Soalan.

1 – Kenapakah neraka Wail disediakan oleh Allah untuk orang-orang yang bersembahyang? (Surah Al Ma’un, ayat 4)

2 – Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu mukasyafah dan ilmu mu’amalah yang selalu digunakan oleh ahli tasawuf?

Jawapan.

1 – Sebenarnya neraka yang bernama ‘Wail’ itu disediakan untuk mereka yang lalai menyempurnakan sembahyang (fardhu). Hal ini sebagaimana yang disebutkan oleh Allah S.w.t yang bermaksud, “Maka Wail lah (balasannya) bagi orang yang sembahyang.” Ayat 4. Dan seterusnya Allah menjelaskan ; “Iaitu mereka yang berkeadaan lalai daripada menunaikan sembahyang.”  Al ma’un : ayat 5.

Disebutkan; kerana sembahyang yang sempurna adalah menjadi tiang agama, maka dengan ketiadaannya segala amal ibadat yang lain akan menjadi sia-sia disebabkan tiada asasnya. (Oleh yang demikian sunat bersembahyang di awal waktunya.) Pimpinan Ar Rahman : 1734.

2 – a. Jika yang anda maksudkan itu ilmu amali, iaitu mengamalkan ilmu amali. Iaitu mempunyai pengetahuan tentang cara-cara mengerjakannya ilmu-ilmu yang harus dipraktikkan seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan lainnya. Berbeza dengan ilmu-ilmu ‘Nazari’ seperti mengenal sifat-sifat Allah S.w.t dan sebagainya.

Akan tetapi yang benar untuk kebanyakan manusia, iaitu mengamalkan amalan-amalan yang telah diterangkan seluruhnya oleh Rasulullah S.a.w dengan secara pokok dan berfasal-fasal. Sampai beliau mengajari manusia cara beristinjak. Akan tetapi tatkala Rasulullah S.a.w memperkatakan ilmu “Nazari’, beliau telah menghuraikan secara tafsir atau dengan jelas.  Ilmu Tasauf : H.Z. Abas : 251

b. Ilmu Mukasyafah (kasyaf) ialah ilmu untuk mengetahui objek-objek yang lain dari metafizika. Hal ini jelas sebagaimana keterangan Imam AlGhazali;

Lagi

Advertisements