Otak anda adalah ibarat mahkota dalaman anda dan perlu dijaga dengan baik kerana dengannya lah anda berfikir dan melakukan pelbagai tugasan di dunia ini. Ada banyak kaedah sebenarnya untuk menjaga otak anda agar memorinya stabil dan semakin meningkat prestasinya. Cuma di sini saya akan menyenaraikan beberapa darinya yang sempat saya catatkan dari pelbagai sumber.
.
1. Pastikan otak kita sentiasa aktif – Otak bukanlah seperti otot, tetapi biasa membuat latihan pada otak akan menyebabkannya mengembangkan sambungan saraf yang boleh membantu meningkatkan daya memori.
.
2. Kurangkan tekanan – Tekanan yang terlampau walaupun tidak akan menyebabkan kepada kerosakan otak, tetapi boleh menyebabkan memori kita semakin lemah. Sehinggakan tekanan sementara pun sudah boleh menyebabkan kita hilang daya tumpuan terhadap sesuatu konsep dan pemerhatian sesuatu.

3. Komitmen – Berikan komitmen terhadap suatu tugasan dan yakinkan diri kita bahawa kita akan dapat meningkatkan keupayaan memori otak ini. Jangan lemahkan diri kita dengan berfikiran negatif dan merasakan kita tidak bagus dalam mengingati sesuatu.

4. Buat senaman selalu – Senaman yang dilakukan hari-hari boleh juga membantu kesihatan otak dengan perjalanan darah yang baik.

5. Makan makanan yang bagus dan sesuai – Makanan-makanan untuk menambah memori seperti kismis dan kurma perlu diamalkan memakannya. Kismis dan kurma juga merupakan antara makanan sunnah Nabi Muhammad S.a.w. Dan tidak lupa juga banyak herba-herba yang bagus boleh kita amalkan. Dan elakkan makanan yang dapat mengurangkan prestasi memori otak seperti kepala ikan, organ dalaman binatang seperti hati, limpa dan seumpamanya. Dan pastikan tubuh kita sihat dengan memakan makanan yang elok-elok kerana Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud “Perut adalah rumah kepada penyakit”. Otak yang sihat pada badan yang sihat.

Lagi

Advertisements