Ke arah menegakkan Hukum Islam di muka bumi ini

5 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t… dan selamat sejahtera. Tidakkah kita perasan bahawa setiap hari ada sahaja kes2 jenayah yang dilaporkan di dalam televisyen dan media2 lain? Dari sekecil2 kes hinggalah kepada sebesar2 kes, dan bermacam kes2 jenayah pelik pun sudah berlaku sekarang.  Maka masih sukakah anda dengan undang2 yang ada sekarang ini? Masih sukakah anda dengan undang2 buatan manusia yang tidak sempurna itu?  Sedangkan telah ada undang2 ciptaan pencipta kita Yang Maha Bijaksana.

Adakah anda mahu menunggu hingga tiba giliran anda, keluarga anda terlibat dengan ancaman2 jenayah baru anda mahu berubah?  Atau anda tetap tidak mahu berubah walaupun sentiasa terancam keamanan anda?  Atau anda mahu tunggu dibicarakan di Mahsyar nanti? Tidak mahukah anda merasakan satu undang2 tegar yang dapat menjamin keamanan dan kestabilan masyarakat keseluruhannya insyaAllah?  Itulah dia undang2 Islam yang telah dijamin oleh Allah S.w.t akan keamanan dan kestabilan nya.

Khilafah

Allah mengisytiharkan kepada malaikat apabila hendak mencipta nabi Adam, manusia pertama yang lahir daripadanya makhluk manusia seluruhnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

“Dan ingatlah ketika Tuhan kamu berfirman kepada para malaikat, sesungguhnya aku ciptakan di atas bumi itu makhluk (manusia) bagi menjadi khalifah”.  Surah Al Baqarah : Ayat 30

Para ulamak menghuraikan khalifah itu dengan maksud menegakkan agama Allah (Islam) dan mentadbir urusan dunia dengannya (Islam) Bermula daripada urusan pembangunan diri manusia dengan Islam, Iman dan Ihsan, sehinggalah pembangunan kebendaan yang menjadi keperluan manusia, seperti makanan, pakaian, bangunan, teknologi dan sebagainya. Semuanya itu berada dalam batas sempadan memelihara hubungan dengan Allah di atas sifat hamba kepadaNya, juga hubungan dengan diri sendiri, hubungan dengan sesama manusia, serta hubungan makhluk di bumi yang diamanahkan ke atas manusia untuk mentadbirnya. Bahkan juga hubungan dengan alam ghaib yang baik (para malaikat) dan bermusuh dengan makhluk jahat (iblis dan syaitan).

Lagi

Advertisements

Mengapa Hukum Islam terabai!

6 Komen


Bismillahirrahmaani [a]r-Rahiim

Sabda nabi yang bermaksud, “Allah itu indah dan Dia suka kepada yang indah2”. Agama Islam pun adalah satu agama yang indah, asalkan keindahan itu tidak melanggar syariat dan berada di batasan (hudud) nya. Samalah dengan kehidupan manusia ini, mestilah mengikut hudud yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Tetapi kita terutama nya di Malaysia ni, masih tidak mengikut hudud Allah tetapi mengikut hudud British yang telah mempusakainya pada kita sejak merdeka dahulu. Bayangkanlah, negara2 lain mendapat kemerdekaan dengan titisan darah, tetapi Malaysia mendapat kemerdekaan dengan secara rundingan iaitu Tunku Abd Rahman pergi berunding sendiri ke Britain. Penjajah tidak sekali2 akan memberikan kemerdekaan free begitu sahaja, tetapi ada udang di sebalik batu karang :-).

Lagi