Konvoi ulat bulu di Afrika Selatan

3 Komen


Konvoi yang luar biasa ini adalah jejak 136 ulat bulu kecil berangkat ke semak-semak.  Adegan ini ditangkap oleh Jamie Rooney, ketika kenderaannya tersadai sementara konvoi sepanjang 5m (17 kaki)  menyeberangi jalan di Taman Negara Kruger, Afrika Selatan.

Serangga-serangga halus yang dihubungkan oleh satu benang sutera nipis tunggal di tanah yang menetapkan jalan keluar ke semak-semak, di mana mereka akhirnya akan berubah menjadi kupu-kupu. Mereka mengambil sekitar 20 minit untuk menyeberangi jalan dengan selamat.

.

.

Baca selanjutnya ……..

.
.
.

Gambar2 Macro terbaru ambe

6 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t….. Di sini ambe nak lepakkan beberapa keping gambar macro terbaru yang ambe shoot, kerana ini adalah kerjaya sampingan ambe sekarang hehe. Jom sama2 kita shoot gambar2 macro, melihat dengan lebih dekat dan halus lagi tentang kesenian dan keindahan ciptaan Allah S.w.t.

Ambe akan upgrade lagi kelengkapan untuk buat macro ni insyaAllah, tetapi foto2 ini adalah apa yang mampu ambe buat setakat ini sahaja. Peralatan yang digunakan ada diterangkan di bawah nanti. InsyaAllah akan di upgrade lagi dari semasa ke semasa. Jazaakumullahu khoirol jazaaa’ 🙂

Face to face with Mr Robberfly macro

Lagi

Senibina pada seekor lalat

8 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t… Terlebih dahulu dimaklumkan, gambar ini bukan diambil sendiri oleh saya hehe. Ini sekadar iklan, untuk menambah keyakinan bahawa dunia ini ada penciptanya. Bukannya seperti yang ditekadkan oleh para atheist dan mereka yang tidak beriman. Mari kita cuba perhatikan gambar di atas, iaitu gambar seekor lalat. Dan sebelum itu sila klik gambar itu untuk perbesarkan dan perhatikan matanya.

Pada matanya itu ada susunan bintik2 bulat, yang tersusun kemas. Semua itu adalah kaedah MATEMATIK sebenarnya. Maka cuba tanya diri anda, adakah semua itu terjadi dengan sendiri?

Adalah sangat mustahil dan tidak masuk akal sama sekali ianya terjadi dengan sendiri. Mesti ada yang menyusunnya dan mereka cipta senibina tubuh lalat tersebut. Kerana amat mustahil boleh terjadi dengan sendiri sesuatu yang tersusun sekata, sejajar, selari. Dan Pencipta itu ialah Tuhan kita iaitu Allah S.w.t Yang Maha Berkuasa lagi Maha Agung. Betapa Maha Seni dan Maha Halus ciptaan2Nya. Macam lalat ni, dah lah halus, dengan rekabentuk yang canggih (termasuk bulu-bulu dan warna-warna), pastu dapat bergerak dan terbang merata2, makan minum dan sebagainya pulak tu, ih ih ih. SubhanAllah  …….

Oleh itu wahai para Atheist, mereka2 yang tidak beriman dan tidak percaya bahawa dunia ini ada penciptanya,  marilah sama2 kita renung kembali, fikir sedalam2nya, jangan ambil mudah dan mahukan kebebasan semata2, mari lah kita beriman kepada ALLAH S.w.t, demi kebahagiaan kita di dunia dan di akhirat. Yakinilah bahawa Allah itu ada, dan akan menghakimi kita di akhirat nanti dengan apa yang kita perbuat di atas dunia yang sementara ini. Maha suci Engkau ya Allah, tidak lah Engkau ciptakan semua ini sia-sia. Maha suci Engkau, jauhkanlah kami dari azab api neraka,  amiin …….

Lagi