Katak lembu gergasi jantan menyelamatkan anak2nya

Tinggalkan komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Ini pula video klip berkenaan katak lembu gergasi jantan / Giant Bullfrog, menyelamatkan anak2nya yang terperangkap dalam lopak air kecil yang mula kekeringan air. Apa kes ntah ibu mereka pergi menetas dalam lopak kecil pulak.  Mujur lah si bapa ni bertanggungjawab dan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan anak2nya. Dengan tenang sahaja dia  berfikir dan kemudian menjalankan tugasnya. Dia mengorek saluran yang mengalirkan air dari kolam utama ke lopak kecil yang mula kekeringan air itu.

Pandai sungguh mamat ni, kat sekolah mana dia belajar ya?  Itu lah dia ciptaan Allah Yang Maha Pencipta dan Maha Bijaksana, subhanallah. Katak jangan dipandang sembarangan, kerana kadang2 mereka lebih cerdik dari manusia keh3

Sumber video – BBC

Advertisement

Katak strawberry poison arrow menyelamatkan anak-anaknya

1 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Saksikanlah bagaimana katak ‘Strawberry Poison Arrow’ yang sebesar ibu jari tangan manusia ini menjaga telur2 nya dengan baik, kemudian menyelamatkan 6 ekor anaknya dari tempat yang kurang air dan menempatkan mereka di tempat yang selamat dan selesa. Dia memikul seekor demi seekor anak2nya di atas belakangnya, memanjat pokok untuk meletakkan mereka di dalam lopak air pada pokok yang menumpang di atas pokok yang besar dan tinggi.  Dia memberikan anak2 nya makan telur-telurnya yang tidak subur kerana di dalam lopak air itu tidak ada makanan untuk mereka makan dan membesar.

Siapa agaknya yang memberikan dia ilham untuk melakukan itu semua?  Sudah tentu lah Pencipta Yang Maha Bijaksana. Subhanallah …….

Sumber video – BBC