Wallpaper Islamik – Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad Rasulullah

3 Komen


Salaamun alaikum w.b.t……. Lagi-lagi gambar Islamic wallpaper yang terbaru dari ambe. Recycle hasil kerja 3D graphic lama ambe yang dibikin menggunakan 3d Studio Max 9.   Kemudian sekarang menambah effect dalam Photoshop. Kemudian menambah juga corak fractal yang dibikin dengan ‘Sterlingware’ dan ‘Apophysis 2.08 3d hack’.  Khat itu ambe ambil dari ‘Arabic Fonts’. Kemudian ambe modify dalam Photoshop. Kalau terasa di hati nak download dan jadikan wallpaper, sila klik dulu untuk besarkan. Formatnya wide version – size 1680 X 1050

Advertisement

Wallpaper Islamik – Muhammad utusan terakhir

1 Komen


Muhammad S.a.w utusan terakhir

Salaamun alaikum w.b.t……. Gambar Islamic wallpaper yang terbaru lagi dari ambe. Foto-foto di shoot oleh ambe sendiri. Corak-corak dibuat oleh ambe sendiri. Hanya Khat “Muhammad rasulullah” itu ambe ambil dari ciptaan orang lain yang dalam format hitam putih. Kemudian ambe modify dalam Photoshop CS3. Kalau terasa di hati nak download dan jadikan wallpaper, sila klik dulu untuk besarkan. Formatnya wide version – size 1680 X 1050

Adakah Muhammad S.a.w perampok dan penzinah?

20 Komen


Salaamun alaikum w.b.t……. Berikut adalah tulisan yang diupload ke Facebook oleh saudara Kristian yang menggunakan nama samaran Surga Neraka. Dan pada ruangan komen di bawah adalah antara jawapan-jawapan saya di sana dan mungkin akan sambung lebih banyak lagi di sini jika ada debater Kristian datang mencelah di sini insyaAllah 🙂

.

muhammad RASUL islam PENZINAH dan PERAMPOK

Hadist Sahih Bukhari Vol 9, Book 93, Number 579

Diriwayatkan oleh Abu Dharr : Nabi berkata, Jibril datang padaku dan memberi aku kabar baik bahwa siapa saja yang mati tanpa menyembah apapun selain Allah akan masuk surga. Aku bertanya (pada Jibril), “Walaupun dia mencuri, walaupun dia berzinah?” Dia menjawab, ” (Ya), “Walaupun dia mencuri, dan walaupun dia berzinah.”

dari pertanyaan muhamad sendiri kepada Jibril jelas membuktikan dia (muhammad) adalah seorang PENCURI dan PENZINAH. Seorang penyidik yang tajam pengamatannya tentu dapat tahu dari hadist di atas kalau Muhammad adalah seorang pencuri dan pezinah.
==============================================================

Lagi

Nabi Musa a.s berperang dan membunuh orang-orang musyrik

7 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Selalu kita dengar tuduhan-tuduhan dari umat Kristian bahawa “Nabi Muhammad S.a.w adalah seorang PEMBUNUH, maka dia bukanlah seorang nabi”. Mereka membandingkan dengan idola mereka iaitu Yesus kristus yang TIDAK PERNAH membunuh manusia. Sedangkan mereka lupa sesuatu iaitu Nabi Musa a.s dulu juga pernah berperang dan MEMBUNUH orang-orang musyrik.

Maka adakah mereka mahu mengatakan Nabi Musa a.s itu seorang PEMBUNUH?  Sudah tentu mereka tidak berani kerana Nabi Musa a.s adalah nabi yang dikurniakan kitab Taurat yang diguna pakai oleh mereka juga di dalam AlKitab. Maka mengapa jika Nabi Muhammad S.a.w berperang melawan musyrik maka mereka sewenang-wenangnya menuduh Muhammad sebagai PEMBUNUH?

Sedangkan apa yang Nabi Muhammad S.a.w lakukan adalah sama seperti Nabi Musa a.s lakukan.  Maka jika Muhammad kamu boleh katakan dia seorang PEMBUNUH, mengapa kamu tidak mengatakan Nabi Musa a.s pun seorang PEMBUNUH?  Jika kamu menuduh Muhammad S.a.w adalah PEMBUNUH, itu sama seperti kamu menuduh Nabi Musa a.s juga PEMBUNUH.  Dan mengapa kamu masih mengguna pakai Taurat (yang ada sekarang ini bukan lagi kandungan asal)? Tidakkah kamu merasa malu kerana memakai Taurat di dalam Perjanjian Lama dan memasukkannya ke dalam AlKitab dan menamakannya sebuah kitab suci?

Lagi pun Muhammad S.a.w dan umat Islam bukannya memulakan PEPERANGAN, bukannya memulakan MENYERANG sesiapa, tetapi perintah berperang adalah datangnya dari Allah S.w.t setelah umat Islam diseksa, dibunuh dengan kejam dan yang penting untuk membasmi PENYEMBAHAN berhala dari muka bumi ini. Dan mereka juga berjuang di tanahair sendiri menuntut keadilan, bukannya berangkat menyerang negara atau tempat lain. Nabi Muhammad dan umatnya memerangi orang-orang MUSYRIK sama seperti Nabi Musa a.s dan umatnya memerangi MUSYRIK dahulu.

Lagi

Antara mukjizat Nabi Muhammad S.a.w – Bahagian 3

21 Komen


Mukjizat sebelum menjadi RASUL

– Muhammad dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan.

– Pada usia 5 bulan ia sudah pandai berjalan, usia 9 bulan ia sudah mampu berbicara dan pada usia 2 tahun ia sudah boleh dilepas bersama anak-anak Halimah yang lain untuk menggembala kambing.

– Halimah binti Abi-Dhua’ib, ibu susu Muhammad dapat menyusui kembali setelah sebelumnya ia dinyatakan telah kering susunya. Halimah dan suaminya pada awalnya menolak Muhammad kerana yatim. Namun, kerana alasan ia tidak ingin dicemuh oleh Bani Sa’d, ia menerima Muhammad. Selama dengan Halimah, Muhammad hidup secara nomad bersama Bani Sa’d di gurun Arab selama empat tahun.

– Abdul Muthalib, datuk kepada Muhammad menceritakan bahawa berhala yang ada di Ka’bah tiba-tiba terjatuh dalam keadaan bersujud ketika kelahiran Muhammad. Ia juga menceritakan bahawa ia mendengar dinding Ka’bah berbicara, “Nabi yang dipilih telah lahir, yang akan menghancurkan orang-orang kafir, dan membersihkan dariku dari beberapa patung berhala ini, kemudian memerintahkan untuknya kepada Zat Yang Merajai Seluruh Alam Ini.”

Lagi

Older Entries