9/11 and What the future holds for Muslims – by Syeikh Imran Hosein

9 Komen


Salaamun alaikum w.b.t……. Ramai lagi yang ingat TEORI KONSPIRASI ini hanya dibicarakan oleh orang-orang awam dan BUKANNYA para ulamak Islam. Itu lah akibatnya kalau malas mengkaji dan menggunakan akal fikiran serta tidak mengambil berat permasalahan umat Islam sedunia sekarang ini. Jika kita hanya fikir hal perut masing-masing dan nak berseronok dalam dunia ini sahaja maka big problem lah to ummah. Di bawah ini ada beberapa video yang sudah lama di Youtube tetapi mungkin masih ramai lagi yang belum menontonnya. Tetapi bersedialah dengan kamus English – Malay jika saudara tidak faham English 🙂

Perhati elok-elok tentang Syeikh Imran Hosein ini memperkatakan tentang Teori Konspirasi. Jangan jadi seperti segelintir Melayu yang merasakan kononnya sudah MAJU dan MEMBANGUN, mengutuk-ngutuk dan mempersendakan orang lain yang memperkatakan tentang KEJAHATAN kerajaan AS dan sekutu-sekutunya, tetapi sebenarnya mereka yang masih TERTIPU dengan agenda British dan sekutunya serta duduk bawah tempurung di dalam gua yang gelap pekat. Apa kehebatan yang mereka buat yang akibatkan mereka berbangga-bangga sangat dengan kemajuan tu? Puji sangat barat! Selama-lamanya lah kita akan jadi END USER kepada barangan British dan sekutunya itu jika kita semua tidak berusaha untuk membantu mereka-mereka yang mahu menegakkan HUKUM ISLAM dan HUKUM HUDUD di muka bumi ini , iaitu dengan menegakkan DAULAH KHILAFAH!

9/11 and What the future holds for Muslims – by Syeikh Imran Hosein

Lagi

Ada tulisan-tulisan yang menyalahkan penulis Teori Konspirasi yang bercakap soal Illuminati

58 Komen


Salaamun alaikum w.b.t……. Hhmmmmmmm, ada juga tulisan-tulisan dari orang Islam dalam beberapa blog yang membantah penulisan-penulisan berkenaan Illuminati oleh penulis-penulis Teori Konspirasi. Dengan alasan, penulis-penulis Teori Konspirasi mengambil sumber dari bukan Islam dan menyebabkan boleh rosak Aqidah (berat tuduhan ni), kemudian mudah membuat tuduhan apabila melihat logo-logo, membuatkan orang ramai paranoid dan sebagainya.

Terlebih dahulu dengar ini wahai orang-orang kampung! Dunia ini penuh dengan KONSPIRASI JAHAT. “Mereka membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.” Surah Aali Imran : Ayat 54

€œ”Allah tidak menurunkan ke muka bumi, sejak penciptaan Adam as hingga hari Kiamat, fitnah yang lebih besar dari fitnah Dajjal.”€ (Hadith Riwayat Thabrani , 1672)

KONSPIRASI maknanya agar jelas ialah PAKATAN. Di mana-mana pun dalam dunia ini ada PAKATAN JAHAT / ORANG-ORANG YANG BERPAKAT membuat kejahatan. Jangan faham TEORI KONSPIRASI itu secara luaran dan betul-bendul seperti yang digembur-gemburkan itu sahaja. Maknanya LUAS tu.

Yang menjadi masalahnya , ada golongan ta’asub yang bercakap tentang TEORI KONSPIRASI tanpa BUKTI yang kukuh. Akibat nila setitik, rosak susu sebelanga.

Adakah jika seorang Islam itu MINUM ARAK, maka semua orang ISLAM mesti dituduh? Perkara mudah je ni untuk difaham, tetapi tetap jugak tidak faham-faham, ih ih ih ih ih.

Lagi

Video-video tentang TEORI KONSPIRASI oleh Jesse Ventura

7 Komen


Salaamun alaikum w.b.t……. Berikut adalah beberapa koleksi video Jesse Ventura dan team dia mengkaji tentang TEORI KONSPIRASI. Jesse Ventura tu dulu pernah bekerja sebagai komando laut AS iaitu Navy Seal. Kemudian jd ahli gusti WWE. Pernah juga berlakon bersama Arnold Schwarzenegger dalam filem Predator. Dan kemudian jd gabenor Minnesota.

Skrg duk aktif dengan team dia kaji dan dokumentasikan tentang TEORI KONSPIRASI. Abaikan kontroversi2 dan kenakalan dia dulu, dan tumpukan sahaja kepada fakta-fakta dan bukti-bukti kukuh yang dia bawa dalam video2 nya ini. Dan saksikan lah pihak2 yang menyebelahi kerajaan AS di soal siasat di mana air muka mereka seperti ketakutan dan goyah menjawab soalan, seperti mahu lari dari menjawab dan asyik “no comment” dan sewaktu dengannya sahaja. Secara psikologinya, di situ pun nampak jelas tentang ada suatu yang disembunyikan , tidak telus dan jawapan diberikan dengan keadaan terumbang-ambing.

Maaf lah, saya amat sibuk sekarang ini, tulisan pun berterabur. Saksikan sahaja lah video2 di bawah, dan banyak lagi koleksi video Jesse Ventura dan team dia ni di Youtube. Sementara belum di BAN oleh pihak atasan Youtube, baik tengok awal2 🙂

Conspiracy Theory Jesse Ventura – Secret Societies 1 of 7

Haiti Earthquke – HAARP – Jesse Ventura- Truth Exposed
Lagi

World Trade Centre menjadi 1 World Trade Centre

Tinggalkan komen


Salaamun alaikum w.b.t……. Gagasan baru Malaysia berbunyi 1 Malaysia. Tidak kurang juga dengan nama baru bangunan World Trade Center di New York yang apabila siap nanti akan diberi nama 1 World Trade Centre. Tak perlu panjang lebar cerita, itu lah dia agenda Illuminati untuk mewujudkan 1 world government / New World Order.

Pembinaan bangunan baru yang dibangunkan dari tapak runtuhan bangunan WTC ini sudah dimulakan pada tahun 2006. Di dalamnya akan termasuk juga muzium dan memorial yang memperingati seramai 2,973 orang yang terbunuh dalam peristiwa September 11, 2001 atau 9/11 itu.

Persiapan untuk membantu Haiti telah dibuat sebelum berlaku gempa bumi

2 Komen


Pekerja memuatkan jet Tentera Udara dengan persediaan dan peralatan di March Air Reserve Base di California.
.
Sementara kakitangan yang mewakili ratusan agensi kerajaan dan bukan kerajaan dari seluruh dunia bergegas untuk bantuan gempa bumi Haiti, Agensi Pertahanan Sistem Maklumat (Defense Information Systems Agency) / DISA telah melancarkan sebuah portal Web dengan pelbagai alat rangkaian sosial untuk membantu dalam menyelaraskan usaha mereka.
.
Pada hari Isnin (sehari sebelum berlaku gempa bumi), Jean Demay, pengurus teknikal DISA untuk projek Kerjasama Perkongsian Maklumat Transnasional (Transnational Information Sharing Cooperation project), kebetulan berada di markas U.S. Southern Command di Miami bersiap-sedia untuk ujian sistem dalam sebuah senario yang melibatkan pemberian bantuan kepada Haiti berjaga-jaga terhadap ribut badai.
.
Selepas gempa bumi berlaku pada hari Selasa, Demay berkata SOUTHCOM memutuskan untuk pergi secara langsung dengan sistem.
.
Pada hari Rabu, DISA telah membuka All Partners Access Network (APAN) nya, disokong oleh projek Kerjasama Perkongsian Maklumat Transnasional, kepada mana-mana organisasi yang menyokong usaha membantu Haiti.
.
Projek berkongsi maklumat, yang dibangunkan dengan sokongan daripada kedua-dua SOUTHCOM dan Defense Department’s European Command, telah dibangunkan selama tiga tahun. Ianya direka-bentuk untuk memudahkan kerjasama pelbagai hala antara persekutuan dan agensi-agensi bukan kerajaan / NGO.
.

Lagi

Older Entries