Video banjir di Jeddah, Mekah

12 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Ada banyak video banjir di Youtube tetapi yang ini rasanya patut ditonton oleh semua orang kerana kelajuan airnya jauh lebih dasyat dari banjir yang melanda di Malaysia. Biasanya banjir di Malaysia kita ini hanya tenggelam kereta dan motor, tetapi tidak sampai kelajuan airnya begitu deras hingga dapat menghanyutkan pelbagai kenderaan berat termasuk van , jeep dan kenderaan-kenderaan besar lain, subhanallah.

Lagi

Mutiara hadith2 agar kita sabar menempuh ujian dalam kehidupan

28 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Di sini ambe ada kumpul beberapa hadith nabi yang berkenaan dengan ujian dalam kehidupan. Semoga kita dapat lebih tabah lagi menghadapi ujian-ujian terutamanya ujian keimanan dalam hidup kita.

Pertamanya kita mesti faham bahawa hidup kita ini akan sentiasa diuji. Sama ada kita suka atau tidak kita akan diuji juga, sesuai dengan Firman Allah S.w.t yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214

Mengapa kita diuji? Firman Allah S.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” – Surah AlMulk : Ayat 2

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” – Surah AsSyuura : Ayat 30

Walaubagaimana pun, Allah amat menyintai orang2 yang sabar menghadapi ujianNya.  FirmanNya, “Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.” – Surah Aali Imran : Ayat 146

Dan Allah Maha Adil dan Maha Penyayang, ujian2 yang diberiNya adalah mengikut kemampuan masing-masing insyaAllah.  “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” – Surah AlBaqarah : Ayat 286

.

Koleksi hadith-hadith

* Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. “ – Hadith riwayat Imam Tirmizi

Lagi

Mengapa orang2 yang kufur pada Allah diberi kelebihan duniawi?

85 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t…….  Semoga anda semua sihat dan bahagia belaka bersama keluarga tersayang. Saya terpanggil untuk membicarakan topik ini kerana saya tengok ramai juga orang2 Islam kita yang masih merasa hairan  mengapa orang2 yang kufur pada Allah, orang2 bukan Islam yang biasanya maju dan berjaya dalam pelbagai bidang terutamanya Sains dan Teknologi.

Kita sebenarnya tidak perlu hairan mengapa boleh terjadi begitu jika kita betul2 menghayati sejarah dan membuat kajian terperinci. Kita lihat pada zaman Nabi Musa a.s sudah lah, siapa yang bina tamaddun dan teknologi yang hebat pada ketika itu jika tidak orang2 yang kufur kepada Allah iaitu Firaun dan geng2 dia?  Hehe. Nabi Musa dan umatnya hanya lah golongan2 bawahan yang serba kekurangan dari segi duniawi, tetapi mereka mempunyai kelebihan dari segi rohani yang dapat membekalnya ke alam abadi sana.  Maka apa lah yang hendak diperbesarkan dan bangga2 kan sangat dengan kelebihan duniawi?  Semuanya itu hanya mainan syaitan, mahu menjadikan kita saling menunjuk2 sesama kita, sombong dan merendah2kan orang lain, semakin lagho dengan dunia yang sentiasa menipu.

Sebenarnya perkara ini perlu ditulis dengan lebih mendalam dan perlukan kepada banyak bab kerana ia banyak berkait dengan pelbagai perkara.  Tetapi oleh kerana saya ini bukannya seorang pengarang tegar, dan saya tidak berniat untuk menerbitkan sebuah buku, tetapi hanya ingin berkongsi pengetahuan di sini semoga ada yang mendapat manfaat, maka saya cuba simpulkan secara ringkas tetapi padat sahaja di sini. Cakap banyak membuai2 sampai orang termimpi2 tak guna juga, maka saya gunakan cara straight to the point. Walaupun ada yang merasakan bahawa tulisan ini panjang lebar, tetapi sebenarnya telah distraight to the point kan ni  😀

Sebenarnya ilmu semua datangnya dari Allah, maka asas di sini pun kita sudah dapat tahu bahawa ilmu itu milik Islam, kerana Islam itu agama dari Allah, sebab itu ilmu adalah satu barang yang hilang dalam Islam, bukan permata sahaja yang hilang. Manusia pertama turun ke dunia adalah Adam dan Hawa, mereka juga adalah Islam kerana mereka berserah diri pada Allah. Mereka telah dididik oleh Allah secara langsung dan melalui para malaikat dan mengetahui banyak ilmu pengetahuan, sehinggakan malaikat2 sendiri pun mengakui kehebatan Nabi Adam.

Lagi