Mata lalat – Bukti kukuh bahawa Tuhan itu wujud

19 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Kepada mereka2 yang baru sahaja menjadi Atheist, atau telah berpengalaman lama menjadi Atheist, atau baru berniat untuk menjadi Atheist, silakan lah tonton video ini dengan menggunakan AKAL yang waras. Perhatikan dengan TELITI pada mata lalat di dalam video ini. Lihatlah formasi2 yang kemas dan tersusun rapi itu. Adakah semua itu terjadi dengan sendiri??  Semua mata LALAT tersusun rapi dan kompleks begitu??  TIDAK MASUK AKAL!

Sila perhati dan renung sebaik mungkin terhadap kejadian ciptaan Allah Ta’ala itu. Jika anda masih mengatakan bahawa ianya TERJADI DENGAN SENDIRI, maka terpulang lah. 🙂

“Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah.” Surah Al Hajj : Ayat 73

Lagi

Dari sekecil makhluk hingga sebesar makhluk semuanya bertasbih memuji Allah

25 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Saya sudah lama menulis tentang perkara ini, tetapi saya tulis dalam Bahasa Inggeris di blog lain. Saya ingatkan telah menulisnya dalam Bahasa Melayu, rupa-rupanya belum. Saya cari-cari tidak jumpa. Maka saya cuba lah tulis kembali tentang semua mahkluk bertasbih memuji Allah S.w.t.  Semoga saudara-saudara agama lain pun mendapat pengajaran darinya insyaAllah 🙂

Allah telah menunjukkan kepada kita semua terlalu banyak bukti tentang kewujudannya termasuklah Nama-nama Allah pada bermacam makhluk.  Kebanyakan bukti tersebut hanya dapat dilihat dengan menggunakan akal yang dianugerahkan terhadap ciptaanNya yang terbaik iaitu manusia.

Dari alam mikro hinggalah ke alam makro, daripada sekecil-sekecil makhluk  iaitu  ATOM, hingga sebesar-besar makhluk seperti matahari dan bintang-bintang lain yang lebih besar seperti  Sirius, Pollux, Arturus, Rigel, Aldebaran, Betelgeuse, Antares  dan sebagainya, semuanya membuktikan kewujudan Allah dan bertasbih memujiNya.

“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Hadid : Ayat 1

Konsep ATOM, di mana Elektron mengelilingi Neukleus (Proton dan Neutron) adalah sama dengan konsep planet-planet mengelilingi matahari dalam sistem suria (Solar System) kita, begitu juga dengan sistem suria kita pula beredar mengelilingi Galaksi Bima Sakti (Milky Way Galaxy) dan begitulah seterusnya. Sungguh amat luas alam semesta ini, tiada siapa yang dapat menjangkaunya melainkan Allah S.w.t.

Bagaimana semua itu dapat beredar di dalam paksi dengan elok sekali, tanpa lari dari garisan orbitnya dan melencong ke arah lain?  Sudah tentu lah ada yang mengawalnya.

Lagi

Fractals dan fibonacci pada alam ciptaan Tuhan

4 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t…. dan selamat sejahtera. Sungguh unik sekali alam ciptaan Tuhan ini, SubhanAllah. Kali ini saya ingin menunjukkan kepada tuan-tuan dan puan-puan semua beberapa gambar yang menambahkan lagi bukti bahawa alam ini ada pencipta dan ciptaan itu pula berdasarkan kepada Matematik dan susunan2 yang indah. Terlebih dahulu saya akan bawakan beberapa keping gambar fractals pada alam maya ini. Dan diikuti nanti contoh2 fractals yang telah dihasilkan menggunakan kaedah matematik dalam komputer dengan menggunakan software ‘fractals generator’. 

Antara contoh2 software percuma ‘fractals generator’ yang dapat menghasilkan gambar2 corak fractals ialah; Fractal Explorer  , Apophysis  ,  Chaoscope  ,  Chaospro  ,  Fractal forge  ,  Sterling Fractal  ,  Tiera-28.  Anda boleh cuba sendiri software2 tersebut dan membuat gambar2 fractals anda sendiri.

Berikut adalah gambar2 alamiah yang membentuk fractals;

 

Broccoli

brocoli.jpg

brocoli.jpg
Via pictures 1 and 2

Chou Romanesco

 

romanescu.jpg Lagi