Menutup aurat bagi wanita semakin mahu diperlekehkan seperti zaman jahiliyah

27 Komen


Salaamun alaikum w.b.t……. Sememangnya diketahui zaman jahiliyah di Mekah wanita-wanita masih belum sempurna menutup aurat dan ramai yang keluar rumah untuk menarik perhatian kaum lelaki. Begitu juga zaman jahiliyah di Malaysia, seperti zaman P Ramlee dulu contohnya, waktu itu masih dikira zaman jahiliyah di Malaysia ini kerana masih ramai yang tidak faham dan tidak mendapat pengajaran agama yang secukupnya kerana banyak faktor.

Tetapi sangat berbeza sekali di zaman moden hari ini yang mempunyai pelbagai saluran media untuk mengetahui tentang Islam yang sebenar. Tetapi semakin banyak saluran media untuk menyebarkan maklumat nampaknya semakin jahil jadinya umat kita, na’uzubillah.  Maka kita lihatlah sekarang semakin ramai wanita yang mempermudah-mudahkan hal berkenaan aurat sehinggakan pernah suatu masa dahulu , SIS (Sisters In Islam) di dalam satu sessi dialog berkenaan Islam Liberal mengatakan “pakaian taqwa itu adalah lebih baik dari menutup aurat”, sehingga meremehkan soal memakai tudung kepala.

Mungkin mereka berdasarkan kepada ayat ini, “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).” Surah Al-A’raaf : Ayat 26

Dan ramai wanita memberikan alasan seperti “don’t judge a book by its cover”. Tetapi sila tanya mereka kembali,  jika kamu nampak sebiji buah nangka yang buruk membusuk, adakah kamu masih mahu memakannya?

Ya sememangnya nampak bagus alasan yang diberikan oleh SIS di atas, kerana ada juga hadith yang bermaksud bahawa Allah tidak memandang pada paras rupa tetapi pada taqwa. Tetapi sedarkah kita bahawa kita telah cuba mengubah atau mencabut hukum yang diperintahkan oleh Allah sendiri iaitu wajib menutup aurat bagi wanita?   Menutup aurat dan taqwa adalah dua entiti yang tidak dapat dipisahkan, kerana menutup aurat itu adalah tanda manusia itu bertaqwa , walaupun bukan semua orang yang menutup aurat itu bertaqwa.  Bagaimana mahu dikatakan taqwa sedangkan hukum menutup aurat yang wajib itu senang-senang dilanggar dan diperlekehkan?  SIS mesti faham dan rujuk semula apa erti sebenar taqwa.

Lagi

Advertisement

Memakai mini skirt mungkin boleh menyebabkan penyakit buah pinggang dan isu ginekologis

Tinggalkan komen


Wanita sering lupa tentang masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengan mini skirt. Sebenarnya, para doktor dan urologis, mengadu tentang pesakit-pesakit wanita mereka yang menderita pielonefritis, sistitis, dan epididimitis.
.
Wanita yang duduk di bangku logam, tangga-tangga batu atau memakai mini skirt dalam cuaca sejuk biasanya akan menderita penyakit-penyakit tersebut.
.
Selain penyakit di atas, anda juga boleh terkena radiculitis atau sciatica (penyakit pada pinggang), keduanya sangat menyakitkan. Dan kes yang jarang-jarang berlaku boleh menyebabkan kepada kemandulan.
.
Masalah lainnya adalah bahawa perempuan yang memakai mini skirt sering merawat ‘selsema’ mereka dengan ubat-ubatan buatan sendiri tanpa berunding dengan doktor. Wanita yang menghadapi gejala-gejala penyakit sistem pembiakan wanita perlu berunding dengan doktor tanpa mengira panjang skirt mereka dan mengelakkan diagnostik diri sendiri.
.
Kemungkinan bahawa mereka mungkin memerlukan bantuan tidak hanya OB / Gyn tetapi juga seorang urologis atau venerologis.
.
Gejala penyakit ginekologis dan urologis adalah mirip antara satu sama lain. Oleh kerana itu, dianjurkan bahawa pakar-pakar tadi ditemui. Jika gejala diabaikan, suatu penyakit boleh menjadi kronik.
.
Seorang doktor akan mengesyorkan prosedur diagnostik untuk membantu mengesan kuman patogen yang menyebabkan penyakit.
.

Sumber – medpulse.ru