Salaam alaikum w.b.t… Tahukah anda bahawa HUkum Islam / Hudud telah pun dijalankan di Tanah Melayu ini sebelum kedatangan penjajah dahulu? Saya pasti masih ramai yang tak tahu dan tak percaya. Tetapi ketahuilah bahawa inilah kebenaran dan sejarah berdasarkan fakta-fakta yang ada dan logik akal.
Menurut Prof Syed Muhammad Naquib, Islam mula diterima di Melaka pada tahun 812 hijrah (1409 Masihi). Ini menjadikan Melaka sebagai kesultanan Melayu Islam pertama di tanah air ini. Parameswara telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Iskandar Syah. Baginda diIslam kan oleh seorang pendakwah dari Jeddah yang bernama Sayyid Abd Aziz.
Ketahuilah bahawa, Kesultanan Melayu Melaka ini telah menjadikan Undang-Undang Islam sebagai undang-undang negara. Dan usaha untuk mengkanunkan undang-undang ini telah dimulakan sejak pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Hukum kanun Melaka ini meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. HUkuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir.
Hukum Kanun Melaka telah memperuntukkan hukum Qisas dalam fasal 5:1,3 , 8:2,3, 18:4, dan 3. Antaranya ialah berkenaan dengan pembunuhan dengan sengaja yang dilakukan oleh orang Islam ke atas orang kafir, orang merdeka ke atas hamba dan bapa ke atas anaknya. HUkum kanun Melaka tidak mengenakan qisas bagi kesalahan-kesalahan tersebut.
Hukum Kanun Melaka memasukkan kesalahan melakukan hubungan sesama jenis (liwat) dan hubungan kelamin dengan binatang seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 43:5. Dalam Fasal 42 pula, memperuntukkan 40 kali sebat ke atas orang merdeka dan 20 kali sebat ke atas hamba yang melakukan kesalahan meminum arak. Dalam Fasal yang sama itu juga ada diperuntukkan hukuman bagi kesalahan berjudi iaitu dirampas semua barang perjudiannya.
Antara contoh lain iaitu hudud dalam Hukum Kanun Melaka yang meliputi kesalahan zina, qazaf, merompak, mencuri, murtad, dan meninggalkan sembahyang. Ini adalah sedikit dari contoh-contoh hukum hudud yang telah dijalankan di zaman dahulu yang pada masa ini telah digeruni bukan sahaja oleh bukan Islam, tetapi orang Islam sendiri yang takut kepada HUKUM yang dapat menjamin kesejahteraan sejagat ini. Kita telah ditakut-takutkan oleh musuh Islam kepada hukum yang dicipta oleh pencipta segala sesuatu ini. Allah menciptanya dan sudah tentulah ia adalah BEST OF THE BEST law.
Malangnya umat Islam sekarang ini bukan sahaja takut dengan hukum agama sendiri, malah ada juga yang merendah-rendah dan memperli HUKUM ALLAH, astaghfirullah. Ketahuilah Hukum Islam ini adalah wajib sepertimana solat, zakat dan sebagainya kerana ia terkandung dalam ayat berbentuk perintah dalam Al Quran. Contohnya seperti ayat 2 Surah An Nur ini yang bererti, “Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.”
Antara hikmah ALlah perintahkan supaya kedua-duanya didera di hadapan orang ramai agar menjadi pengajaran kepada orang lain. Orang akan takut untuk melakukan dosa tersebut dan ibu bapa akan aman dari anak-anak mereka terjebak dalam gejala zina ini. Jika kita ikut undang-undang yang dikenakan kepada penzina sekarang, hukuman dilakukan secara rahsia dalam bilik mahkamah, tidak dilakukan di hadapan orang ramai. Dan yang sedih lagi orang-orang yang punyai banyak wang boleh terlepas begitu sahaja dengan hanya membayar denda. Pasti lain kali dia tidak takut untuk melakukannya lagi. Ini semakin membuatkan orang tidak takut untuk melakukannya dan siapa yang tidak aman?? Ibu bapa2 juga lah yang tidak aman, tak ke menyusahkan ke tu? Isy7 fikir-fikirlah wahai saudara-saudaraku.
Sepertimana hukuman gantung yang diamalkan sekarang kepada pesalah-pesalah tertentu. Hukuman gantung itu seksa wahai tuan-tuan dan puan-puan, nampak sahaja tak kejam. Sedangkan dalam Islam, hukuman bunuh sepatutnya dijalankan hukum pancung. Nampak je kejam, tetapi sebenarnya itulah hukuman paling lembut. Sekali cantas habis, apabila urat murih putus maka hubungan urat dengan otak sudah tiada. Maknanya si mati itu tidak akan mengalami seksa langsung untuk mati. Tak ke lembut tu wahai saudara-saudaraku? Sedangkan hukuman gantung itu dijalankan sampai pesalah itu mati. Maknanya, selagi pesalah itu tidak mati selagi itu lah dia terkapai-kapai tersiksa di atas tali gantung, isy7.
Dan antara Hukum Islam yang paling ditakuti ialah mencuri kena kerat tangan. Kita telah ditakut-takutkan dan media barat telah menggambarkan betapa buruknya hukuman kerat tangan ini. Sampai ada yang menyatakan nanti kita akan makan sup tangan la dan macam-macam lagi, isy7. Betapa tidak fahamnya orang yang berfahaman sebegitu. Kita perlu tahu, kalau setakat mencuri roti kerana lapar, kalau setakat mencuri seringgit dua ringgit, tidak akan dikenakan kerat tangannya! Islam ada hukum ta’zir, iaitu hukuman yang diringankan oleh pemerintah dengan sebab-sebab tertentu untuk meringankan hukuman tersebut.
Hukum Islam tidak zalim seperti yang disangkakan , tetapi musuh-musuh Islam yang benci kepada agama yang suci ini telah mempropagandakannya dan melabelkan Hukum Islam sebagai Hukum yang keji, astaghfirullah. Maka kita tengok lah sekarang berleluasa lah rompakan di sana sini, mencuri di sana sini, orang pecah rumah, tahan kereta, ragut dan sebagainyaa, aman kah keadaan sebegini rupa wahai saudara-saudaraku?? Fikir-fikirkanlah bahawa Undang-undang Islam adalah untuk PEACE iaitu keamanan, bukannya untuk menimbulkan kacau bilau. Yakinlah dengan ciptaan Yang Maha Esa itu wahai saudara-saudaraku!!!
Kenapa anda takut sangat dengan Hukum kerat tangan? Anda ada niat nak mencuri ke? Ada niat nak merompak ke? Hehe Ntah kenapa orang Islam kita terlalu takut dengan hukuman kerat tangan, sedangkan ianya akan dijatuhkan kepada pesalah yang kronik sahaja. Pesalah yang sudah diberi peluang bertaubat oleh Qadhi, tetapi melakukannya lagi. Pesalah yang boleh membahayakan nyawa ramai orang awam. Perlu dibiarkan ke pesalah-pesalah begini? Adakah anda lebih sayangkan mereka dari sayangkan saudara, jiran dan rakan anda? Fikir-fikirkanlah wahai kaumku. Lagi pun dengan hukuman kerat tangan sebelah itu, itulah cara terbaik untuk menginsafkan manusia yang sememangnya berhati keras dan jahat. Ada hikmahnya yang tersendiri, ALlah dah tahu belaka cuma kita sahaja yang malas berfikir dan suka mengikut nafsu dan kepuasan kita semata-mata.
Maka tidak adakah di hati kita perasaan ingin melihat semula Hukum Allah tersebar di muka bumi? Berbalik semula kepada sejarah Hukum Islam di negara kita. Hukum Islam mula terpinggir dan dikategorikan hanya di mahkamah syariah sejak kedatangan penjajah British. Habis semua undang-undang lama dirombak dan diganti dengan undang-undang ciptaan Lord Reid. Bermakna kita semua sekarang ini berada dalam satu sistem cara hidup yang diatur oleh Lord Reid itu. Dan ada yang bermati-matian mempertahankan undang-undang tersebut dan takut untuk menjalankan Hukum Islam dengan pelbagai alasan. Antara alasan yang kerap didengar ialah kerana kita sekarang hidup dalam berbilang kaum dan agama. Sebenarnya alasan itu tidak relevan sama sekali. Kerana Undang-undang Islam hanya wajib diikuti oleh orang-orang Islam, sedangkan orang bukan Islam akan diberi pilihan berkenaannya dan ada pengecualian dalam hal-hal tertentu. Dan ianya boleh dirunding sebenarnya, tetapi usaha ke arah itu tiada kerana pihak yang berwajib kurang keyakinan dan alangkah sedihnya keadaan ini terjadi.
Sudah lupakah kita dengan tertegaknya HUkum Islam di tanah air kita dahulu kala membuatkan negara kita banyak hasil bumi? Membuatkan kemakmuran masih dirasai hingga sekarang? Membuatkan negara-negara penjajah yang kurang hasil bumi itu datang ke sini untuk menjajah dan merampas hasil bumi orang? Lupakah kita semua pada keberkatan HUkum Islam yang telah memakmurkan kita sekarang? Tepuk dada tanya iman kita …….
Cukup sekadar ini dahulu buat kali ini dan saya akhiri dengan sepotong hadith. Waallahu a’lam , wassalaaam 🙂
Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; “Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah:
Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha’un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.
Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.
Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “.
H.R Ibnu Majah
.
.
Kedudukan Undang-undang Islam sebelum kedatangan penjajah
.
.
Sila baca juga artikel yang sangat menarik di link di bawah
Pemimpin gereja pun mahukan undang-undang Islam kita?
Sila baca juga:
Mac 01, 2008 @ 00:29:39
hrm, terfikir juga si penagih tegar itu pon patut dikenakan hukum potong tangan,
bila dah xde tangan mereka da xbole mencurik, apatah lg mencucuk tubuh mereka dgn jarum suntikan itu…
Jun 16, 2009 @ 11:07:09
Sesuka hati korang aje nak potong tangan orang. Cari jalan senang nak menyelesaikan masalah. curi -potong tangan, zina -rejam… lepas tu kata inilah hukum hudud Allah taala punya. Tapi tak pernah pulak Allah taala datang bagitau suruh potong tangan ke, rejam ke, korang sendiri buat undang-undang kata Allah taala punya hukum, Inilah jalan Islam. …Masuk Islam tak pernahpun.
Mac 11, 2010 @ 06:12:39
bodohnya kamu…kamu bercakap menggunakan apa?? kepala lutut?????
mmg hukum hudud tu ada didlm al quran…jgn memperleceh hukum Allah….
Jun 07, 2011 @ 10:52:29
bodoh… yg kamu pertikaikan tu perintah Allah swt… bukan arahan manusia… sewel…
Sep 20, 2011 @ 15:29:59
potong tangan, rejam, sebat, semua itu dari Allah..
Apr 26, 2012 @ 21:12:19
Saya rasa saudara patut kaji al-quran,sebelum nabi muhammad lahir pun dah ada hukum ini..org yang ragu dengan hukum allah ini walaupun 5% maka hukumnya terkeluar dari akidah islam.Ini kalam dan aturan undang2nya utk manusia di dunia,salam sesama islam.
Ku rindukan hukum Allah tertegak di muka bumi kembali « Blog Hikmah
Mei 10, 2008 @ 16:02:54
Ogo 10, 2008 @ 13:26:02
jika ada kelapangan, bolehlah send email2 tazkirah sbg wadah bg sy untuk sntiasa bermuhasabah….
Ogo 10, 2008 @ 19:33:52
Salaam ya akhi Aminuddin. Jika saudara mahu email2 tazkirah sampai sebegitu, saya cadangkan anda sertai group nih
http://groups.yahoo.com/group/dunia_islam/
Jazaakallahu khoirol jazaa’ 🙂
Jul 03, 2009 @ 23:05:21
Radzhi, jangan perlekehkan hukum Allah, anda masih kureng dalam bab ni
Jan 18, 2010 @ 10:49:38
Ada yang bilang bahwa masuknya Islam ke tanah Melayu sebenarnya bersamaan dengan zaman nabi Muhammad masih hidup. Karena saat itu Malaka adalah jalur perdagangan strategis dan cukup ramai.
Jul 04, 2010 @ 22:51:29
ada satu soalan yg sya nk tnya …
kenapa tunku abdul rhman laungkan kemerdekaan sebanyak 7 kali…
Jun 18, 2011 @ 03:03:56
Nama je radzi tu, munkin radzi tu bukan orang islam,kalau orang islam pun atas nama sahaja,radzi kalau nak balik kepangkal jalan, bertaubat dgn Allahh s.w.t sebelum terlambat.
Okt 05, 2011 @ 01:43:18
Hmm…Hukum Allah sememangnya perfect..tapi kita kene tengok perlaksaan macam mana yang ditentukan oleh Allah untk kita laksanakan dengan adil di duna ini….
Contohnya macam Zina dan Rogol..dua definisi berbeza dalam dua situasi berbeza…tidak boleh lah mangsa rogol dikehendaki untuk mengadakan empat orang saksi…untuk membuktikan dirinya dirogol…contohnya dengan kehadiran teknologi dan rakaman dan juga teknik penyiasatan..
Hudud boleh dilaksana dengan asimilasi dengan teknologi kini…pembuktian kene betul barulah adil.,hukuman ikut apa yang Allah suruh…barulah kita ikut suruhan Allah…
Bukan hukum hudud yang diinterpretasi sesetengah pihak (kebanyakkannya ahli politik)…yang peliknya, yang kata alim pun tak faham hukuman dan hukum sebenar dari apa yang Allah telah turunkan…
Jangan kita melulu dalam perksanaan hukum..nanti jika berlaku ketidakadilan, kita menjawab di akhirat pula…
Apr 26, 2012 @ 21:20:09
salam,kita belum pun laksanakan lagi hukum allah ini,tp mcm2 alasan yg dibagi oleh kerajaan,INI BERDASARKAN FIRMAN ALLAH,KITABNYA,RASUL2NYA,HADIS2 NABINYA….kenapa kita gagal nak jadikan negara kita ini bumi suci dari undang2 syaitan,sebenarnya kerajaan kita ini telalu byk membuat dosa sehingga yg benar ditelan yg batil.Lihatlah sekeliling kita..apa yg berlaku..kilang arak,ladang babi,kasino,judi,,org kafir tak hormat kita sebagai org islam….
Apr 03, 2012 @ 08:05:56
Salam,
Terima kasih sdr Ahmad Nizam. Satu artikel yg baik.
1. Melaka bukan negeri Islam yg pertama di kalangan negeri-negeri Melayu.
2. Kerajaan Merong Mahawangsa, Kedah sudah Islam seawal 800 masih, dan ianya ikuti oleh Perak, Perlis, Satun, Ligor, Weng, Patani, Kelantan, Trengganu dan Johor (Johor Lama).
3. Melaka di Islamkan selepas negeri-negeri Melayu di atas ini di Islamkan.
4. Melaka kemudiannya mengIslamkan Negeri Sembilan, Selangor dan sebahagian dpd Sumatra.
5. Hudud dijalankan di Melaka dan juga dinegeri-negeri Melayu yg lain – sudah Islamlah nampaknya.
6. Namun negeri-negeri Melayu sentiasa saja berperang sama sendiri sejak dpd dahulu lagi sehinggalah kpd zaman kedatangan dan penjajahan British.
7. Berperang sesama Islam, hukumnya adalah kafir.
8. Wujud unsur-unsur Islam tetapi dalam pada itu, mereka juga adalah kafir.
9. Bagai mana dgn keadaan kita pada hari ini – masih wujud golongan umat Islam kita sendiri yg tak nak Hudud padahal Hudud dan Negara Islam adalah kedua-duanya Aqidah.
10. Menjalankan Hudud dan menegakkan Negara Islam kedua-duanya adalah perintah Allah dan hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam.
11. Orang-orang yang tidak berjuang untuk menegakkan Negara Islam dan untuk menjalankan hudud adalah orang-orang kafir.
12. Orang-orang yang tidak berniat untuk menegakkan Negara Islam dan untuk menjalankan hukum Hudud adalah orang-orang yang terbatal Aqidah mereka dan terkeluar dpd agama Islam;
13. Orang-orang yang tidak setuju terhadap hukum Hudud dan Negara Islam adalah orang-orang kafir.
14. Orang-orang yang mengatakan bahawa Negara Islam dan Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana kita ini adalah masyarakat berbagai kaum dan agama adalah orang-orang kafir.
15. Orang-orang yang mengatakan bahawa hukum Hudud sudah tidak sesuai bagi negar Malaysia kita ini adalah orang-orang kafir.
16. Hudud dan Negara Islam boleh diwujudkan melalui paksaan dan kekerasaan serta dgn Jihad, Perang dan Revolusi.
17. Kita tidak perlu untuk mendapat persetujuan dpd orang-orang kafir untuk menegakkan negara Islam dan manjalankan hukum Hudud.
18. Orang-orang yang keberatan untuk menjalankan hukum Hudud kerana mereka memberi pertimbangan kpd perasaan dan hati nurani orang-orang kafir adalah orang-orang kafir.
19. Bila umat Islam adalah golongan minoriti manakala orang-orang kafir adalah majoriti, kita boleh menegakkan negara Islam dan mernjalankan hukum Hudud melalui Jihad, Perang dan Revolusi.
Sekian, terima kasih.
Wan Solehah Al-Halbani
Lubok Terua, Temerloh, PAHANG DM
Apr 25, 2012 @ 15:35:20
kepada semua diatas…kepada yg tidak tahu…kepada yg tidak arif..
sila belajar dengan mendalam tentang hukum hudud…zaman nabi muhammad dahulu,hudud tetap berjalan walau banyak puak yg menentang…
puak2 zaman nabi lagi ramai…yahudi sahaja ada 12 puak…dan tiap2 puak macam2 ragam…belum lagi yg munafikin….lagi ramai…
jd malaysia lansung xmasuk akal,kalau hanya melayu,cina dan india sahaja yang ada dimelaya.tp xleh nk jalan hudud…alasan sbb berbilang kaum….mmg sebenarnya,pemimpin kita ni yg xnak hudud..sbb banyak sangat benda haram depa dok buat..jd kalo jalan hudud..depa yang kena..betui x ?
macam yang bukan islam..hang buat pa nk sibuk2,hudud bukan kena kat hang pon..yg hang dok kecoh2 apa hal? macam hang pulak yg kena?
ish3…propaganda betoi…
Apr 26, 2012 @ 21:08:18
hukum allah terang lagi nyata..kenapa..tak mahu dilaksanakan..apalah nak jadi dgn pemerintah sekarang?patutlah jenayah meningkat.
Mei 24, 2012 @ 22:31:36
assalammualaikum,terimakasih saudaraku seakidah,sesungguhnya alqur an itu turun maha sempurna baik ajaran dan aturan”nya cuma sangat kita sayangkan terkadang kita sebagai manusia tak luput dari khilaf dan dosa,terkadang ingin mengenyampingkan suatu hal yang kita anggap dapat merugikan diri kita sendiri sementara tanpa kita sadar kita telah membuat kerusakan ajaran ALLAH swt,namun mungkinkah suatu ajaran agama dimenangkan oleh suatu aturan negara?tanpa pertolongan dari ALLAH swt?jika teringat pada masa nabi Muhammad SAW berhijrah atas wahyu ALLAH pada jibril pada jamannya sebagai manusia yang masih percaya pada ajaran agama saya pun menginginkan seperti yang rasullullah perbuat,namun sebagai manusia saya tidak mau dijadikan nabi.
Jul 13, 2013 @ 01:42:22
Mek saya sudah berumur lebih 80 tahun. Beliau pernah bercerita tentang seorang tua yang dijumpainya sewaktu zaman remajanya. Orang tua tersebut kudung tangannya. Lantas Mek saya bertanyakan tentang tangannya yang kudung itu. Jawab orang tua tersebut bahawa dia sudah dikenakan hukum hudud. Mek saya terus bertanya beberapa soalan. Kemudian orang tua itu berceritalah bahawa waktu dulu dia suka mencuri dan akhirnya tertangkap. Apabila dia didapati bersalah mencuri, hukuman telah dijalankan kepadanya dengan memotong tangannya. Di Kelantan pada ketika itu hukuman dijalankan di kampung Kota Kubang Labu, Pasir Pekan, Kelantan.Tangan yang sudah dipotong akan di campak ke dalam sungai . Waris pesalah akan mencari tangan tersebut untuk di kebumikan sekiranya berjumpa. Pemotong tangan itu terdiri dari Tok-tok Mudin.
Mei 14, 2015 @ 09:08:45
Kembalilah kepada Fitrah Allah.
Hadith Wasiat: “Telah ku tinggalkan kepadamu dua(2) perkara (Pusaka), apabila kamu berpegang kepada keduanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnah Rasul-Nya”
Jun 26, 2015 @ 15:56:24
kalau boleh tolong sertai sumber rujukan
Jul 05, 2015 @ 15:07:09
Salaamun alaikum. Maaf kerana penulisan artikel di atas tidak sistematik dulu (tahun 2008).
Dan seperti dinyatakan di atas, tulisan ini bersambung di link berikut
http://unikversiti.blogspot.com/2014/05/kedudukan-undang-undang-islam-sebelum.html
Dan di bawahnya nanti ada diberitahu petikan dari buku apa. Terima kasih, jazaakallahu khair 🙂
Jul 06, 2015 @ 17:00:21
Allahumma baariklanaa fii Ramadhaan