Diet tidak sihat dan makanan proses menggalakkan kemurungan pada wanita

Tinggalkan komen


Sebuah kajian oleh para pengkaji dari University of Melbourne menunjukkan bahawa wanita yang menderita depresi / kemurungan, boleh menambahkannya dengan diet yang tidak sihat dan makanan proses.
.
Mereka mendapati bahawa gangguan suasana hati yang lebih umum pada wanita usia 20 – 93, yang lebih daripada 10 tahun, makan terutamanya makanan yang diproses, yang disaring, dan makanan berlemak tinggi.
.
“Tidak ada keajaiban diet, ‘Dr Felice Jacka berkata, tetapi menambah makan makanan terutamanya sayuran, buah-buahan, makanan gandum, produk susu rendah lemak, dan daging tanpa lemak, dan menjadikan makanan yang diproses dan manisan sebagai makanan yang dimakan jarang-jarang sekali, akan membantu kesihatan fizikal dan mungkin juga menyokong kesejahteraan mental.
.
Pasukan Jacka menaksirkan diet dan penilaian psikiatri yang dikumpulkan lebih dari 10 tahun dari 1,046 wanita.
.
Sebanyak 925 wanita yang bebas daripada gangguan suasana hati, manakala 121 mengalami depresif dan / atau gangguan keresahan.
.
Ketika mereka ditaksirkan bagaimana diet boleh berhubungan dengan gangguan suasana hati, mereka mendapati bahawa diet ‘Barat’ – terutamanya makan burger, roti putih, pizza, kerepek, minuman susu berperisa, bir, dan makanan bergula – dikaitkan dengan lebih dari 50 peratus lebih besar kemungkinan untuk gangguan depresi.
.
Advertisement

Illuminati dan pelbagai penyakit terhadap kesihatan manusia

26 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Pembicaraan tentang Illuminati kita lanjutkan kepada memperkatakan tentang kaitan mereka dengan pemakanan dan kesihatan manusia. Perlulah diketahui bahawa Illuminati cuba untuk mengurangkan populasi penduduk dunia dengan sasaran agar hanya tinggal 4 billion manusia menjelang tahun 2050. Maka mereka akan cuba apa saja cara untuk mencapai matlamat mereka itu.

Umat islam sekarang banyak kena penyakit kerana dari waktu kita lahir lagi sudah diajar dengan DADAH dan bahan kimia iaitu SUNTIKAN VAKSIN. Orang-orang zaman dahulu tak ada masalah pun tidak diSUNTIK Vaksin, tetapi zaman sekarang kecil-kecil lagi sudah di ajar dengan ubat dadah dan kimia.

Ini semua agenda Illuminati untuk merosakkan manusia-manusia selain dari pihak mereka.

Begitu juga dengan pengambilan pil-pil dan ubat-ubatan moden. Tidak perlu beri contoh lain, ubat antibiotik pun banyak KEBURUKAN nya. Contohnya jika demam kita makan antibiotik, maka ubat itu bukan sahaja membunuh kuman yang tidak elok, tetapi MEMBUNUH kuman-kuman yang menjaga / mengimunisasi tubuh kita.

Memang biasanya cepat sembuh jika menelan antibiotik, tetapi penyakit tidak sempat keluar dari tubuh kita, menyebabkan ianya TERPERAP di dalam badan. Kotoran-kotoran yang terperap itu lah yang menyebabkan berlaku ketumbuhan dalam badan dan dapat memunculkan berbagai penyakit lain pula kemudian harinya. Maka jika demam, tidak perlulah kita hendak CEPAT SEMBUH, kerana demam ialah proses MEMBUANG TOKSIK / RACUN dari dalam badan. Kerana itu lah keadaan badan kita menjadi tidak seimbang ketika demam.

Dan begitulah dengan pil-pil dan ubat-ubatan moden yang mengandungi DADAH dan BAHAN KIMIA itu, semuanya AGENDA Illuminati. Pihak mereka sendiri tidak makan ubat-ubat ini melainkan makan makanan yang SEGAR dan organik sahaja.

Lagi

Bawang putih dan bawang merah boleh mencegah Selsema Babi?

2 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Sememangnya pelbagai penyakit muncul di dunia ini akibat perbuatan manusia-manusia sendiri. Allah S.w.t izin belaka manusia nak buat jahat atau baik, tetapi tunggu sahajalah nasib di akhirat nanti jika kita selalu sangat suka buat jahat. Dan mengikut kajian juga banyak virus yang keluar dari dulu sampai sekarang adalah ciptaan pihak Illuminati kerana mahu memupuskan populasi manusia di dunia. Akan saya jelaskan panjang lebar lagi insyaAllah dalam post akan datang berkenaan Illuminati dan kesihatan manusia insyaAllah.

Sekarang ini kita tumpukan dahulu kepada penyelesaian kepada penyakit Swine Flu / Selsema Babi yang disebabkan oleh Virus H1N1.

Laporan terbaru dari AFP menyebut bahawa askar-askar Moldova disuruh memakan bawang putih dan bawang merah dalam diet harian mereka untuk menghindari Swine Flu (Selsema babi). 24 orang dari 6,500 askar Moldova terkena jangkitan virus H1N1 sejak dua minggu lepas.

“Kami telah memperkenalkan tambahan 25 gram (satu aun) bawang merah dan 15 gram bawang putih dalam catuan sehari-hari mereka, ” ketua doktor kementerian pertahanan, Sergiu Vasilita memberitahu AFP.

Fakta penting: Dianggarkan bahawa setiap tahun antara 250,000 – 500,000 orang meninggal kesan dari flu! Memang benar, jadi ingatlah ini dalam perspektif anda. Apa yang nampaknya lebih mungkin adalah bahawa perhatian tambahan terhadap selsema babi hanya membawa perhatian kepada apa saja tentang bentuk flu/selsema boleh dilakukan.

Lagi

Apakah penyebab rabun malam dan kaedah mengatasinya

4 Komen


Rabun malam adalah satu keadaan di mana penghidapnya rabun semasa matahari terbenam. Ianya adalah ketidakupayaan seseorang untuk melihat pada waktu malam dan apabila dalam cahaya yang malap.
.
Sebenarnya rabun malam merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin A dalam makanan yang menyebabkan sel mata yang kering dan menghadkan keupayaan untuk menguruskan intensiti (ketumpatan) cahaya.
.
Kesan sampingan yang lain termasuk kulit menjadi kasar dan bersisik di tangan dan kaki.
.
Pembentukan gigi dan pertumbuhan badan juga mendapat gangguan dan dalam beberapa kes kornea sangat kering dan legap dan membawa kepada buta.

Rabun malam pada ibu hamil juga adalah gejala kekurangan vitamin A.

.

Kaedah mengatasi rabun malam

Suplemen pil vitamin A dalam masa kehamilan, dapat menurunkan angka kematian ibu dan bayi, insyaAllah. Sebuah kajian tentang kesihatan ibu di bahagian selatan Nepal menemui bahawa vitamin A dos rendah atau beta-carotene tambahan dan bahan pangan yang banyak mengandungi vitamin A dapat menurunkan peratus kematian ibu rata-rata 44%.
.
Mereka yang menghidapi rabun malam perlu mengambil lebih banyak sayuran berdaun terutama bayam, hati, mentega, buah-buahan, lobak merah, labu, susu dan ikan di dalam diet bagi mendapatkan lebih banyak vitamin A. Amalkan setiap hari Insya-Allah anda dapat mengatasi masalah ini.
.

Sumber

1 – CyBerita
2 – kesrepro.info
3 – elitehealthfood.com

Mati Pucuk, Ramai Yang Masih Malu Mendapatkan Pertolongan

13 Komen


Erectile_DysfunctionAmin, 35, merupakan eksekutif kanan sebuah agensi perhubungan awam di ibu kota. Selepas 10 tahun berkahwin dan dengan kehadiran dua anak, rumah tangga beliau ‘tidak seperti dulu lagi’.

Apakah sebabnya?

Amin ialah antara lelaki yang mengalami Disfungsi Erektil (ED) atau ‘mati pucuk’.

“Saya telah mencuba Viagra tetapi ia tidak memberi kesan,” Amin memberitahu pakar yang merawat beliau.

Mati pucuk yang dialami Amin menyebabkan beliau berasa hampa, kecewa, murung dan malu dan isterinya pula menganggap beliau sudah jemu dengannya, menurut pakar yang merawat Amin yang mahu dikenali hanya sebagai Dr Lee demi menjaga identiti sebenar Amin.

“Viagra mungkin hanya sesuai bagi sesetengah orang dan mungkin tidak sesuai bagi mereka yang lain. Tetapi ada cara lain untuk membantu mereka yang mengalami ED dan mereka ini janganlah putus harapan kerana ada kaedah lain yang boleh membantu mereka keluar dari masalah ini,” kata beliau.

“ED atau mati pucuk mengganggu kehidupan seks seorang lelaki dan menyebabkan dia boleh merasa teramat rendah diri,” kata Dr Lee.

Lagi

Older Entries