Adakah anda pernah nampak piring terbang / UFO?

10 Komen


Salaamun alaikum w.b.t……. Sepertimana telah banyak saya perkatakan dalam blog ini pada tajuk-tajuk lepas. piring-piring terbang yang selalu dijumpai di merata ceruk dunia itu BUKANNYA Alien / makhluk asing dari planet lain, tetapi hanya buatan MANUSIA dari bumi ini sendiri. Maka harap tiada lah lagi orang yang salah faham akan pertanyaan saya ini.

Pertanyaan ini hanya sekadar mahu mendengar perkongsian dari mereka-mereka yang pernah melihatnya dengan MATA KEPALA sendiri.

Memang ada orang yang TIDAK PERCAYA pada UFO dan piring-piring terbang ni. Tapi saya sendiri, dalam 3 tahun lepas pernah nampak atas langit di luar halaman rumah saya sendiri, dalam pukul 3 pagi. Kalau x silap saya, ada 7 buah yang membentuk formasi seperti huruf V gitu. Bergerak jauh tinggi di langit sana, sangat laju, dari arah selatan ke utara …….

Sejak dari tu lah saya semakin AKTIF mengkaji tentang DAJJAL ……. a wake up call to me

Di bawah ini salah satu contoh video tentang penampakan UFO. Amat banyak penampakan yang lebih kurang sama begini, tetapi di tempat-tempat yang berlainan di merata ceruk dunia …….


…….

p/s: Jika ada yang ingin berkongsi dan komen, diharap komen yang berkaitan dan tidak mengarut-ngarut. Komen-komen yang mengarut, akan saya delete insyaAllah …….

Kajian UFO – Formasi awan yang pelik di langit Romania

13 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Semakin banyak UFO kelihatan akhir2 ini di merata2 tempat di seluruh dunia. Dan dunia juga dikejutkan dengan formasi awan yang aneh yang bentuknya seperti kuih donut di langit, seakan2 sebuah kapal angkasa seperti dalam filem The Independence Day. Beberapa minggu lepas sudah kelihatan formasi awan pelik itu di Moscow, Russia.  Dan pakar meterologi mengatakan ianya berlaku kerana kesan dari cuaca yang tidak menentu.

Tetapi kali ini berlaku pula formasi awan yang hampir sama, bukan lagi di Russia, tetapi beralih ke Romania pula. Mengapa formasi awan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dan sama seperti UFO, berlaku dalam selang masa yang tidak lama, tetapi di negara yang berlainan?  Saksikan video di bawah;

Lagi

UFO berdekatan dengan gerhana matahari

1 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t…  Kenapa terkejut? Tiba2 ada berita UFO tak pasal2 kat sini, hehe. Biasa la tu, general knowledge ni, kena jugak ambil tahu, tapi tak wajib pun.

Berita UFO kelihatan yang terbaru ni dah tak baru sebenarnya, tapi berlaku pada bulan Julai lepas di China. UFO tu dapat dirakam dalam video cam oleh saintis China dari Purple Mountain Observatory. Tapi menurut mereka, kajian akan dilakukan sepanjang 12 bulan seterusnya ni untuk mengesahkan dengan sebetulnya gambaran yang dilihat tu. Panjangnya ambil masa yer ih ih ih

Amacam, faham ke tidak apa yang mereka cakapkan? Saya pun tak faham 😀

Lagi

Konspirasi terbesar dunia

4 Komen


Assalaamu ‘alaikum w.b.t…… Apakah konspirasi terbesar yang berlaku sejak dari dulu lagi hingga sekarang? Mungkin anda ada persepsi tersendiri, tetapi di sini saya ingin menyatakan bahawa konspirasi terbesar adalah pakatan iblis dan para syaitan dari golongan jin untuk menjadikan manusia tidak merasakan kehadiran mereka. Dengan kata lain, membuatkan manusia tidak yakin dan percaya dengan kewujudan syaitan. Syaitan terbahagi kepada dua iaitu syaitan dari golongan manusia dan syaitan dari golongan jin. Dalam topik kali ini saya akan bercakap tentang syaitan dari golongan jin yang tidak kelihatan dan syaitan dari golongan manusia yang dapat dilihat jelas oleh kita.

Apa tujuan mereka berbuat demikian?

Tujuan utamanya agar manusia tidak merasakan bahawa kejahatan itu berasal dari mereka dan akhirnya akan menyebabkan kita tidak percaya kewujudan syaitan. Jika kita tidak percaya kewujudan iblis dan syaitan, bermakna iman kita telah rosak kerana tidak mempercayai perkara ghaib. Dan dengan kita tidak mempercayai kewujudan iblis dan syaitan, menjadikan kita juga tidak yakin dengan AlQuran dan Alhadith, kerana AlQuran dan AlHadith banyak sekali menyebut tentang iblis dan syaitan-syaitan.

Maka konspirasi ini telah berjaya sebenarnya, kerana kita lihat di zaman moden ini ramai yang ragu-ragu dengan perkara ghaib. Ramai yang semakin tidak mahu mempercayai kewujudan alam ghaib, kononnya semua ini adalah lapuk dan kuno. Sedangkan perkara ghaib itu adalah suatu yang nyata dan lebih maju dari pemikiran orang-orang yang mengatakannya kuno dan lapuk.

Iblis dan syaitan boleh sahaja bila-bila masa pun menjelma di depan kita dan menampakkan tubuh mereka. Tetapi mereka sengaja mengekalkan keghaiban diri mereka kerana dengan itu akan membuatkan manusia menjadi was-was, sehinggakan ada yang ragu-ragu. Dan adakalanya iblis dan syaitan menampakkan rupa mereka kepada sesetengah manusia, agar itu nanti akan menjadi percanggahan antara manusia. Manusia akan berselisih pendapat, ada yang percaya dan ada yang tidak percaya. Semua itu adalah suatu konspirasi untuk mengelirukan dan menyesatkan anak-anak Adam.

Ramai dari manusia yang hanya statik pemikirannya dengan merasakan benda-benda yang nampak ini sahaja sebenarnya yang wujud. Sedangkan benda-benda yang nampak di depan mata kita ini hanya lah suatu yang boleh dilihat oleh bebola mata kita ini sahaja.  Bebola mata kita yang amat lemah dan rapuh ini bukan boleh melihat segalanya di alam maya yang sungguh unik ciptaan Yang Maha Esa ini. Ada lagi dimensi2 lain yang masih tidak mampu dilihat oleh deria penglihatan kita dan alam lain itu lebih maju dari kita di sini. Sesungguhnya kita berada di alam yang sama dengan jin dan makhluk ghaib lain, cuma dimensi sahaja yang berlainan.

Lagi