Salaamun alaikum w.b.t……. dan selamat sejahtera. Tulisan ini adalah ilmu-ilmu lama berkenaan Kristologi, tetapi saya sekadar mahu menambah kandungan di blog ini. Fahami dan hayatilah , semoga kamu mendapat hidayah, rahmat / kasih sayang dan berkat dariNya. Penerangan ini tidak lain melainkan kerana sayang saya kepada anak cucu nabi Adam dan mahu mereka kembali menTAUHIDkan Allah dengan sebenar-benarnya.

– Umat Kristen / Kristian selalu menuduh umat Islam menyembah batu di Ka’abah / Baitullah. Sedangkan sudah ternyata bukan batu yang disembah oleh umat Islam, tetapi hanya Allah semata-mata.  Ka’abah itu hanyalah arah ‘kiblat’ , yang mana di dalam solat pun umat Islam tidak menyebut dan mengingatinya, apa lagi untuk menyembahnya. Sedangkan umat Kristian lupa, bahawa para nabi dan rasul dulu telah membina bait / rumah Allah sebagai arah kiblat juga.  Dan ini disebut dengan nyata juga di dalam Perjanjian Lama dari Bible mereka.

Kejadian  28:18    Maka bangunlah Yakub pagi-pagi hari, diambilnya batu yang telah diperbuatnya bantal itu, didirikannyalah akan suatu tanda, lalu dituangnyalah minyak di atasnya.
28:19    Maka dinamainyalah akan tempat itu Bait-el, tetapi dahulu nama negeri itu Luz. [AlKitab Terjemahan Lama]

Kejadian  28:22    maka batu ini, yang telah kudirikan akan suatu tanda itu, menjadi sebuah bait Allah, maka aku akan mempersembahkan kepada-Mu dalam sepuluh asa dari pada segala sesuatu, yang Engkau karuniakan kepadaku. [AlKitab Terjemahan Lama]

Lagi

Advertisement