Assalaamu’alaikum w.b.t……. dan selamat sejahtera. Agak-agaknya kalau semua tu dinasour betul, penonton2 boleh ke senyum dan duduk relaks begitu? 😀 Yang peliknya dalam video ni, T-Rex pula seumpama menjadi wira menyelamatkan anaknya dari serangan dinasour badak sumbu tu. Kerana kebiasaan dalam sesebuah filem Hollywood, T-Rex lah yang menjadi kepala samseng. Walaubagaimana pun, ini adalah sebahagian dari  pertunjukan yang diadakan di Jerman  dalam sebuah rancangan televisyen.

Props dan peralatan mekanikal pada dinasour yang mereka gunakan tersebut betul-betul canggih.  Orang yang memakai costume anak dinasour itu pula boleh sahaja mengimbangi costume itu dengan baik. Agak2nya apa kaedah yang mereka gunakan ya? Mungkin ada yang belajar tentang mekanikal ke, hidraulik ke yang tahu berkenaan ini boleh berkongsi ilmu?