Para saintis menemui haiwan-haiwan menakjubkan di perairan Indonesia

18 Komen


Scientists predicted that as many as 50 new plant and animal species may have been discovered during the three-week expedition that ended Aug. 14. More than 100 hours of video and 100,000 photographs, captured using a robotic vehicle with high-definition cameras, were piped to shore in real-time by satellite and high-speed Internet.
Advertisements

Sel darah putih mengejar bakteria

Tinggalkan komen


Berikut adalah video tentang sel darah putih (neutrophil) dalam tubuh manusia sedang mengejar bakteria (Staphylococcus aureus) yang dirakamkan oleh David Rogers dari Universiti Vanderbilt. Video ini sudah dirakamkan bertahun yang lepas, cuma saya ingin kongsikan di sini bagi sesiapa yang masih belum melihatnya 🙂  SubhanAllah …….
.

.

Nombor Fibonacci bukti kukuh adanya Tuhan yang Mencipta

1 Komen



.

Nombor Fibonacci adalah salah satu sistem pernomboran alam. Mereka tidak hanya muncul dalam pertumbuhan arnab, tetapi di mana-mana di alam ini. Dari tatacara daun pada tanaman, hinggalah kepada struktur di luar angkasa. Banyak bunga yang berkaitan dengan nombor Fibonacci. Beberapa darinya mempunyai satu pedal. Tiga pedal lebih umum seperti bunga lili dan ‘iris. Beberapa mempunyai 5 pedal seperti buttercup, mawar liar, Larkspur, dan columbines. Beberapa mempunyai 8, 13, 21, 34, 55 dan 89. Semuanya adalah turutan nombor Fibonacci. Bahkan beberapa biji benih buah-buahan cenderung kepada nombor Fibonacci.
.

Burung nuri terkecil di dunia sebesar ibu jari ditemui

3 Komen


world's smallest parrotAssalaamu’alaikum w.b.t…….  Pasukan ekspedisi BBC ke Papua New Guinea telah menemui banyak spesis baru binatang termasuklah seekor spesis burung Nuri yang terkecil di dunia. Saiznya hanya sebesar kebiasaan ibu jari tangan orang dewasa.

Eskpedisi itu dibuat bersempena dengan rancangan BBC programme Lost Land of the Volcano, yang akan disiarkan di television UK kalau tak silap pada hari ini. Rata2 burung Nuri itu setinggi 9cm dan berat 11.5 g sahaja. Mereka ditemui di kawasan tanah rendah bahagian utara pulau New Guinea.

Burung yang jantan dan betina kelihatan hampir sama, cuma yang betinanya ada tanda yang lebih sedikit pada bahagian kepala. Nama manjanya ialah buff-faced pygmy parrots (Micropsitta pusio).

Subhanallah, masih banyak spesis yang baru ditemui dan belum ditemui. Ini baru di bumi ini sahaja, belum lagi di tempat2 lain.  Sesungguhnya Allah itu Maha Mencipta.

Bagi sesiapa yang nak tengok klip videonya, sila ke sumber berita ini di BBC News.

Tikus gergasi

a giant rat - bosavi woolly rat

Antara penemuan lain termasuklah seekor tikus yang didapati sebagai terbesar di dunia sekarang ini. Saiz nya lebih kurang sama dengan seekor kucing biasa. Ni kalau jumpa kucing ni mesti kucing yang lari dulu ni.

Nama tikus gergasi yang bertuah tu ialah Bosavi Woolly Rat. Ukurannya 32 inci (82cm) dari hidung ke ekor dan beratnya  3 paun (1.5kg)

Warna bulunya keperakan dan daripada kajian terhadap gigi comelnya, binatang ini mungkin memakan tumbuh2an. Hhmmm ada jugak tikus makan tumbuh2an yer, ingatkan suka mencuri sisa2 makanan kat rumah2 je.

Dan camam2 spesis binatang baru lagi yang dijumpai yang pelik2 dan comel2, subhanallah. Bersedialah untuk melihat camam2 lagi spesis dan perkara pelik di akhir zaman ini insyaAllah  …….

Menjawab beberapa tuduhan terhadap AlQuran

231 Komen


Assalaaamu’alaikum w.b.t…..  Di sini saya akan cuba untuk menjawab beberapa tuduhan yang dilemparkan oleh sesuatu pihak terhadap AlQuran yang mulia. Saya kutip tuduhan-tuduhan ini dari laman web  http://www.indonesia.faithfreedom.org.  Walaupun tuduhan-tuduhan itu sudah hampir 2 tahun berlaku, tetapi saya sekadar mahu memberi penjelasan yang lebih lagi kepada non-muslim akan kebenaran AlQuran dan kebathilan mereka-mereka yang menuduh terhadap isi AlQuran itu.

Dan saya harap anda dapat membacanya dengan hati yang lapang dan menggunakan akal yang sihat. Mari kita berbincang secara ilmiah. Saya akan menyenaraikan satu persatu tuduhan-tuduhan yang disampaikan dan berserta dengan jawapan saya terhadap tuduhan-tuduhan itu  🙂

Tuduhan : Salah hitung dalam penciptaan langit dan bumi

1a) BERAPA HARI UTK MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI ?

[7.54] Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa,

[10.3] Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa

Lihat juga Quran 11:7.

Jadi menurut ayat2 diatas, Allah menciptakan bumi dan langit dalam 6 masa/hari. Tapi kemudian lihatlah dibawah ini !

[41.9] Katakanlah: “Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang menciptakan bumi dalam dua masa

[41.10] Dan Dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kokoh di atasnya. Dia memberkahinya dan Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan (penghuni) nya dalam empat masa.

[41.12] Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa …

Nah sekarang, hitunglah sendiri : 2 (bagi bumi) + 4(kadar2 makanan) + 2 (bagi langi) = DELAPAN hari; dan BUKAN ENAM !!!

Jawapan :

Lagi