Banyak haiwan lahir tanpa bapa

9 Komen


Salaamun alaikum w.b.t……. dan selamat sejahtera. Straight to the point –> Istilah Parthenogenesis berasal dari perkataan Greek παρθένος parthenos, “virgin”, + γένεσις genesis, “birth”. Maka maknanya dalam Bahasa Melayu ialah “kelahiran dara”. Ianya adalah suatu bentuk pembiakan aseksual ditemui pada si betina, di mana pertumbuhan dan perkembangan embrio berlaku tanpa persenyawaan oleh si jantan.

Parthenogenesis biasanya berlaku pada sesetengah spesis haiwan invertebrata seperti (Kutu air, kutu daun, nematoda, beberapa jenis lebah, beberapa jenis Phasmida, beberapa spesies kalajengking, dan Wasp parasit) dan juga beberapa spesis haiwan vertebrata seperti (sesetengah reptilia, ikan, dan jarang-jarang terdapat pada burung dan ikan jerung, terutamanya jerung jenis Hammerhead).

Sedangkan haiwan pun ada yang lahir tanpa bapa, maka mengapa perlu dikatakan kelahiran Yesus / Nabi Isa a.s tanpa bapa itu bahawa Yesus adalah Tuhan atau anak Tuhan? Mengapa tidak katakan sahaja haiwan-haiwan yang lahir tanpa bapa itu juga Tuhan? Bukti-bukti kelahiran tanpa bapa pada haiwan-haiwan ini juga membuktikan secara saintifik bahawa tidak mustahil ianya juga berlaku kepada manusia dan tidak semestinya yang lahir itu adalah ANAK TUHAN, kerana TUHAN tidak mempunyai ANAK.

Lagi

Wallpaper Islamik – Macro bunga seperti matahari dan sinarannya

3 Komen


Salaamun alaikum w.b.t……. Gambar Islamic wallpaper yang terbaru dari ambe. Kali ini dengan format yang simple sahaja. Macro bunga seakan-akan rupa matahari dan sinarannya.  Bunga apa sebenarnya ni ya? Kalau terasa di hati nak download dan jadikan wallpaper, sila klik dulu untuk besarkan. Formatnya wide version – size 1680 X 1050

Koleksi fotografi landskap terbaru ambe

22 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t… sudah lama nampaknya ambe tak update blog ni huhu, tapi blog ni ambe tak lupa dan tetap di hati insyaAllah. Walaupun nampaknya ada jugak beberapa komen terbaru yang tak suka isi kandungan dalam blog ini pun tak mengapa, itu pendapat mereka, kita sememangnya ada berbeza pendapat, hanya berlapang dada yang dapat ambe buat. Nobody’s perfect 😉

Di bawah ini beberapa fotografi terbaru yang ambe shoot. Amacam, ada peningkatan ke tidak? keh3. Apa2 pun, Allah S.w.t itu Maha Kaya,  SubhanAllah.  Jazaakumullahu khoirol jazaa’   🙂

Misty beach
Misty beach – Sony Alpha 200 , 909 seconds (about 15+ minutes) long exposure, RAW, ISO 100 + kit lense + shutter release cable + tripod

Lagi

Salam Ma’al Hijrah serta salam sunrise dan sunset dari saya

8 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t….. Salam Ma’al hijrah, selamat tahun baru kepada semua. Semoga Allah S.w.t menerima segala amal dan ibadah kita dan mengampuni segala dosa kita selama ini. Dan semoga di tahun2 mendatang, kita akan mendapat lagi keberkatan, keampunan dan kasih sayang dariNya, amiin. Dan semoga Allah membantu nasib mereka yang dizalimi lebih2 lagi di Palestine dan Thailand sana.  Ketahuilah, umat Islam akan lemah jika HUKUM ALLAH tidak tertegak, dah berulang kali saya sebut dan saya tidak akan jemu2 mengulanginya. Agar mereka yang keras kepala dan degil tu dengar banyak2 sikit  🙂

Maka bersama dengan ini terima lah koleksi terkini fotografi saya berkenaan dengan sunrise dan sunset di area Kuala Terengganu, sempena  RISE nya tahun baru nanti.  Jom lah shoot gambar bersama saya nanti ya hehe.

Perasaan ketika nak shoot gambar sunrise dan sunset sememangnya menakjubkan. Ketika itulah berlakunya perubahan2 ketara pada keadaan awan, warna2 yang sentiasa bertukar2, dan ketika itu lah kita akan merasa begitu kagum dengan penciptanya iaitu Allah S.w.t Yang Maha Seni, subhanAllah …….

Sunset at kampung Pulau Ketam, Duyong wallpaper1060×754 – Sunset at kampung Pulau Ketam, Duyong [as seen on Flickr]