Hadis Palsu Rejab, Sya’ban

1 Komen


Oleh : DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN (pensyarah Bahagian Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia (USM))

Agama wajib dipelihara ketulenannya supaya tidak berlaku campur aduk antara rekaan manusia dan perintah Allah dan RasulNya. Jika agama boleh direkacipta, maka wahyu sudah tentu tidak diperlukan, juga Rasul tidak perlu diutuskan.

 

Oleh itu Islam mengharamkan pembohongan di atas nama agama. Kita melihat di akhir-akhir ini perkembangan yang lebih mendukacitakan, dimana adanya individu-individu tertentu yang tidak mempunyai latar belakang pengajian Islam atau sekadar sebulan dua di pusat pengajian tertentu kemudiannya muncul di tengah masyarakat dengan membawa huraian-huraian yang salah tentang Islam di sana-sini. Fonomena ini mendukacitakan kita, akhirnya manusia mengambil agama daripada golongan jahil lalu mereka diselewengkan.

Lagi

Kewajipan Menyemak Sanad dan Matan

Tinggalkan komen


Oleh : DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN (pensyarah Bahagian Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia (USM))

 

Ilmu adalah teras kepada ajaran Islam, tanpa ilmu manusia akan terseleweng mengikut kehendak aqal dan hawa nafsu sehingga akhirnya agama dijadikan mainan. Islam tidak wujud melainkan berteraskan ilmu, bahkan Islam itu sendiri adalah ilmu yang teragung buat sekelian alam.

 

Tokoh-tokoh ulama silam terutama para `ulama hadith (al-muhadithin) telah mewakafkan hidup mereka demi menyampaikan ajaran dan huraian yang bertepatan dengan ajaran Nabi s.a.w. Segala ucapan Nabi s.a.w. adalah ilmu yang maha agung. Justeru itu hanya ilmu sahaja yang berhak menghuraikan ilmu. Dalam kata hanya golongan yang berilmu sahaja yang berhak menghurai dan membahaskan ucapan bagainda, atau ucapan baginda hanya boleh dibahaskan secara ilmu.

  Lagi

Hukum Mempelajari Hadits dan Ilmunya

Tinggalkan komen


Mengingat fungsi ilmu hadis sangat menentukan terhadap pemakaian nas sebagai pedoman beramal, tidak sedikit para ulama yang memberikan tanggapan atas ketentuan hukum mempelajari ilmu hadis.

Imam Sufyan Sauri berkata (ertinya), “Saya tidak mengenal ilmu yang lebih utama bagi orang yang berhasrat menundukkan wajahnya di hadapan Allah selain daripada ilmu hadis. Orang-orang sangat memerlukan ilmu ini, sampai kepada soal-soal kecil sekalipun, seperti makan dan minum, memerlukan petunjuk dari al-hadits. Mempelajari ilmu hadis lebih utama daripada menjalankan salat dan puasa sunah, kerana mempelajari ilmu ini adalah fardu kifayah, sedangkan solat sunah dan puasa sunah hukumnya sunnah.”

Lagi