Assalaamu’alaikum w.b.t……. Sungguh banyak terjadi mereka2 yang kehilangan wang di akaun2 bank, terutamanya bagi yang berurusan secara online. Dan sungguh memalukan, wujud juga manusia2 yang kononnya pandai IT tetapi berhati jahat dan rakus mahu membolot wang manusia lain secara HARAM dan tanpa belas kasihan.
Hari ini saya ada terima pula email dari scammer yang menyamar menjadi Maybank2u. Saya yakin ramai yang sudah mengetahui tentang hal ini, tetapi saya cuba menulis di sini agar menjadi PERINGATAN dan langkah mencegah bagi sesiapa yang masih belum tahu.
Di bawah ini adalah contoh email yang saya terima;
Unblock your Account ,
For security reasons, your maybank2u.com account has been blocked due
to inactivity or because of too many failed login attempts.
You must authenticate again.
Please login at maybank2u to restore your account access.
Maybank Berhad
https://www.maybank2u.com.my
We apologize for any inconvenience this may cause.
© 2001-08 Maybank. All rights reserved.
Di dalam email tersebut diletakkan kononnya LINK ke maybank2u.com. Tetapi jika anda highlight / hover link tersebut , di status bar (bahagian bawah) pada browser internet anda akan menunjukkan URL ke laman web http://mail.bannick.net , bukannya https://www.maybank2u.com.my yang sepatutnya. Begitu juga jika anda klik LINK tersebut, ia akan menuju ke http://mail.bannick.net , perhatikan pada kotak URL di bahagian atas browser anda untuk memastikannya. Dan jika ianya menunjukkan bahawa anda berada di website http://mail.bannick.net, maka tinggalkan saja laman web tersebut, kerana itu hanya lah satu PENIPUAN untuk merampas duit di dalam akaun bank anda. Mereka mahukan password anda sahaja.
Komen terkini