Mari kita belajar Bahasa Arab Online

53 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……  Bahasa Arab adalah bahasa terpenting untuk dipelajari kerana ianya adalah Bahasa AlQuran. Ramai yang ingin mempelajarinya tetapi tidak berpeluang kerana faktor masa, keadaan kerja, kefahaman yang kurang dan sebagainya. Maka di sini saya ingin berkongsi beberapa link yang dapat anda terokai sendiri dan mula belajar asas-asas dalam Bahasa Arab.

Bagi yang tiada asas langsung adalah disarankan agar mempunyai tempat rujukan untuk bertanya. Tetapi bagi yang sudah ada asas, topik-topik yang ada pada link-link ini amat mudah bagi anda untuk mengikuti dan memahaminya insyaAllah.

Terlebih dahulu dinasihatkan agar anda membeli sebuah kamus Arab Melayu bagi memudahkan anda faham makna dan menambah perbendaharaan kata. Dan bagi yang tidak mampu membelinya, di bawah disertakan juga link website yang menyediakan servis terjemahan Arab / English. Saya tidak menemui lagi laman yang menyediakan servis Arab / Melayu,  jika ada tolong beritahu di sini juga yer, terima kasih.

Kamus English / Arabic

Asas Bahasa Arab

Lidah Arab

Bagi yang mahu download kitab karangan Ustaz Abu Hamzah Yusuf Al-Atsari sebagai penambah bahan bacaan untuk belajar Bahasa Arab, iaitu kitab  Pengantar mudah Bahasa Arab, sila klik link di bawah

Pengantar mudah Bahasa ArabUstaz Abu Hamzah Yusuf Al-Atsari

Selamat maju jaya, jazaakumullahu khoirol jazaa’.  Wassalaam  🙂

Pembatas kepalsuan dan kebenaran : Bab 9 – akhir

89 Komen


Pembatas kepalsuan dan kebenaran
Pembatas kepalsuan…
Hosted by eSnips

Download e-book penuh

BAB 9

JESUS ALAIHISSALAM DALAM AL-QURAN

INDIVIDU YANG BERKAITAN DENGAN JESUS

Nabi Zakaria Alaihissalam

Beliau adalah seorang Nabi di kalangan Bani Israel. Walaupun telah lanjut usia namun beliau masih belum dikurniakan anak. Namun beliau tetap yakin dengan ALLah Taala kerana beliau telah melihat tanda-tanda kesesatan kaumnya.

Nabi Yahya Alaihissalam

Beliau adalah anak kandung Nabi Zakaria. Tugas utamanya adalah membaptis orang Yahudi di sungai Jordan untuk membersihkan diri mereka dari dosa yang telah dilakukan. Dia juga membaptis Isa Alaihissalam yang berumur lebih kurang sebaya dengannya.

Imran

Beliau adalah pembesar agama Bani Israel. Isteinya mandul dan telah lanjut usia. Ia telah bernazar jika dikurniakan anak lelaki, ia akan diserahkan untuk menjadi khadam rumah suci Baitul Maqdis. Namun dengan takdir ALLah, beliau telah dikurniakan anak perempuan yang kemudian diberi nama Maryam. Maryam kemudian diasuh oleh Nabi Zakaria.

PERISTIWA KELAHIRAN MARYAM

Ada seorang lelaki bernama Imran yang sama nama ayah Nabi Musa ALaihissalam (Kebiasaan orang dahulu suka menamakan anak mereka dengan nama orang-orang yang soleh di kalangan mereka. Imran ini bukanlah Imran ayah Nabi Musa Alaihissalam). Imran ini mempunyai seorang isteri yang soleh. Kemudian isterinya hamil, dan ketika hamil itu ia bernazar dengan penuh harapan jika dikurniakan anak lelaki ia akan diserahkan menjadi penyelenggara Baitul Maqdis. ALLah Taala telah menyatakan hal ini melalui al-Quran dengan ayat bermaksud, “(Ingatlah) ketika perempuan Imran (Hannah) berkata: Ya Tuhanku, aku bernazar (anak) di dalam perutku (jika lelaki) akan ku persembahkan kepada Engkau (untuk menjadi khadam Baitul Maqdis). Oleh itu terimalah ia daripadaku. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (ali-Imran 3:3: 35).

Namun ia dikurniakan anak perempuan. Isteri Imran agak kecewa, sedangkan tekadnya telah bulat untuk menjadikan anaknya khadm Baitul Maqdis. Sangkaannya masakan sama anak perempuan menjadi khadam seperti lelaki. Namun ia tidak mengetahui bahawa anak perempuannya itu yang dinamakan Maryam, akan mengandungkan manusia luar biasa yang dilahirkan tanpa persetubuhan (suami). Namun ia tetap teguh memegang nazar, Maryam dijadikan juga khadam Baitul Maqdis dengan menyerahkan nasibnya kepada ALLah.  ALLah Taala menjelaskan hal ini melalui Al-Quran telah bermaksud, “Dan apabila telah melahirkan ia berkata: Tuhanku, sesungguhnya akau telah melahirkan anak perempuan. Pada hal ALLah lebih mengetahui yang dilahirkan itu bukanlah sama lelaki seperti perempuan. Dan aku namakan ia Maryam, dan aku memperlindungkannya kepada Engkau dari Syaithan terkutuk” (ali-Imran 3: 3: 36).

Lagi

Pembatas kepalsuan dan kebenaran : Bab 6 – 8

Tinggalkan komen


Pembatas kepalsuan dan kebenaran
Pembatas kepalsuan…
Hosted by eSnips

Download e-book penuh

BAB 6

SATU PENILAIAN KRITIS

Pada bab-bab dan perenggan di atas, penulis telah mengemukakan hujah akal dan Bible sendiri untuk membuktikan bahawa kesahihan Bible sebagai firman Tuhan wajar dinilai semula. Pada bab-bab dan perenggan tersebut, penulis masih lagi bernada lembut kerana ia masih diawal pembuktian. Tetapi pada bab ini penulis merasakan sudahlah sampai keperingkat yang memerlukan ketegasan untuk membuat kesimpulan. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah kepercayaan bahawa Bible adalah kitab suci dari Tuhan adalah wajar dinilai semula. Ia berdasarkan dari hujah-hujah berikut dengan berpandukan perkara-perkara yang telah dibahaskan pada bab-bab yang lalu,  iaitu:

Ø Iktiqad ketuhanan Kristian tidak mempunyai dasar yang kukuh walaupun dari Bible sendiri kerana kalimah anak dan bapa tidak menunjukkan makna haqiqi yang konsistant. Terdapat ayat yang menunjukkan makna anak dan bapa secara simbolik bermaksud kasih sayang.

Ø Jesus tidak pernah mendakwa dirinya Tuhan. Bahkan terdapat ayat-ayat yang menunjukkan maksud bahawa Jesus adalah Nabi yang diutuskan Tuhan. Iktiqad ketuhanan Jesus adalah tafsiran ketua-ketua gereja yang tidak berdasarkan dalil dari pengakuan Jesus.

Ø Dosa warisan dan penyaliban yang dikaakan untuk membersihkan dosa warisan, bukanlah ajaran Jesus tetapi ajaran Paulus. Paulus telah membatalkan perintah Taurat yang merupakan sebahagian Bible sedangkan Jesus diutus untuk menjalankan perintah Taurat.

Ø Di dalam Bible, terdapat pertentangan ayat yang begitu ketara dan diluar fitrah seperti perbezaan salasilah, jumlah harta benda, nama-nama keturunan dan lain-lain. Pertentangan ini tidak dapat disatukan sama sekali dengan apa jua tafsiran. Jika ada sekali pun, ia hanya andaian semata-mata tanpa fakta sokongan samada dari segi lughah bahasa Ibrani asli, segi periwatan atau sebab dan tujuan ayat.

Ø Bible mengandungi ayat-ayat yang bercampur aduk diantara Firman Tuhan Bapa, perkataan Tuhan Anak, perkataan Rasul dan perkataan orang yang tidak dikenali. Demikian juga dengan beberapa surah Perjanjian Lama, penulisnya tidak dapat dipastikan.

Ø Jesus hanya diutus kepada bangsa Israel sahaja dan bukan kepada bangsa lain. Penyebaran Kristian kepada bangsa lain adalah perbuatan Paulus. Jika ada dalil yang mengatakan arahan Tuhan untuk menyebarkan Kristian kepada bangsa lain, ia tiada bernilai lagi kerana ajaran kelahiran semula sangat bercanggah dengan ajaran Taurat yang diperakui Jesus untuk dipatuhi. Maka kekristianan orang bukan Israel adalah wajar dipersoalkan.

Ø Terdapat surah yang menceritakan bab moral yang rendah seperti Kidung Agung, kesah perzinaan mertua dan menantu, anak dan ibu dan lain-lain. Surah dan kesah ini hampir mustahil dapat dikategorikan untuk mendidik manusia tetapi menghampiri cerita pornografi. Maka ayat yang menekankan keseluruhan Bible adalah mendidik moral seperti 2 Timotius 3: 16-17 yang telah disebutkan dalam bab 2, sewajarnya dinilai semula atau lebih tegas dibuang dari daftar Bible.

Ø Pengasas agama Kristian sebenarnya bukanlah Jesus tetapi Paulus. Ia mendominasi hala tuju ajaran Kristian dengan fahaman kelahiran semulanya yang menolak hukum Taurat yang diperintahkan Jesus untuk dilaksanakan.

Ø Struktur ayat-ayat Bible sangat nyata perkataan manusia. Sarjana-sarjana Kristian sendiri telah menjelaskannya. Bahkan Bible sekarang bukan Bible yang dibawa oleh Jesus tetapi karangan Matius, Markus, Lukas dan Yohanes. Dakwaan mereka menulis Bible dengan bimbingan Ruh ALLah adalah dipersoalkan kerana mustahil Ruh ALLah memberikan fakta-fakta yang saling bercanggah antara satu dengan yang lain.

Ø Pertentangan dasar agama Kristian adalah atas perkara pokok bukan cabang. Ini menyebabkan berlaku perbalahan serius antara ketua-ketua mazhab demi mempertahankan pendapat mereka, bahkan juga antara Kristian Katholik dan Protestant.. Dasar ketuhanan tanpa dalil yang kukuh menyebabkan penganut bawahan dipaksa mempercayai iktiqad yang tidak dapat dibuktikan oleh fitrah akal.

Lagi

Pembatas kepalsuan dan kebenaran : Bab 3 – 5

Tinggalkan komen


Pembatas kepalsuan dan kebenaran
Pembatas kepalsuan…
Hosted by eSnips

Download e-book penuh

BAB 3

IKTIQAD ASAS AGAMA KRISTIAN

MANUSIA MEWARISI DOSA ADAM (ORIGINAL SIN) DAN PENYALIBAN JESUS ADALAH UNTUK MENEBUS DOSA WARISAN ITU.

Secara rengkas Bible menerangkan bahawa Tuhan telah menjadikan sepasang manusia pertama iaitu Adam dan isterinya Hawa. Mereka berdua adalah merupakan nenek moyang umat manusia. Kemudian Tuhan menjadikan syurga sebagai tempat tinggal keduanya. Adam dan Hawa dibenarkan memakan semua jenis makanan di syurga melainkan buah dari pohon larangan. Namun ular, binatang yang paling pintar telah berjaya memperdayakan Hawa menyebabkan ia memakan buah dari pohon tersebut. Adam juga turut memakannya. Akibat dari pelanggaran arahan Tuhan itu, Tuhan telah menghukum mereka sebagai berdosa dan kemudian diusir ke luar dari syurga dan turun menjadi  penghuni dunia (Kejadian 2: 1-25, 3: 1-24).

Adapun dosa yang ditanggung oleh Adam kemudiannya ditanggung pula oleh seluruh umat manusia kemudiannya bermula dari bayi hinggalah kepada orang tua, “Dosa telah masuk ke dunia melalui satu orang. Akibatnya maut menjangkiti setiap manusia kerana semua orang berdosa” (Roma 5: 12-13). Namun Tuhan seolah-olah menjadi keliru. Ia bersifat kasih maka Ia tidak mahu menghukum Adam dan manusia. Tetapi Ia juga bersifat adil yakni Ia juga mesti menjatuhkan hukuman kepada Adam yang telah melanggar perintahNya. Kemudian atas sifat RahmatNya, ALLah mengirimkan Jesus ke dunia untuk menyelamatkan manusia dari dosa warisan itu, “ALLah mengasihi orang di dunia ini hingga Dia memberikan anakNya yang Tunggal supaya setiap orang yang mempercayainya memperoleh hidup yang sejati dan kekal” (Yohanes 3: 16).  Dan dosa warisan yang ditanggung oleh manusia itu dihapuskan dengan kematian Jesus (di kayu salib), “Tetapi ALLah telah menunjukkan betapa besar kasihNya kepada kepada kita, kerana Kristus mati ketika kita masih berdosa, malalui kematian Kristus kita berbaik semula dengan ALLah…” (Roma 5: 8-9), “Oleh itu sebagaimana umat manusia dihukum kerana dosa satu orang, dengan cara yang sama semua orang dibebaskan dari kesalahan dengan diberikan hidup, kerana perbuatan satu orang yang melakukan kehendak ALLah” (Roma 5: 18), “Untuk menyelamatkan kita dari zaman yang jahat ini, Kristus telah menyerahkan dirinya sebagai korban bagi dosa-dosa kita… (Galatia 1: 4). Oleh itu Jesus merupakan puncak kasih sayang Tuhan kepada manusia, iaitu dengan mengorbankan AnakNya demi mensucikan manusia. Kemudian Jesus bangkit semula untuk mengajarkan satu cara hidup baru. Dengan erti yang lain jika tiada penyaliban manusia akan terus berada di dalam kehinaan dosa.

Jika kita merenung dengan mendalam, kesimpulan yang dapat dibuat ialah Adam telah dijatuhkan ALLah ke dalam membuat dosa supaya seluruh manusia mendapat dosa warisan secara automatik. Dengan ini barulah ALLah dapat mengirimkan AnakNya yang tunggal (mengikut pendapat rakan penganut mazhab Anglican dan Seven-day, ALLah sendiri turun ke dunia dalam rupa anak manusia keseluruhannya) ke dunia  untuk menebus dosa warisan itu. Maka jika Adam tidak dijatuhkan ALLah kedalam dosa, maka ALLah tiada alasan untuk mengirimkan AnakNya ke dunia (atau Dia sendiri turun megikut pendapat penganut Anglican itu) kerana tiada dosa warisan dan agama Kristian tidak akan ujud di dunia.

Penilaian semula dosa warisan

Dosa  warisan bukan ajaran Jesus

Jika diteliti dengan sempurna tidak terdapat perkataan yang tegas dari Jesus bahawa manusia mewaris dosa Adam. Jesus mengajar bahawa setiap manusia hanya bertanggung jawab ke atas perbuatan mereka masing-masing. Dalil-dalil dari Bible telah yang menyatakan hal ini diantaranya ialah, “Ibu bapa tidak boleh dihukum mati kerana jenyah yang dilakukan oleh anak mereka, dan anak juga tidak boleh dihukum mati kerana jenayah yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Tiap-tiap orang hanya boleh dihukum mati kerana jenayah yang dilakukannya sendiri” (Ulangan 24: 16). Dan lagi, “Orang jahat dijerat oleh kata-katanya sendiri tetapi orang baik menyelamatkan diri dari kesukaran. Balasan seseorang bergantung kepada perkataan dan perbuatannya sendiri, dia akan mendapat balasan yang setimpal” (Amsal 12: 13-14). Dan lagi,, “Tetapi sesiapa yang makan buah anggur yang masam, dia sendirilah yang akan merasa ngilu (masamnya). Setiap orang akan mati kerana dosanya sendiri” (Yeremia 31: 30). Dan lagi, “…seorang anak tidak usah menganggung akibat dari dosa bapanya. Demikian juga seorang bapa tidak usah menanggung dosa dari anaknya. Seorang yang baik akan menerima ganjaran dari kebaikannya dan seorang yang jahat akan menanggung akibat dari kejahatannya” (Yehezkiel 18: 20). Dan lagi, “Anak manusia sudah hampir tiba bersama para MalaikatNya dan kemuliaan BapaNya. Pada masa itu Dia (Jesus datang) untuk membalas tiap-tiap orang mengikut perbuatan mereka sendiri” ( Matius 16: 27). Dan lagi, “Kamu degil dan keras kepala. Oleh itu kamu sendiri yang menjadikan hukuman kamu semakin berat pada hari Kiamat apabila ALLah menyatakan kemurkaanNya dan menjatuhkan hukuman yang adil. Hal yang demikian itu adalah kerana ALLah akan membalas setiap orang setimpal dengan perbuatannya sendiri” (Roma 2: 5-6).

Adalah jelas sekali bahawa dosa warisan disanggah oleh Bible. Adam telah berdosa kerana melanggar tegahan ALLah dari memakan buah dari pokok pengetahuan. Kerana itu Adam dan Hawa dihukum dengan diusir keluar dari syurga turun ke dunia. Mereka dikenakan azab dengan berkerja keras untuk hidup berbanding dengan kesenangan di dalam syurga, “…engkau mesti berkerja keras agar tanah ini agar tanah ini menghasilkan makanan yang cukup. Tanah akan menghasilkan semak dan duri, tumbuhan liar akan menjadi makananmu. Engkau akan berkerja keras sampai berpeluh untuk membuat tanah ini menghasilkan sesuatu…(Adam dan Hawa terpaksa membanting tulang berkerja berbanding tidak perlu bersusah payah di dalam syurga)” (Kejadian 3: 17-19). Jelas sekali Adam yang berdosa maka ia juga yang menerima hukuman. Inilah keadilan Tuhan.

Lagi

Pembatas kepalsuan dan kebenaran : Bab 1 – 2

31 Komen


Assalamu’alaikum w.b.t….  Berikut ini adalah satu artikel yang telah ditulis oleh saudara Shahil bin Talib berkenaan dengan perbandingan antara Islam dan Kristian. Satu pengkajian yang akan menghuraikan mana yang benar dan mana yang bathil, bukan bertujuan untuk menghina mana-mana pihak, tetapi atas dasar untuk kita semua kembali kepada kebenaran dan demi kebahagiaan kita di dunia dan akhirat. Atas permintaan beliau maka saya edarkan di sini tulisannya dan saya akan membahagikannya kepada beberapa bahagian kerana artikel itu terlalu panjang. Bagi yang mahu download secara penuh, boleh lah ke ruangan download e-kitab atau klik link di bawah.  Sekian dimaklumkan, jazaakumullahu khoirol jazaa’  🙂

Pembatas kepalsuan dan kebenaran
Pembatas kepalsuan…
Hosted by eSnips

Download e-book penuh

Oleh : Shahil Talib

KATA PENGANTAR

Buat para pembaca yang budiman,

Sesungguhnya manuskrip tidaklah tertulis melainkan bertujuan untuk mengajak para pembaca kembali menyemak dan merungkai kepercayaan yang dimiliki dari zaman berzaman, dari sebarang kesesatan dan keraguan. Sesungguhnya kepercayaan yang benar adalah kepercayaan apabila diucapkan dapat dibuktikan bertepatan dengan kenyataan dan bersesuaian dengan penerimaan akal secara fitrah, dan jika ia satu peristiwa ia mungkin berlaku pada hukum fitrah akal akan terjadi. Kepercayaan yang tidak bersesuaian dengan fitrah dan tiada jalan bagi akal untuk membenarkannya, bukanlah suatu kebenaran melainkan angan-angan semata-mata. Orang yang membenarkan sesuatu kepercayaan yang palsu adalah umpama orang yang buta berjalan dimalam yang gelap. Ia meraba-raba dan tidak sedar ia berjalan di tepi jurang yang sangat bahaya.

Kajian manuskrip ini tertumpu kepada dua agama iaitu Kristian dan Islam. Tetapi tidak sekali-kali bertujuan untuk merendah-rendahkan agama Kristian, menyinggung atau menghina penganutnya tetapi hanya semata-mata sebagai wadah pembuka minda logika kearah mencari kebenaran. Ia akan menerangkan beberapa kesamaran dan ketidak pastian yang telah dipegang berakar umbi dari zaman-berzaman, di kalangan saudara kita penganut agama Kristian. Ia bukan bertujuan untuk menjadikan satu provokasi agama, tetapi ia adalah satu tafsiran Bible menggunakan method logika. Dan bagi pembaca beragama Kristian pula diharap berlapang dada dengan kritikan-kritikan yang dilakukan terhadap Bible dan ajaran Kristian. Orang yang berlapang dada adalah tanda orang yang berjiwa besar.

Penulis telah meminta pendapat rakan karib penulis yang alim dan mahir dalam ilmu keislaman tentang niat penulis, iaitu ustaz Ismail bin Yusuf. Beliau menyarankan penulis berkecimpung secara serius dalam kajian perbandingan Islam Keristian ini sebagai satu daripada metodologi dakwah.

Lagi

Older Entries