Assalaamu’alaikum w.b.t……. Sememangnya pelbagai penyakit muncul di dunia ini akibat perbuatan manusia-manusia sendiri. Allah S.w.t izin belaka manusia nak buat jahat atau baik, tetapi tunggu sahajalah nasib di akhirat nanti jika kita selalu sangat suka buat jahat. Dan mengikut kajian juga banyak virus yang keluar dari dulu sampai sekarang adalah ciptaan pihak Illuminati kerana mahu memupuskan populasi manusia di dunia. Akan saya jelaskan panjang lebar lagi insyaAllah dalam post akan datang berkenaan Illuminati dan kesihatan manusia insyaAllah.
Sekarang ini kita tumpukan dahulu kepada penyelesaian kepada penyakit Swine Flu / Selsema Babi yang disebabkan oleh Virus H1N1.
Laporan terbaru dari AFP menyebut bahawa askar-askar Moldova disuruh memakan bawang putih dan bawang merah dalam diet harian mereka untuk menghindari Swine Flu (Selsema babi). 24 orang dari 6,500 askar Moldova terkena jangkitan virus H1N1 sejak dua minggu lepas.“Kami telah memperkenalkan tambahan 25 gram (satu aun) bawang merah dan 15 gram bawang putih dalam catuan sehari-hari mereka, ” ketua doktor kementerian pertahanan, Sergiu Vasilita memberitahu AFP.
Fakta penting: Dianggarkan bahawa setiap tahun antara 250,000 – 500,000 orang meninggal kesan dari flu! Memang benar, jadi ingatlah ini dalam perspektif anda. Apa yang nampaknya lebih mungkin adalah bahawa perhatian tambahan terhadap selsema babi hanya membawa perhatian kepada apa saja tentang bentuk flu/selsema boleh dilakukan.
Komen terkini