Koleksi hujjah-hujjah terhadap umat Kristian – Bahagian pertama

135 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. dan selamat sejahtera. Memandangkan beberapa orang umat Kristian tidak berhenti-henti lagi menyerang di blog ini, maka saya lanjutkan bicara lagi tentang kristologi. Kali ini akan dibentang kan hujjah-hujjah lama yang banyak di antaranya masih tidak terjawab oleh mereka.   Fahami dan hayatilah , semoga kamu mendapat hidayah, rahmat / kasih sayang dan berkat dariNya.  Penerangan ini tidak lain melainkan kerana sayang saya kepada anak cucu nabi Adam dan mahu mereka kembali menTAUHIDkan Allah dengan sebenar-benarnya.

Sebelum itu mari kita teliti hadith dari Nabi Muhammad S.a.w bahawa beliau melarang kita menyanjung dia berlebihan kerana risau akan menjadi seperti umat Nabi Isa a.s yang menyanjungnya lebih-lebih sehingga mengangkat Nabi Isa menjadi Tuhan.

“Janganlah kamu sanjung aku (secara berlebihan) sebagaimana kaum Nasrani menyanjung ‘Isa bin Maryam alaihisSalam secara berlebihan. Aku hanyalah seorang hamba Allah, maka panggillah aku dengan sebutan ‘hamba Allah dan Rasul-Nya’.” (HR Abu Daud)

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat (untuk menyerukan) “Beribadahlah kepada Allah (saja) dan jauhilah thoghut.” Surah  An – Nahl  : Ayat 36

.

.

Koleksi hujjah-hujjah terhadap umat Kristian

–   Yesus hanya lah UTUSAN ALLAH, atau pun RASULULLAH. Cuma kelahirannya adalah ajaib kerana tanpa bapa, tetapi jangan sekali2 mengatakan bapanya adalah ALLAH, itu adalah SYIRIK yang paling besar!! ALlah Maha Pengampun, Dia akan mengampunkan segala dosa jika Dia kehendaki, MELAINKAN dosa SYIRIK kepadanya.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi sesiapa yang dikehendakiNya.” Surah An Nisaa’ : Ayat 48

Lagi

Advertisement

Yesus (Nabi Isa a.s) bukan Tuhan – Bahagian kedua

541 Komen


……. Sambungan dari    Jesus (Nabi Isa a.s) bukan Tuhan

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Oleh kerana blog ini masih lagi sentiasa diserang oleh pihak Kristian, walaupun saya sudah cuba untuk menyepikan diri dari bercakap tentang Kristologi ini, maka saya lanjutkan perbicaraan lagi.   Semoga kamu beroleh HIDAYAH dariNya, amiin.

Berikut ditambahkan lagi fakta-fakta bahawa Yesus itu bukannya Tuhan dan dia adalah seorang Rasul Allah yang mulia;

–  Inilah silsilah Yesus Kristus, anak Daud, anak Abraham. Abraham memperanak Ishak, Ishak memperanak Yakub, Yakub memperanak Yehuda dan saudara-saudaranya. Yakub memperanak Yusuf suami Maria, yang melahirkan Yesus yang disebut Kritus (Matius 1 : 1 ).

Kenapa tidak ada Allah dalam Silsilah keturunan Yesus itu??

kenapa semuanya manusia??

Maka JELAS bagi mereka yang punya akal, bahawa yesus adalah keturunan MANUSIA

–   “Dan engkau Betlehem, tanah Yehuda, engkau sekali-kali bukanlah yang terkecil di antara mereka yang memerintah Yehuda, karena daripadamulah akan bangkit seorang pemimpin, yang akan menggembalakan umatKu Israel.” (Matius 2:6)

Ini maknanya Yesus diNUBUWWAH kan oleh Tuhan menjadi Nabi kepada umat israel

Setiap yang diNUBUWWAHKAN adalah pasti BUKAN TUHAN

NuBUWWAH itu maknanya menjadikan dia NABI, perkataan Arab tu

Lagi

Larangan syirik / mengadakan sekutu bagi Allah S.w.t

14 Komen



أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ ضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلاً۬ كَلِمَةً۬ طَيِّبَةً۬ كَشَجَرَةٍ۬ طَيِّبَةٍ أَصۡلُهَا ثَابِتٌ۬ وَفَرۡعُهَا فِى ٱلسَّمَآءِ


تُؤۡتِىٓ أُڪُلَهَا كُلَّ حِينِۭ بِإِذۡنِ رَبِّهَا‌ۗ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَذَڪَّرُونَ

shahada001“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit. pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.” Surah Ibrahim : Ayat 24 – 25

Firman Allah s.w.t.:

فَلَا تَجۡعَلُواْ لِلَّهِ أَندَادً۬ا وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ…….

“Maka janganlah kamu membuat sekutu untuk Allah padahal kamu mengetahui (bahawa Allah adalah maha Esa)” Surah Al Baqarah : Ayat 22

Ibnu Abbas r.a. dalam menafsirkan ayat tersebut mengatakan: “membuat sekutu untuk Allah adalah perbuatan syirik, suatu perbuatan dosa yang lebih sulit untuk dikenali dari pada semut kecil yang merayap di atas batu hitam, pada malam hari yang gelap gulita. Iaitu seperti ucapan anda: ‘demi Allah dan demi hidupmu wahai fulan, juga demi hidupku’, Atau seperti ucapan: ‘kalau bukan kerana anjing ini, tentu kita didatangi pencuri pencuri itu’, atau seperti ucapan: ‘kalau bukan kerana angsa yang dirumah ini, tentu kita didatangi pencuri-pencuri tersebut’, atau seperti ucapan seseorang kepada kawan-kawannya: ‘ini terjadi kerana kehendak Allah dan kehendakmu’, atau seperti ucapan seseorang: ‘kalaulah bukan kerana Allah dan fulan’.

“Oleh kerana itu, janganlah kamu menyertakan “si fulan” dalam ucapan-ucapan di atas, kerana boleh menjatuhkan kamu ke dalam kemusyrikan.” Hadith Riwayat Ibnu Abi Hatim

Lagi

Nabi Adam a.s

2 Komen


1. Kisah Nabi Adam a.s

.

Setelah Allah s.w.t. menciptakan bumi dengan gunung-gunungnya, laut-lautannya dan tumbuh-tumbuhannya, menciptakan langit dengan mataharinya, bulan dan bintang-bintangnya yang bergemerlapan menciptakan malaikat-malaikatnya iaitu sejenis makhluk halus yang diciptakan untuk beribadah menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hamba terutama para rasul dan nabinya maka tibalah kehendak Allah s.w.t. untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi memeliharanya menikmati tumbuh-tumbuhannya, mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan berkembang biak turun-temurun waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.

.

Kekhuatiran Para Malaikat.

Para malaikat ketika diberitahukan oleh Allah s.w.t. akan kehendak-Nya menciptakan makhluk lain itu, mereka khuatir kalau-kalau kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu disebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau kerana pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disedari. Berkata mereka kepada Allah s.w.t.:”Wahai Tuhan kami! Buat apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami, padahal kami selalu bertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-hentinya, sedang makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu, nescaya akan bertengkar satu dengan lain, akan saling bunuh-membunuh berebutan menguasai kekayaan alam yang terlihat di atasnya dan terpendam di dalamnya, sehingga akan terjadilah kerosakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu.”

Allah berfirman, menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:
“Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku. Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepada nya, bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, kerana Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya.”

Kemudian diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t. dari segumpal tanah liat, kering dan lumpur hitam yang berbentuk. Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna.

.

Iblis Membangkang.

Lagi