Konvoi ulat bulu di Afrika Selatan

3 Komen


Konvoi yang luar biasa ini adalah jejak 136 ulat bulu kecil berangkat ke semak-semak.  Adegan ini ditangkap oleh Jamie Rooney, ketika kenderaannya tersadai sementara konvoi sepanjang 5m (17 kaki)  menyeberangi jalan di Taman Negara Kruger, Afrika Selatan.

Serangga-serangga halus yang dihubungkan oleh satu benang sutera nipis tunggal di tanah yang menetapkan jalan keluar ke semak-semak, di mana mereka akhirnya akan berubah menjadi kupu-kupu. Mereka mengambil sekitar 20 minit untuk menyeberangi jalan dengan selamat.

.

.

Baca selanjutnya ……..

.
.
.

Astro Prima – Koleksi perubatan Islam menghalau gangguan jin

2 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Sebuah koleksi siri-siri perubatan Islam menghalau  jin yang bagus iaitu Expose Mistik disajikan oleh Astro prima dengan baik dan menarik sekali. Terima kasih banyak kepada mereka yang sudi berkongsi upload video2 ini. Jazaakumullahu khoirol jazaa’.

“Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Qur’an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian. “ Surah Al Israa’ : Ayat 82

Berkahwin dengan jin asyik

Lagi

Isteri untuk dijual

4 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t…….  Lelong-lelong, siapa mahu beli isteri saya?  Hehe terkejut?  Sebenarnya bukan saya yang mahu jual isteri , tetapi di India sekarang sudah terjadi kes di mana petani2 yang bankrup sehinggakan terpaksa menjual isteri2 mereka untuk membayar hutang.

Semakin ramai petani yang dipaksa untuk menjual isteri2 mereka kepada rumah2 pelacuran dan barua untuk menyelamatkan bisnes keluarga mereka dari mengalami bankrupsi. Ini kerana kebanyakan kawasan pertanian mereka dilanda kemarau dan ketiadaan hasil.

Seorang isteri memberitahu Daily Telegraph iaitu sebuah akhbar di Britain , bagaimana dia telah dijual kepada seorang barua dengan bayaran $51 sebulan untuk membantu suaminya menjelaskan hutang.

Kesian sungguh mendengarnya ya. Sememangnya wujud manusia2 yang suka mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Jika perasaan kemanusiaan itu sudah tiada dan hanya diganti dengan nafsu yang merajalela, maka tiada lagi belas kasihan sesama insan. Semoga situasi sebegitu tidak berlaku di negara kita ini, amiin.  Dan semoga mereka yang terlibat dalam mengambil kesempatan itu juga insaf dan dapat membantu mereka2 yang dalam kesusahan.

Baarokallahu lakum, wa taqobbalallahu minkum  🙂

Budak perempuan umur setahun disahkan mengandung

73 Komen


Assalaaamu’alaikum w.b.t……. Believe it or not, believe it. Amat menghairankan dan ajaib bukan? Para doktor telah sahkan bahawa Kang Mengru, budak perempuan yang baru berumur 1 tahun dari China mengandung.  Tidak ada sesiapa yang mengkhianatinya, dia tidak bersuami dan sebagainya. Menurut doktor, setelah dilakukan CT scan apabila melihat perutnya semakin membesar tidak tentu pasal, didapati bahawa dia mengandungkan kembar parasitiknya.

Saya sendiri pun tidak faham apa itu kembar parasitik, harap sesiapa yang pandai hal2 medik ni terangkan.  Budak itu sekarang sedang menunggu untuk dilakukan pembedahan untuk mengeluarkan bayi dalam perutnya itu. Kesian adik Kang Mengru ni, sabar ya dik, semoga selamat semuanya nanti.

Maka tidak hairanlah Mariam boleh mengandungkan Yesus / Isa.  Semua itu adalah kuasa ALLAH, walaupun tanpa suami dan benih dari seorang lelaki biasa. Mungkin ini satu petanda yang ALLAH nak tunjuk, bahawa Yesus itu bukan Tuhan atau anak Tuhan, tetapi anak manusia biasa yang diutus menjadi Rasul Allah.  Subhanallah 🙂

one year old girl pregnant

one year old girl pregnant 2

Sumber – The Sun