut keadilan, bukannya berangkat menyerang negara atau tempat lain. Nabi Muhammad dan umatnya memerangi orang-orang MUSYRIK sama seperti Nabi Musa a.s dan umatnya memerangi MUSYRIK dahulu.
Assalaamu’alaikum w.b.t……. Bible atau AlKITAB sememangnya terkenal dengan percanggahan-percanggahan yang terNYATA JELAS dan BANYAK. Amat berbeza sekali dengan hujjah-hujjah yang mereka bawa kononnya ayat-ayat AlQuran juga ada percanggahan. Setelah dibincangkan maka terNYATA itu bukan percanggahan tetapi hanya pentafsiran meleset manusia-manusia yang TERDESAK.
Jika anda tidak percaya, maka sila bawakan percanggahan-percanggahan yang kamu rasa ada dalam AlQuran dan mari kita bincangkan secara teliti dan ilmiah, bukan datang menuduh tanpa BUKTI dan terlalu mengikut EMOSI. Terima lah KEBENARAN walaupun ianya pahit untuk ditelan. Tulisan saya bukan untuk menghina sesiapa, tetapi kerana perasaan tanggungjawab dan kasihan-belas saya untuk menyedarkan anda semua dari tipu-helah kerajaan ROME dan Yahudi yang telah menyeleweng dari ajaran asal dahulu kala yang hanya gilakan kuasa di dunia sampai ke hari ini. Mereka itulah satu puak yang dinamakan Illuminati.
Semoga kamu beroleh PETUNJUK dari ALLAH S.w.t dan kembali kepada FITRAH. Jika kamu sudah kembali kepada FITRAH dan menjadi ISLAM (menyerah diri sepenuhnya kepada ALLAH) maka kamu ibarat KAIN PUTIH yang masih belum tercatat DOSA, sedangkan KEBAIKAN-KEBAIKAN kamu selama ini di dunia sudah dikira oleh TUHAN Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sungguh BERUNTUNG lah orang-orang itu, subhanallah.
Percanggahan-percanggahan dalam AlKitab / Bible
1 – Yesus mesti merasai sengsara , kemudian bangkit dari mati TIADA disebut dalam Perjanjian Lama sedangkan Lukas mengatakan “Adalah tersurat bahwa Kristus wajib merasai sengsara, kemudian bangkit pula dari antara orang mati pada hari yang ketiga;”
Assalaamu’alaikum w.b.t……. Semoga kamu semua sihat-sihat dan ceria belaka. tanpa membuang masa , saya terus straight to the point. Saya akan mula menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan dalam laman web http://www.answering-islam.org/Bahasa . Kenapa saya terasa mahu menjawabnya? Kerana saya perhatikan di mana-mana pun dalam internet ini, kebanyakan penghujjah-penghujjah Kristian mengambil point-point dari laman web tersebut tanpa mengkaji sendiri adakah ianya betul atau tidak.
Kerana terlalu banyak apa yang diperkatakan di dalam laman web tersebut tentang Islam adalah TIDAK BETUL sama sekali. Nanti saya akan huraikan satu persatu insyaAllah. Cuma untuk tajuk pertama kali ini, saya akan cuba ulas dulu topik yang ditulis oleh webmaster nya yang bertajuk Sejarah AlQuran dan Injil dibandingkan Untuk rujukan anda, sila lawati link ini http://www.answering-islam.org/Bahasa/AlKitab/sejarah_quran_injil.html
Harap anda dapat copy and paste sendiri link tersebut ke kotak URL pada browser internet anda, kerana saya tidak ada minat untuk meletakkan link hyperteks nya di sini hehe. Jika saya letak linknya di sini, ibarat saya membantu laman web tersebut pula dalam search engine.
.
Alkitab lebih banyak bahan sejarah dari AlQuran
Menurut penulis answering-islam, AlKitab umat Nasrani lebih kurang 4 kali lebih panjang berbanding dengan AlQuran. Maka saya tidak nafikan itu, jika dilihat dari segi isi sejarah memang lebih banyak kandungannya di dalam AlKitab. Cuma kita perlu juga tahu, AlQuran bukannya KITAB SEJARAH semata-mata , bahkan AlQuran adalah kitab yang mengandungi firman2 ALLAH yang berupa perintah, larangan, fakta-fakta ilmiah, kisah-kisah sejarah dan termasuk juga banyak kisah di masa hadapan dan menceritakan perihal akhirat. Sedangkan di dalam AlKitab boleh dikatakan tidak ada diceritakan tentang keadaan di alam barzakh, mahsyar, dan Hari akhirat dengan banyak seperti yang tercatit dalam AlQuran.
"Ajaklah ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan contoh pengajaran yang baik dan berdailoglah dengan mereka dengan cara yang lebih baik" Surah Al-Nahl : Ayat 125
”Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” Surah Muhammad : Ayat 7
Dunia ini penuh dengan KONSPIRASI JAHAT. "Mereka membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu, dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya." Surah Aali Imran : Ayat 54
"Allah tidak menurunkan ke muka bumi, sejak penciptaan Adam as hingga hari Kiamat, fitnah yang lebih besar dari fitnah Dajjal." (Hadith Riwayat Thabrani , 1672)
Sabda nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud,
".......Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah
"Itulah hukum-hukum Allah, Maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al Baqarah : Ayat 229)
“…….Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” Surah Al Ma’idah : 44
“……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” Surah Al Ma’idah : 45
“……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” Surah Al Ma’idah : 47
Nabi s.a.w. bersabda: “Jangan demikian, demi Allah, nescayalah engkau semua itu wajib memerintahkan kebaikan, melarang dari kemungkaran, mengambil tangan orang yang zalim (yakni menghentikan kezalimannya) serta mengembalikannya atas kebenaran yang sesungguhnya, juga membasmi tindakannya kepada yang hak saja dengan pembatasan yang sesungguh-sungguhnya. Atau jikalau semua itu tidak dilakukan, maka nescayalah Allah akan memukulkan (membencikan) hati setengahmu terhadap setengahnya kemudian melaknati (mengutuk) engkau semua sebagaimana Dia mengutuk mereka (Bani Israil).” Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan. Ini adalah menurut lafaznya Imam ‘Abu Dawud.
Saidina Abu Bakar berkhutbah ketika mula dilantik menjadi khalifah, yang antaranya bermaksud ".....Maka jika aku istiqomah di atas KEBENARAN, tolong ikuti aku, tetapi jika aku keliru maka luruskan diriku......" (Tartib wa Tahdzhib kitab Al Bidayah Wan Nihayah - Imam Ibnu Katsir)
Komen terkini