Menutup aurat bagi wanita semakin mahu diperlekehkan seperti zaman jahiliyah

27 Komen


Salaamun alaikum w.b.t……. Sememangnya diketahui zaman jahiliyah di Mekah wanita-wanita masih belum sempurna menutup aurat dan ramai yang keluar rumah untuk menarik perhatian kaum lelaki. Begitu juga zaman jahiliyah di Malaysia, seperti zaman P Ramlee dulu contohnya, waktu itu masih dikira zaman jahiliyah di Malaysia ini kerana masih ramai yang tidak faham dan tidak mendapat pengajaran agama yang secukupnya kerana banyak faktor.

Tetapi sangat berbeza sekali di zaman moden hari ini yang mempunyai pelbagai saluran media untuk mengetahui tentang Islam yang sebenar. Tetapi semakin banyak saluran media untuk menyebarkan maklumat nampaknya semakin jahil jadinya umat kita, na’uzubillah.  Maka kita lihatlah sekarang semakin ramai wanita yang mempermudah-mudahkan hal berkenaan aurat sehinggakan pernah suatu masa dahulu , SIS (Sisters In Islam) di dalam satu sessi dialog berkenaan Islam Liberal mengatakan “pakaian taqwa itu adalah lebih baik dari menutup aurat”, sehingga meremehkan soal memakai tudung kepala.

Mungkin mereka berdasarkan kepada ayat ini, “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).” Surah Al-A’raaf : Ayat 26

Dan ramai wanita memberikan alasan seperti “don’t judge a book by its cover”. Tetapi sila tanya mereka kembali,  jika kamu nampak sebiji buah nangka yang buruk membusuk, adakah kamu masih mahu memakannya?

Ya sememangnya nampak bagus alasan yang diberikan oleh SIS di atas, kerana ada juga hadith yang bermaksud bahawa Allah tidak memandang pada paras rupa tetapi pada taqwa. Tetapi sedarkah kita bahawa kita telah cuba mengubah atau mencabut hukum yang diperintahkan oleh Allah sendiri iaitu wajib menutup aurat bagi wanita?   Menutup aurat dan taqwa adalah dua entiti yang tidak dapat dipisahkan, kerana menutup aurat itu adalah tanda manusia itu bertaqwa , walaupun bukan semua orang yang menutup aurat itu bertaqwa.  Bagaimana mahu dikatakan taqwa sedangkan hukum menutup aurat yang wajib itu senang-senang dilanggar dan diperlekehkan?  SIS mesti faham dan rujuk semula apa erti sebenar taqwa.

Lagi

Skandal-skandal seks gereja Roman Katolik

2 Komen


Ireland menerbitkan sebuah laporan pada hari Selasa mengatakan pihak berkuasa gereja di Dublin menutupi kes gangguan seksual kanak-kanak sampai pertengahan 1990-an.
.
Berikut ini adalah butiran dari skandal gangguan seksual lainnya yang telah menggoncang Gereja Katolik di seluruh dunia.
.
AMERIKA SYARIKAT – 2002 – Cardinal Bernard Law dari Boston meletakkan jawatan atas tuduhan dia memindahkan pendeta yang mencabul kepada jemaah gereja lain untuk menutupi skandal.
.
– Jun 2002 – Kongres Uskup Katolik US telah mengarahkan untuk menyiasat semua tuduhan gangguan seksual.
.
– Februari 2004 – Penyelidik bebas ditugaskan oleh Kongres Uskup Katolik US mengatakan sejumlah 10,667 menuduh pastor AS melakukan gangguan seksual terhadap kanak-kanak dari 1950 hingga 2002. Lebih daripada 17 peratus daripada penuduh mempunyai saudara kandung yang juga dipercayai dianiayai. Antara Penuduh, 47 peratus mengatakan mereka telah dianiayai berkali-kali.
.
– Julai 2007, Keuskupan Agung Los Angeles bersetuju untuk membayar $660 juta kepada 500 mangsa gangguan seksual sejak tahun 1940-an dalam kesepakatan pampasan terbesar dalam jenisnya.
.
– April 2008 Pope Benedict bertemu dengan para mangsa gangguan seksual oleh para pastor selama kunjungannya ke Amerika Syarikat dalam usaha untuk menyembuhkan luka. Gereja AS telah membayar sekitar $2 bilion pada tahun penyelesaian kepada mangsa sejak skandal pertama kali terbongkar pada tahun 1992.
.

Rahib Buddha pengsan ketika melakukan hubungan seks dengan anjing

Tinggalkan komen


monk sex with dog picture
Seorang rahib Buddha pengsan ketika melakukan hubungan seks dengan seekor anjing yang tinggal di biara, membuatkannya berhadapan dengan beberapa penjelasan yang sukar diterangkan.
.
Rahib yang berusia 65 tahun itu tinggal di sebuah biara di Thailand, selepas menjadi seorang biarawan untuk melarikan diri dari percaturan hidup masa lalu. Juga tinggal di biara ialah seekor anjing betina, yang bersama anaknya.
.
Rahib itu telah mengambil anjing sebagai pendampingnya, menghancurkan sumpah kesucian nya.
.
Namun, selama perjumpaan dengan binatang di hutan berhampiran, rangsangan itu nampaknya telah memberi kesan kepadanya dan dia pengsan, kemudian ditemui tidak sedarkan diri dengan anjing masih terikat kepada pokok berdekatan.
.
Polis kemudian mengesahkan penglibatannya hasil dari kesan-kesan air maninya yang ditemui pada alat kelamin anjing, juga pada pakaiannya. Menurut saksi, ia juga mengambil cecair pembasuh dari dapur biara untuk digunakan sebagai pelincir kecemasan, menunjukkan sejumlah persiapan.
.
Tidak jelas apakah dia akan menghadapi dakwaan jenayah, atau apa kepala biara akan lakukan mengenai hal itu.
.

Sumber – Thairath

Mati Pucuk, Ramai Yang Masih Malu Mendapatkan Pertolongan

13 Komen


Erectile_DysfunctionAmin, 35, merupakan eksekutif kanan sebuah agensi perhubungan awam di ibu kota. Selepas 10 tahun berkahwin dan dengan kehadiran dua anak, rumah tangga beliau ‘tidak seperti dulu lagi’.

Apakah sebabnya?

Amin ialah antara lelaki yang mengalami Disfungsi Erektil (ED) atau ‘mati pucuk’.

“Saya telah mencuba Viagra tetapi ia tidak memberi kesan,” Amin memberitahu pakar yang merawat beliau.

Mati pucuk yang dialami Amin menyebabkan beliau berasa hampa, kecewa, murung dan malu dan isterinya pula menganggap beliau sudah jemu dengannya, menurut pakar yang merawat Amin yang mahu dikenali hanya sebagai Dr Lee demi menjaga identiti sebenar Amin.

“Viagra mungkin hanya sesuai bagi sesetengah orang dan mungkin tidak sesuai bagi mereka yang lain. Tetapi ada cara lain untuk membantu mereka yang mengalami ED dan mereka ini janganlah putus harapan kerana ada kaedah lain yang boleh membantu mereka keluar dari masalah ini,” kata beliau.

“ED atau mati pucuk mengganggu kehidupan seks seorang lelaki dan menyebabkan dia boleh merasa teramat rendah diri,” kata Dr Lee.

Lagi

Seks , alkohol dan obesiti antara pembunuh utama dunia

3 Komen


alcohol-free

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Laporan terkini dari Reuters menyebut tentang kajian WHO bahawa seks yang tidak selamat, alkohol, pemakanan kanak2 yang teruk, sistem kebersihan yang teruk dan masalah darah tinggi telah menjadi punca utama terhadap 1/4 dari 60 juta kematian pramatang di seluruh dunia.

Tentang pemakanan kanak2, masalah tidak cukup zat makanan menjadi masalah kesihatan kepada negara miskin, sementara masalah terlebih makan / obesiti berlaku kepada negara2 yang membangun.  Obesiti / terlebih berat badan menyebabkan lebih kematian jika dibandingkan dengan tidak cukup makan.

Dan jika diperhatikan , semuanya adalah boleh dicegah jika betul2 mengikuti ajaran Islam yang sebenar. Hubungan seks di luar nikah dan di luar tabie telah dilarang keras di dalam Islam, minuman beralkohol dan arak dilarang keras, pemakanan disuruh menjaga dengan baik dan nabi Muhammad S.a.w sudah mengajar cara pemakanan yang terbaik dan mengelakkan dari perkara2 yang haram dan merbahaya, dan Islam mengajar menjaga kebersihan sama ada dari segi zahir dan juga batin.

Maka jika semua itu diikut dengan baik, maka tidak akan timbul masalah2 tadi insyaAllah. Dan begitulah sempurna dan indahnya ajaran di dalam Islam, iaitu ajaran yang diturunkan oleh Pencipta sekelian makhluk melalui rasulNya sebagai pedoman kepada manusia yang menjadi khalifah di muka bumi ini.

Lagi

Older Entries