Assalaamu’alaikum w.b.t…… Hehe, subhanAllah, masyaAllah, Allahu akbar. Dalam-dalam difitnah, dalam-dalam ura2 oleh media2 utama betapa ramai penyokong PKR keluar dari parti tersebut, tetap dengan kuasa Allah, dan demi keadilan akan tertegak tidak lama lagi insyaAllah, maka DS Anwar Ibrahim menang besar hari ini, alhamdulillah. Saya tumpang bersyukur dan gembira dengan berita itu. Walaupun bermacam2 fitnah dilemparkan terhadap beliau, seperti dituduh meliwat lah, Islam Liberal lah, Puak Khawarij lah, tetapi beliau tetap unggul dan mendapat sokongan padu dari rakyat2 yang memahami dan celik akal.
Undian yang diterima oleh DS Anwar Ibrahim sebanyak 31,195 manakala Dato Arif Shah Omar hanya mendapat lebih kurang separuh darinya iaitu 15,524 dari undi keseluruhan sebanyak 47,000. Dan amat kasihan kepada calon ketiga yang hanya mendapat 92 undi. Apa2 pun tahniah kepada DS Anwar Ibrahim yang pada naluri saya akan menjadi Perdana Menteri Malaysia tidak lama lagi , insyaAllah, amiin.
Apa2 pun, kemenangan satu kerusi itu belum cukup untuk menubuh kerajaan baru. Kita tunggu pula 16 Sept ini , dimana kemungkinan besar satu peralihan kuasa memerintah Malaysia kepada Pakatan Rakyat dan sekaligus memecah rekod politik di Malaysia ini apabila ada beberapa kerusi dari BN yang dijangka beralih ke Pakatan rakyat, insyaAllah. Hanya diperlukan dalam 30 kerusi sahaja lagi untuk menubuhkan kerajaan baru.
Dan apa2 pun, jika sekiranya DSAI berada di pihak yang benar, saya doakan semoga Allah memberikan dia akan dapat menarik beberapa kerusi lagi ke Pakatan Rakyat pada 16 Sept ini. Dan jika sekiranya dia berada di pihak yang salah, semoga Allah tidak memberi kemenangan kepada beliau. Dan semoga Malaysia akan kekal aman, dan akan lebih aman lagi jika pemerintahan Islam dapat dilaksanakan suatu hari nanti. Amiin 🙂
Tetapi yang pasti, taktik2 BN dan media2 utama masih tidak menjadi setakat ini. Walaupun pelbagai propaganda cuba dibuat, tetapi DSAI tetap menang bertanding pada hari ini , alhamdulillah. Dan terima kasih juga kepada pengundi2 Cina dan India, kerana mereka juga banyak membantu. Semoga Malaysia akan berubah ke arah yang lebih makmur dan aman nanti, tanpa korupsi, kuku besi, kronisma, rasuah, fitnah, ketidak-adilan dan sebagainya. Dan semoga kita dijauhkan dari bala bencana akibat perbuatan manusia sendiri, amiin 🙂
Komen terkini