9/11 and What the future holds for Muslims – by Syeikh Imran Hosein

9 Komen


Salaamun alaikum w.b.t……. Ramai lagi yang ingat TEORI KONSPIRASI ini hanya dibicarakan oleh orang-orang awam dan BUKANNYA para ulamak Islam. Itu lah akibatnya kalau malas mengkaji dan menggunakan akal fikiran serta tidak mengambil berat permasalahan umat Islam sedunia sekarang ini. Jika kita hanya fikir hal perut masing-masing dan nak berseronok dalam dunia ini sahaja maka big problem lah to ummah. Di bawah ini ada beberapa video yang sudah lama di Youtube tetapi mungkin masih ramai lagi yang belum menontonnya. Tetapi bersedialah dengan kamus English – Malay jika saudara tidak faham English 🙂

Perhati elok-elok tentang Syeikh Imran Hosein ini memperkatakan tentang Teori Konspirasi. Jangan jadi seperti segelintir Melayu yang merasakan kononnya sudah MAJU dan MEMBANGUN, mengutuk-ngutuk dan mempersendakan orang lain yang memperkatakan tentang KEJAHATAN kerajaan AS dan sekutu-sekutunya, tetapi sebenarnya mereka yang masih TERTIPU dengan agenda British dan sekutunya serta duduk bawah tempurung di dalam gua yang gelap pekat. Apa kehebatan yang mereka buat yang akibatkan mereka berbangga-bangga sangat dengan kemajuan tu? Puji sangat barat! Selama-lamanya lah kita akan jadi END USER kepada barangan British dan sekutunya itu jika kita semua tidak berusaha untuk membantu mereka-mereka yang mahu menegakkan HUKUM ISLAM dan HUKUM HUDUD di muka bumi ini , iaitu dengan menegakkan DAULAH KHILAFAH!

9/11 and What the future holds for Muslims – by Syeikh Imran Hosein

Lagi

Advertisements

Ada tulisan-tulisan yang menyalahkan penulis Teori Konspirasi yang bercakap soal Illuminati

58 Komen


Salaamun alaikum w.b.t……. Hhmmmmmmm, ada juga tulisan-tulisan dari orang Islam dalam beberapa blog yang membantah penulisan-penulisan berkenaan Illuminati oleh penulis-penulis Teori Konspirasi. Dengan alasan, penulis-penulis Teori Konspirasi mengambil sumber dari bukan Islam dan menyebabkan boleh rosak Aqidah (berat tuduhan ni), kemudian mudah membuat tuduhan apabila melihat logo-logo, membuatkan orang ramai paranoid dan sebagainya.

Terlebih dahulu dengar ini wahai orang-orang kampung! Dunia ini penuh dengan KONSPIRASI JAHAT. “Mereka membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.” Surah Aali Imran : Ayat 54

€œ”Allah tidak menurunkan ke muka bumi, sejak penciptaan Adam as hingga hari Kiamat, fitnah yang lebih besar dari fitnah Dajjal.”€ (Hadith Riwayat Thabrani , 1672)

KONSPIRASI maknanya agar jelas ialah PAKATAN. Di mana-mana pun dalam dunia ini ada PAKATAN JAHAT / ORANG-ORANG YANG BERPAKAT membuat kejahatan. Jangan faham TEORI KONSPIRASI itu secara luaran dan betul-bendul seperti yang digembur-gemburkan itu sahaja. Maknanya LUAS tu.

Yang menjadi masalahnya , ada golongan ta’asub yang bercakap tentang TEORI KONSPIRASI tanpa BUKTI yang kukuh. Akibat nila setitik, rosak susu sebelanga.

Adakah jika seorang Islam itu MINUM ARAK, maka semua orang ISLAM mesti dituduh? Perkara mudah je ni untuk difaham, tetapi tetap jugak tidak faham-faham, ih ih ih ih ih.

Lagi

Video-video tentang TEORI KONSPIRASI oleh Jesse Ventura

7 Komen


Salaamun alaikum w.b.t……. Berikut adalah beberapa koleksi video Jesse Ventura dan team dia mengkaji tentang TEORI KONSPIRASI. Jesse Ventura tu dulu pernah bekerja sebagai komando laut AS iaitu Navy Seal. Kemudian jd ahli gusti WWE. Pernah juga berlakon bersama Arnold Schwarzenegger dalam filem Predator. Dan kemudian jd gabenor Minnesota.

Skrg duk aktif dengan team dia kaji dan dokumentasikan tentang TEORI KONSPIRASI. Abaikan kontroversi2 dan kenakalan dia dulu, dan tumpukan sahaja kepada fakta-fakta dan bukti-bukti kukuh yang dia bawa dalam video2 nya ini. Dan saksikan lah pihak2 yang menyebelahi kerajaan AS di soal siasat di mana air muka mereka seperti ketakutan dan goyah menjawab soalan, seperti mahu lari dari menjawab dan asyik “no comment” dan sewaktu dengannya sahaja. Secara psikologinya, di situ pun nampak jelas tentang ada suatu yang disembunyikan , tidak telus dan jawapan diberikan dengan keadaan terumbang-ambing.

Maaf lah, saya amat sibuk sekarang ini, tulisan pun berterabur. Saksikan sahaja lah video2 di bawah, dan banyak lagi koleksi video Jesse Ventura dan team dia ni di Youtube. Sementara belum di BAN oleh pihak atasan Youtube, baik tengok awal2 🙂

Conspiracy Theory Jesse Ventura – Secret Societies 1 of 7

Haiti Earthquke – HAARP – Jesse Ventura- Truth Exposed
Lagi

Kaitan antara Hitler, NAZI, ZIONIST dan Illuminati

10 Komen


Salaamun alaikum w.b.t……. Ada yang mengatakan bahawa Hitler itu bagus dan ada sudut tentang dirinya yang amat jarang kita dengar. Maka banyak juga hujjah dan dalil diberikan termasuklah seperti Hitler tidak minum arak, dia pernah bertemu ulamak-ulamak Islam, tentera-tenteranya ada yang Islam, pernah bersumpah dengan nama TUHAN Yang Maha Besar, ada pengaruh AlQuran dalam ucapan Hitler dan macam-macam lagi.

Maka di sini saya ingin menunjukkan sudut yang satu lagi tentang dirinya yang mungkin belum diketahui umum.

Tentang gambar-gambar pertemuan Hitler dengan ulamak Islam, itu adalah lumrah seorang pemimpin negara bertemu dengan pelbagai jenis orang. Ketahuilah bahawa Hitler bukan sahaja pernah berurusan dengan ulamak ISLAM dulu, tetapi juga pemimpin-pemimpin gereja dan sebagainya …….

Lagi

Duit elektronik , duit rahsia yang digunakan oleh Illuminati untuk kepentingan mereka

72 Komen


Salaamun alaikum w.b.t……. Berikut ini adalah antara petikan perbincangan saya sebelum ini di suatu tempat lain, bukan di blog ini.

Contoh duit BANK yang wajib mesti ada dalam akaun tu , kalau tak akaun akan diclose, biasanya sekurang2nya mesti ada rm10 kan? Maka nampak di situ senang2 BANK dah dapat duit free. rm10 hanya sedikit kalau nak kira. Tapi kalau sejuta orang buka akaun kat BANK tu, dah jadi berapa dah tu?

Duit tu pn dah terlalu memberikan keuntungan pada BANK. Nama dah sistem yang direka oleh Freemason, kerja cekik darah orang 🙂

Kita benar2 sudah dijauhkan dari kehidupan natural yang sebenar. Kita skrg banyak bergantung kepada mesin, hanya pandai membeli makanan tetapi tidak pandai menanam untuk menghasilkan makanan seperti zaman dahulu.

Dengan itu kita semakin terikat dengan SISTEM yang dicipta oleh Illuminati ini. Apa lagi sekarang ini duit pun dijadikan dalam bentuk elektronik, seperti kad kredit, kad debit, bank, paypal dsbnya. Yakin kah kita akan dapat semua duit kita dalam bank nanti? Simpanan kita itu kita hanya dapat lihat nombornya dalam buku akaun atau akaun di internet dan ATM.

Lagi

Logo-logo korporat Illuminati

20 Komen


Logo-logo di atas adalah di antara logo-logo korporat / syarikat-syarikat milik Illuminati. Kali ini mari kita telusuri tentang makna di sebalik setiap logo-logo tersebut. Terkandung dalam logo-logo korporat itu adalah simbol yang mewakili aspek-aspek ritual Masonik.





Kompas dan sesiku / The Compass and Square – Mungkin adalah simbol yang paling dikenali dan membingungkan dari semua simbol Freemasonry. Tiga Cahaya Besar (Three Great Lights) dalam Masonry adalah Kitab Bible, Sesiku, dan Kompas.

Kaitan simbol Coat of Vatican dengan simbol-simbol Illuminati lain

17 Komen


Perhatikan kesamaan konsep yang ada dalam simbol / logo Coat of Vatican dengan simbol-simbol Illuminati yang lain, iaitu adanya persilangan yang membentuk palang dan beberapa simbol lain yang mempunyai makna yang tersendiri. Sebagai renungan bersama bahawa Vatican City sememangnya banyak dipengaruhi oleh Illuminati.
Coat of Vatican
.
Logo Skull and Bones

“Tanda yang Constantine (Konstantin) maksudkan itu bukan sebuah salib Kristian, tetapi semacam ‘X’ … Dalam sihir moden, itu adalah tanda pembunuhan dan kebangkitan dewa Mesir, Osiris (versi lain ‘pembunuhan dan kebangkitan’ Hiram Abif). Sekali lagi, Masonry telah menurunkan martabat Yesus dan diganti dengan ‘christ’ / ‘kristus’ mereka sendiri. ” (Dr. Cathy Burns, “Masonic and Occult Symbols Illustrated”, P. 350)

“X” dalam Freemason moden bermakna ANTIKRISTUS

Older Entries