Sesuatu yang disangka sebagai Riya’, tetapi sebenarnya bukan Riya’

4 Komen


Dari Abu Zar r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. ditanya: “Bagaimanakah pendapat Tuan perihal seseorang lelaki yang mengerjakan suatu amalan yang baik dan ia mendapatkan pujian dari orang ramai kerana amalannya itu?” Beliau s.a.w. lalu bersabda: “Yang sedemikian itulah kegembiraan seorang mu’min yang diterima secara segera – yakni ketika di dunia sudah dapat merasakan kenikmatannya. (Riwayat Muslim)

Petikan dari Kitab Riyadhus Sholihin – Bab 289

.

Maka jika ada seseorang melakukan amal kebaikan lantas dipuji oleh orang lain, itu bukan bermakna dia riya’ lagi.  Segalanya bergantung kepada niat dia sendiri, sama ada dia ikhlas kerana Allah dan melaksanakan tanggungjawab / tugasnya, atau semata-mata mahu menunjuk-nunjuk sesama manusia dan bermegah dengannya.

Dan kita pula, jangan lah mudah busuk hati, sangka buruk, tak puas hati, jeles dengan amal-amal dan kejayaan orang lain.  Jika tidak, saja-saja kita dapat dosa free, na’uzubillah.

.

Apa yang dikatakan sebagai Riya’?

Allah Ta’ala juga berfirman:”Mereka itu suka melakukan riya’ kepada para manusia dan tidak berzikir (ingat) kepada Allah, meiainkan hanya sedikit sekali.” Surah an-Nisa’: 142

Lagi

Advertisements

Riya’ – Syirik yang terkecil

5 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Riya’ / menunjuk-nunjuk adalah antara perangai manusia yang sukar dikesan dengan pancaindera luaran , melainkan mudah dikesan dengan pancaindera dalaman (hati). Walaupun begitu kita tidak digalakkan untuk memandang buruk kepada orang lain dan menuduhnya riya’, bahkan kita sendiri yang mesti memperingati diri kita agar JANGAN bersikap riya’ dalam apa soal pun terutamanya dalam hal-hal agama dan amal ibadat.

“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat.  (Iaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya.  orang-orang yang berbuat riya’.” Surah Al maa’un : Ayat 4 – 6

Riya’ berasal dari perkataan arab iaitu ‘ro’a’ yang bermaksud melihat. Maka riya’ pula bermakna memperlihatkan.  Dan dalam istilah Islam pula bermakna menunjuk-nunjuk dalam melakukan sesuatu amalan, beramal kerana mengharapkan sesuatu balasan duniawi, yang dilakukan secara tidak ikhlas dan penuh kepalsuan.

Riya’ berlaku hasil dari hati yang TIDAK IKHLAS. Iblis dan Syaitan menjalankan kerja-kerja menghiasi amalan-amalan kita dengan sifat riya’ agar kita mudah menjadi terkenal dengan habuan dunia yang menyeronokkan dan sementara.  Itulah di antara janji-janji Iblis yang penuh dengan kepalsuan.

Riya’ terbahagi kepada dua iaitu Riya’ Khusus dan Riya’ bercampur.

.

Riya’ khusus ialah berkehendakkan manfaat dunia semata-mata dari amalan yang dikerjakan, manakala Riya’ bercampur ialah berkehendakkan manfaat dunia dan  akhirat.

Mengikut qaul (kata-kata) yang terpilih, tiada kadar tertentu terbatalnya pahala akibat riya’ itu. Yang jelas, riya’ itu mengakibatkan pahala tidak diterima, ditolak terus atau dikurangkan pahalanya.

Lagi