Antara mukjizat Nabi Muhammad S.a.w – Bahagian 3

21 Komen


Mukjizat sebelum menjadi RASUL

– Muhammad dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan.

– Pada usia 5 bulan ia sudah pandai berjalan, usia 9 bulan ia sudah mampu berbicara dan pada usia 2 tahun ia sudah boleh dilepas bersama anak-anak Halimah yang lain untuk menggembala kambing.

– Halimah binti Abi-Dhua’ib, ibu susu Muhammad dapat menyusui kembali setelah sebelumnya ia dinyatakan telah kering susunya. Halimah dan suaminya pada awalnya menolak Muhammad kerana yatim. Namun, kerana alasan ia tidak ingin dicemuh oleh Bani Sa’d, ia menerima Muhammad. Selama dengan Halimah, Muhammad hidup secara nomad bersama Bani Sa’d di gurun Arab selama empat tahun.

– Abdul Muthalib, datuk kepada Muhammad menceritakan bahawa berhala yang ada di Ka’bah tiba-tiba terjatuh dalam keadaan bersujud ketika kelahiran Muhammad. Ia juga menceritakan bahawa ia mendengar dinding Ka’bah berbicara, “Nabi yang dipilih telah lahir, yang akan menghancurkan orang-orang kafir, dan membersihkan dariku dari beberapa patung berhala ini, kemudian memerintahkan untuknya kepada Zat Yang Merajai Seluruh Alam Ini.”

Lagi

Yesus akan kembali ke Bumi sebagai hakim yang adil

139 Komen


earthOleh : Adnan Oktar @ Harun Yahya

Yesus / Isa a.s masih tidak mati

Satu kajian ayat-ayat tentang Yesus (as) dalam Al-Qur’an menunjukkan bahawa Yesus (as) tidaklah meninggal ataupun dibunuh, tetapi dia telah diangkat ke sisi Allah. Hal ini sebagaimana diterangkan oleh ayat berikut:

Dan kerana ucapan mereka, “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah”, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa. Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha perkasa lagi Maha bijaksana. (Surah an-Nisaa’: 157-158)

Dalam beberapa terjemahan bahasa Inggeris, kita mengetahui bahawa beberapa ayat lain yang diterjemahkan memberikan kesan bahawa Yesus (as) wafat sebelum dia diangkat ke sisi Allah. Ayat-ayat ini adalah sebagai berikut:

(Ingatlah) ketika Allah berfirman, “Hai Isa, sesungguhnya Aku akan menyampaikan kamu kepada akhir ajalmu dan mengangkat kamu kepada-Ku...  (Surah Ali Imran: 55)

Pada Surah al-Maa’idah ayat 117, peristiwa tersebut diceritakan dengan perkataan Yesus (as) yang juga diterjemahkan seperti itu, seolah-olah menyiratkan erti yang sama bahawa dia telah wafat:

Lagi

Raja Namrud dan kaitannya dengan Illuminati

29 Komen


patung besar namrudAssalaamu’alaikum w.b.t. dan selamat sejahtera ……. Raja Namrud bin Kan’an bin Kusy bin Sam bin Nuh amat terkenal di dalam Islam sebagai seorang raja yang mengaku sebagai tuhan dan menentang ajaran Tauhid Nabi Ibrahim a.s. Dan Namrud lah orang yang cuba untuk membakar hidup-hidup Nabi Ibrahim a.s kerana menentangnya dan tidak mengakui bahawa dia adalah tuhan.  Kisah Namrud ini disebut dengan jelas di dalam AlQuran AlKarim.

“Apakah kamu tidak memerhatikan orang (Namrud) yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: “Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan”. Orang itu berkata: “Aku dapat menghidupkan dan mematikan”. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,” lalu hairan terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” Surah Al baqarah : Ayat 258

Tafsir Ibnu Katsir ada mentafsir kan ayat tersebut dan menceritakan bahawa Raja Nimrod / Namrud telah mendatang kan dua orang pesalah, seorang dilepaskan dan seorang lagi dijatuhkan hukuman mati.  Itulah maksudnya bahawa dia boleh menghidupkan dan mematikan orang, lantas Ibrahim mencabarnya agar dia menerbitkan matahari dari barat. Maka terdiamlah dia kerana tidak dapat melakukan sedemikian.

Sehinggalah diringkaskan cerita kemudian hari Nabi Ibrahim telah memecahkan berhala-berhala mereka dan itu dimarahi oleh Namrud dan dia memerintahkan orang menangkap Ibrahim dan membakarnya hidup-hidup.  Tetapi Allah S.w.t telah menyelamatkan Ibrahim a.s  dari api yang panas bersemarak itu.

“Mereka berkata: “Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar hendak bertindak”. Kami (Allah) berfirman: “Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim”, mereka hendak berbuat makar terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka orang-orang yang paling merugi.” Surah Al Anbiyaa’ : Ayat 68 – 70

Dan dikatakan lagi di dalam Tafsir Ibnu Katsir, Mujahid mengatakan bahawa raja yang menguasai belah timur dan barat dunia ada empat orang.  Dua orang darinya adalah mukmin dan dua orang lagi kafir.  Raja yang mukmin ialah Nabi Sulaiman  bin Daud dan ZulQarnain.  Sedangkan raja yang kafir itu ialah Namrud dan Bukhtanasar.

.

Kaitan Namrud dengan Illuminati

Lagi

Bible menyebut bahawa Yesus datang bukan untuk membawa damai tetapi pedang

159 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Terlebih dahulu saya mohon ampun dan maaf jika tajuk di atas ada menyinggung mana2 pihak. Saya di sini hanya mahu menyampaikan kebenaran, maka terpulang lah kepada anda sendiri mahu menerimanya atau tidak. Kami tidak memaksa 🙂

Sila rujuk Bible, Surah Matius

10:34 “Jangan kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk membawa damai di atas bumi; Aku datang bukan untuk membawa damai, melainkan pedang.
10:35 Sebab Aku datang untuk memisahkan orang dari ayahnya, anak perempuan dari ibunya, menantu perempuan dari ibu mertuanya,
10:36 dan musuh orang ialah orang-orang seisi rumahnya.

Menurut Bible, pernyataan di atas disampaikan sendiri melalui Yesus. Ini bermakna, pada asalnya Yesus datang ke bumi untuk membawa pedang dan seterusnya seperti apa yang dinyatakan dalam ayat2 tersebut.

Itu bukannya ayat kiasan, itu ayat yang NYATA / MUHKAM / JELAS.  Bukan MUTASYABIH / SAMAR2. Sudah jelas di situ disebutkan bahawa kedatangan Yesus untuk membawa pedang.  Berlainan sama sekali seperti mana yang dilaung2kan oleh umat Kristian selama ini iaitu Kristian adalah AJARAN KASIH semata.  Itu semua hanya agenda mereka untuk menyebarkan agama mereka. Dan ramai juga antara mereka yang mendapat BANYAK DUIT dengan menyebarkan Kristian.

Sememangnya Yesus akan membawa pedang, tetapi bukan dahulu,  tetapi akan datang insyaAllah. Yesus akan turun kembali ke Bumi ini dan akan berperang melawan Dajjal dan akan membunuhnya dengan PEDANG.

Lagi

Yesus tidak mati disalib tetapi diangkat ke langit – Bahagian 3

166 Komen


……. Bersambung dari Yesus tidak mati disalib tetapi diangkat ke langit – Bahagian 2

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Tiba kita ke bahagian ke 3 berkenaan dengan hujjah2 bahawa Nabi Isa / Yesus a.s TIDAK DISALIB malahan beliau diangkat ke langit dan ditukarkan rupanya oleh Allah S.w.t Yang Maha Berkuasa. Sebarang komen adalah dialu2kan dan diharap agar kita dapat berdialog secara ilmiah dengan beradab sopan dan beretika.  Dan ketahuilah, saya tidak berniat untuk menghina dan merendah2kan agama Kristian apa lagi Yesus kerana Yesus adalah nabi kami yang mulia juga. Kerana rasa tanggungjawab dan sayang kepada anda untuk memberitahu perkara sebenar maka saya tulis tentang perkara ini. Tidak dapat duit ke apa pun saya tulis ni, tetapi semata2 kerana tanggungjawab, rasa kasih dan kesian belas saya terhadap anda. Diharap dapat membacanya dengan teliti dan perlahan2 dengan penuh penghayatan. Jika anda membaca dengan skip dan terus ke bawah terus, sememangnya anda tidak akan dapat menghayati apa yang ingin disampaikan di sini 🙂

Pertama sekali kita mesti tahu berdasarkan kepada Perjanjian Baru sendiri menyebut bahawa anak2 murid Yesus lari menyembunyikan diri pada ketika peristiwa salib berlaku. Hanya seorang yang menjadi saksi peristiwa tersebut iaitu  Saint Peter / Petrus. Mari kita telusuri Surah Matius ini

26:34 Yesus berkata kepadanya: “Aku berkata kepadamu, sesungguhnya malam ini, sebelum ayam berkokok, engkau telah menyangkal Aku tiga kali.”
26:35 Kata Petrus kepada-Nya: “Sekalipun aku harus mati bersama-sama Engkau, aku takkan menyangkal Engkau.” Semua murid yang lain pun berkata demikian juga.

Ayat2 di atas JELAS menunjukkan bahawa anak2 murid Yesus memberitahu bahawa TIDAK AKAN  menyangkal Yesus walau mati sekali pun.   Dan lihat pula ayat di bawah ini, memberitahu bahawa selepas itu anak2 muridnya semua melarikan diri.

Lagi

Older Entries