Seharusnya anda tahu – Famili, Julai 1993

Tinggalkan komen


Melawan mimpi-mimpi yang menakutkan

Banyak orang takut untuk menghadapi mimpi yang menakutkan. Kadangkala mereka sanggup tidak tidur kerana takut akan mimpi yang mengerikan itu akan muncul lagi.

Tapi mimpi hanyalah mainan tidur. Salah satu cara pembaca menghilangkan mimpi buruk itu ialah dengan cara tulis semula mimpi-mimpi buruk yang anda alami itu, kemudian di akhir cerita itu tuliskan perkara-perkara yang begitu manis dan gembira bagi diri anda.

InsyaAllah mimpi-mimpi yang sering mengganggu anda selama ini akan hilang.

–> Dan bagi kepada orang-orang Islam, jangan lupa membaca doa-doa dan ayat Quran sebelum tidur. Ini untuk mengelakkan gangguan syaitan.

Menghilangkan garis pada bekas lipatan kaki

Tentu kita rasa janggal dan hodoh jika memakai seluar yang senteng, dan ada di antara kita akan membuka lipatan pada bawah kaki supaya seluar itu tidak lagi nampak senteng.

Tetapi masalah tetap juga akan timbul dimana bekas lipatan itu akan kelihatan dan jika seluar itu seluar jeans, bahagian yang berlipat itu akan kelihatan garis putih.

Untuk menghilangkan garis putih atau kesan lipatan itu, gunakan kanji dengan cara menyapukan kanji kepada bekas lipatan itu dan diseterika dan garis putih yang kelihatan pada kain jeans itu boleh dihilangkan dengan cara menyapukan air yang telah bercampur cuka pada bekas garisan itu dan diseterika. Amalkan selalu, semoga seluar anda kelihatan cantik.

Pertolongan pertama pada kuku yang luka

Biasanya jikalau kuku kita tersepit atau sebab lain yang menyebabkan kuku kita luka atau lebih tepat lagi berlaku darah beku di dalam kuku kita, biasanya ia akan menimbulkan rasa sakit yang amat sangat, juga rasa berdenyut-denyut.

Bagi menghilangkan rasa sakit itu, rawatan pertama yang dapat kita berikan dengan masukkan jari yang luka itu ke dalam ais ketul atau ais sejuk, kemudian angkat tangan ke atas supaya pengaliran darah ke jari tidak begitu banyak. Kemudian balut jari yang luka itu dengan kain dan tekan kuat-kuat jari yang luka itu dengan tangan yang lagi satu. InsyaAllah ianya akan sembuh dengan cepat.

Jangan amalkan diet di musim sejuk

Lagi

Ke arah kejelitaan – Jelita , Januari 1987

1 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t…… Berikut ini adalah beberapa petua untuk menjaga kecantikan dan kejelitaan tak kira bagi lelaki atau wanita. Saya menyalinnya dari Majalah Jelita bulan Januari tahun 1987. Bagus juga petua-petua lama ni sebenarnya, tambah lagi dapat jimat kos dalam zaman serba mahal ni. Dan saya nasihatkan, gunakanlah kejelitaan anugerah Allah ke jalan yang diredhainya dan mendapat pahala, seperti mempamirkan kepada suami dan keluarga bagi wanita, mempamirkan kepada isteri dan keluarga bagi lelaki.  Jangan disalah guna dengan menunjuk-nunjuk di luar rumah lebih-lebih lagi ditambah dengan pendedahan aurat kerana itu hanya dapat menambah dosa semata.

Dan petua-petua ini bukanlah dapat dijamin berhasil melainkan semuanya terserah kepada Allah. Kita hanya disuruh berusaha dan hasilnya insyaAllah akan dapat dilihat kemudian. All the best!  🙂

Mencegah kelemumur

Ambil daun kangkung dan diramas sehingga keluar lendir. Campurkan sedikit air, kemudian gaul sehingga sebati. Sapukan pada kepala sebelum membasuh rambut. Hasilnya , kelemumur hilang, kepala tidak gatal dan rambut juga tidak gugur.

Rodzeyah Abu Bakar, Alor Setar , Kedah.

Rambut berkilat

Kumpul 5 helai daun bunga raya, 5 helai daun bunga China dan 3 helai daun lidah buaya serta setengah biji limau nipis.

Lagi

15 Langkah meningkatkan keupayaan memori otak

3 Komen


Otak anda adalah ibarat mahkota dalaman anda dan perlu dijaga dengan baik kerana dengannya lah anda berfikir dan melakukan pelbagai tugasan di dunia ini. Ada banyak kaedah sebenarnya untuk menjaga otak anda agar memorinya stabil dan semakin meningkat prestasinya. Cuma di sini saya akan menyenaraikan beberapa darinya yang sempat saya catatkan dari pelbagai sumber.
.
1. Pastikan otak kita sentiasa aktif – Otak bukanlah seperti otot, tetapi biasa membuat latihan pada otak akan menyebabkannya mengembangkan sambungan saraf yang boleh membantu meningkatkan daya memori.
.
2. Kurangkan tekanan – Tekanan yang terlampau walaupun tidak akan menyebabkan kepada kerosakan otak, tetapi boleh menyebabkan memori kita semakin lemah. Sehinggakan tekanan sementara pun sudah boleh menyebabkan kita hilang daya tumpuan terhadap sesuatu konsep dan pemerhatian sesuatu.

3. Komitmen – Berikan komitmen terhadap suatu tugasan dan yakinkan diri kita bahawa kita akan dapat meningkatkan keupayaan memori otak ini. Jangan lemahkan diri kita dengan berfikiran negatif dan merasakan kita tidak bagus dalam mengingati sesuatu.

4. Buat senaman selalu – Senaman yang dilakukan hari-hari boleh juga membantu kesihatan otak dengan perjalanan darah yang baik.

5. Makan makanan yang bagus dan sesuai – Makanan-makanan untuk menambah memori seperti kismis dan kurma perlu diamalkan memakannya. Kismis dan kurma juga merupakan antara makanan sunnah Nabi Muhammad S.a.w. Dan tidak lupa juga banyak herba-herba yang bagus boleh kita amalkan. Dan elakkan makanan yang dapat mengurangkan prestasi memori otak seperti kepala ikan, organ dalaman binatang seperti hati, limpa dan seumpamanya. Dan pastikan tubuh kita sihat dengan memakan makanan yang elok-elok kerana Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud “Perut adalah rumah kepada penyakit”. Otak yang sihat pada badan yang sihat.

Lagi

Petua dari dapur

Tinggalkan komen


Tomato
i) Untuk meranumkan tomato yg masih hijau,
masukkan tomato dan pisang ke dlm plastic ziploc dan biarkan selama 2 hari. Tomato anda akan ranum.
ii) Tomato yg terlalu ranum dan sedikit lembik boleh menjadi ranggup. Rendam tomato yg ‘over-ripe’ di dalam air sejuk dicampurkan sedikit garam. Biarkan semalaman di dalam peti sejuk. 
Jagung
Ketika merebus jagung, jgn campurkan airnya dengan garam. Ia akan membuat isi jagung itu keras. Campurkan sedikit gula dan jagung anda akan menjadi lebih enak.
Lagi

Tips Petua Kesihatan

34 Komen


Merawat demam campak.


Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehingga rasa miang berkurangan. (p/s : Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampurkan sedikit air jika terlalu kering).

.

Khasiat kapur sirih


Kapur sirih memang banyak gunanya selain dari untuk membuat kuih-muih, lontong ataupun untuk makan sirih. Disini ditunjukkan beberapa panduan yang baik untuk menggunakan kapur itu.


Kapur baik untuk menyembuhkan bisul, caranya ialah dengan menyapukan sedikit kapur sirih kepada bahagian bisul tadi disekelilingnya, nescaya dalam masa dua hari bisul tadi akan segera mengering.

Untuk menghilangkan kutil atau mata ikan pada tubuh. Caranya ialah dengan menghiris kutil tadi sampai ke akarnya dengan menggunakan pisau bersih, kemudian sapulah dengan kapur sirih tadi. Sapukan beberapa kali hingga kutil tadi hilang terus dan tidak akan tumbuh lagi.


Pulihkan kulit melecur.


Hiris ubi kentang nipis-nipis dan tampal pada bahagian kulit yang melecur. Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas dan kulit baru akan tumbuh seperti sediakala.

Anak-anak kencing malam

.

Baca selanjutnya …….   Tips petua-petua tradisional untuk kesihatan

.
.