Sami Buddha menggunakan hip hop, rap dan alkohol untuk berdakwah

Tinggalkan komen


Sekumpulan sami / biarawan Buddha di Jepun menggunakan muzik Hip-Hop untuk menarik pengikut baru agama Buddha. Biarawan Buddha menceritakan mengenai gaya mereka mengajar sebagai Buddhisme 2010 dalam sebuah rencana di CNN.
.
Gaya baru biarawan Buddha telah membuang nyanyian tradisional dan telah memasukkan rap dan Hip-Hop sebagai cara untuk memperkenalkan orang baru kepada iman mereka.
.
“Mendapatkan orang-orang muda kembali kepada agama Buddha adalah kunci untuk kelangsungan hidup,” Kansho ‘Mr. Happiness’ Tagai berkata kepada CNN. “Di Jepun, agama itu sedang berada dalam krisis.”
.
.
Advertisement

Artis rap Perancis peluk Islam

5 Komen


Majalah Paris Match edisi 8 Oktober 2009 menyiarkan artikel mengenai pengislaman penyanyi rap Perancis, Diam’s atau nama sebenarnya, Melanie Georgiades, lengkap dengan gambarnya berjubah dan bertudung.

Menurut artikel itu, Diam’s, sejak memeluk Islam dan berpakaian demikian tidak pernah lagi meninggalkan rumah tanpa menutup aurat, jauh sekali daripada bersalaman dan berciuman dengan lelaki bukan muhrim. Ini bukan kali pertama majalah itu mendedahkan pengislaman rapper itu.

Dalam edisi 8 September 2009, ia menyiarkan gambar penyanyi berkenaan keluar dari sebuah masjid di Paris. Gambar itu rakam secara sembunyi oleh jurugambar majalah itu ketika Diam;s keluar dari Masjid Gunfille, timur laut Paris, bersama-sama suaminya.

Penampilannya begitu berbeza jika dibandingkan dengan gaya pemakaiannya dalam siaran televisyen selaku penyanyi rap sebelum ini.

Paris Match yang mempunyai edaran meluas di Perancis dan beberapa negara Eropah, pernah meminta pengesahan daripada penyanyi itu sendiri mengenai keputusannya memeluk Islam.

Bagaimanapun, perubahan drastik Diam’s berlaku dua bulan selepas dia berkahwin dengan pemuda Islam yang hanya dikenali sebagai Aziz. Ia juga berkait dengan tekanan perasaan yang dialami penyanyi itu selepas meraih kejayaan.

Tekanan perasaan itu, menurut Paris Match, mendorong Diam’s mengasingkan diri di samping mencari jalan alternatif bagi membolehkannya menjalani kehidupan lebih sempurna.

Dia pernah berkata kepada media Perancis : “Saya gagal menemui penyelesaian terhadap masalah yang selama ini membelenggu jiwa saya, termasuk menerusi perubatan. Kerana itu saya beralih kepada agama.”

Lagi