Banyak haiwan lahir tanpa bapa

9 Komen


Salaamun alaikum w.b.t……. dan selamat sejahtera. Straight to the point –> Istilah Parthenogenesis berasal dari perkataan Greek παρθένος parthenos, “virgin”, + γένεσις genesis, “birth”. Maka maknanya dalam Bahasa Melayu ialah “kelahiran dara”. Ianya adalah suatu bentuk pembiakan aseksual ditemui pada si betina, di mana pertumbuhan dan perkembangan embrio berlaku tanpa persenyawaan oleh si jantan.

Parthenogenesis biasanya berlaku pada sesetengah spesis haiwan invertebrata seperti (Kutu air, kutu daun, nematoda, beberapa jenis lebah, beberapa jenis Phasmida, beberapa spesies kalajengking, dan Wasp parasit) dan juga beberapa spesis haiwan vertebrata seperti (sesetengah reptilia, ikan, dan jarang-jarang terdapat pada burung dan ikan jerung, terutamanya jerung jenis Hammerhead).

Sedangkan haiwan pun ada yang lahir tanpa bapa, maka mengapa perlu dikatakan kelahiran Yesus / Nabi Isa a.s tanpa bapa itu bahawa Yesus adalah Tuhan atau anak Tuhan? Mengapa tidak katakan sahaja haiwan-haiwan yang lahir tanpa bapa itu juga Tuhan? Bukti-bukti kelahiran tanpa bapa pada haiwan-haiwan ini juga membuktikan secara saintifik bahawa tidak mustahil ianya juga berlaku kepada manusia dan tidak semestinya yang lahir itu adalah ANAK TUHAN, kerana TUHAN tidak mempunyai ANAK.

Lagi

Koleksi hujjah-hujjah terhadap umat Kristian – Bahagian pertama

135 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. dan selamat sejahtera. Memandangkan beberapa orang umat Kristian tidak berhenti-henti lagi menyerang di blog ini, maka saya lanjutkan bicara lagi tentang kristologi. Kali ini akan dibentang kan hujjah-hujjah lama yang banyak di antaranya masih tidak terjawab oleh mereka.   Fahami dan hayatilah , semoga kamu mendapat hidayah, rahmat / kasih sayang dan berkat dariNya.  Penerangan ini tidak lain melainkan kerana sayang saya kepada anak cucu nabi Adam dan mahu mereka kembali menTAUHIDkan Allah dengan sebenar-benarnya.

Sebelum itu mari kita teliti hadith dari Nabi Muhammad S.a.w bahawa beliau melarang kita menyanjung dia berlebihan kerana risau akan menjadi seperti umat Nabi Isa a.s yang menyanjungnya lebih-lebih sehingga mengangkat Nabi Isa menjadi Tuhan.

“Janganlah kamu sanjung aku (secara berlebihan) sebagaimana kaum Nasrani menyanjung ‘Isa bin Maryam alaihisSalam secara berlebihan. Aku hanyalah seorang hamba Allah, maka panggillah aku dengan sebutan ‘hamba Allah dan Rasul-Nya’.” (HR Abu Daud)

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat (untuk menyerukan) “Beribadahlah kepada Allah (saja) dan jauhilah thoghut.” Surah  An – Nahl  : Ayat 36

.

.

Koleksi hujjah-hujjah terhadap umat Kristian

–   Yesus hanya lah UTUSAN ALLAH, atau pun RASULULLAH. Cuma kelahirannya adalah ajaib kerana tanpa bapa, tetapi jangan sekali2 mengatakan bapanya adalah ALLAH, itu adalah SYIRIK yang paling besar!! ALlah Maha Pengampun, Dia akan mengampunkan segala dosa jika Dia kehendaki, MELAINKAN dosa SYIRIK kepadanya.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi sesiapa yang dikehendakiNya.” Surah An Nisaa’ : Ayat 48

Lagi